*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setuju 110% bahawa pemimpin rasuah mesti di tolak, termasuk PM sendiri!!!

Adakah PM terlalu terdesak olehkerana telah hilang kepercayaan orang-orang
Melayu, 
apabila umno didalam keadaan tenat, baru nak laung-laungkan "hentikan
rasuah"???

>>Sehubungan itu, tegas beliau, UMNO perlu lebih serius dan tidak lagi boleh
memandang ringan 
>>terhadap ahli-ahli parti yang mengamalkan rasuah kerana perbuatan itu akan

>>mengakibatkan bangsa Melayu tergadai satu hari nanti.

Adakah selama ini Umno tidak serius dan memandang ringan terhadap gejala
rasuah didalam parti???
Kenapa Umno juga tidak standard dan konsisten dalam menangani gejala rasuah 
(kenapa selective, kenapa Rahim TC & Rafidah boleh)???
Kenapa isu rasuah dalam Umno ini tidak diserahkan kepada ACA untuk
bertindak?
Dimanakah ACA dalam hal ini? Kenapa ACA sendiri tidak bertindak???

>>Malah, katanya, beliau sendiri rela disingkir daripada jawatan Perdana
Menteri 
>>sekiranya didapati terlibat dalam rasuah.
>>
>>``Nama saya Dr. Mahathir, saya dilatih bila ada penyakit yang tidak boleh
diubat, 
>>saya perlu bedah dan buang semua.

Rela-kah PM disingkir?
Big joke!!! 
Tanyakan pada orang-orang umno sendiri,
adakah mereka mempercayai kenyataan PM ini???

Tanyakan exco-exco umno selangor, apa yang PM buat untuk mendapatkan
Putrajaya...
Olehkerana umno masih ada penyakit yang tidak boleh diubat, perlu dibedah
dan dibuang, 
so eloklah sangat penyakit (PM sendiri) itu dibuang segera!!!

>>``Kita lihat semasa zaman penjajah, raja-raja berebut-rebut takhta. 
>>Kita lihat dalam UMNO berebut tempat nak menjadi ketua bahagian, 
>>timbalan ketua bahagian dan ahli MT.

Tidakkah kenyataan diatas juga mencerminkan beliau sendiri, 
tak ke sama dengan isu kedudukan presiden tidak boleh ditanding???
Nak marahkan orang bawah berebut kuasa, tapi yang diatas gila mempertahankan
kuasa,
ini apa kurangnya???


Tolak pemimpin rasuah -- PM: 
Ahli parti jangan kecewakan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mahu ahli-ahli UMNO
menolak pemimpin parti yang mengamalkan rasuah supaya tidak mengecewakan
kepercayaan orang Melayu terhadap kewibawaan UMNO dalam menjamin masa depan
mereka.

Presiden UMNO menegaskan, langkah itu perlu kerana orang Melayu termasuk
yang tidak terbabit dalam politik melihat UMNO sebagai tempat untuk
menyelamatkan kedudukan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, jika mereka yang percaya kepada semangat kemelayuan
UMNO mendapati parti itu dianggotai pemimpin yang tamak, berebut jawatan dan
rosak akhlak, maka sokongan kepada UMNO akan terhapus.

Sehubungan itu, tegas beliau, UMNO perlu lebih serius dan tidak lagi boleh
memandang ringan terhadap ahli-ahli parti yang mengamalkan rasuah kerana
perbuatan itu akan mengakibatkan bangsa Melayu tergadai satu hari nanti.

``Kalau kali ini kita tak serius, maka orang tak lagi percaya kepada UMNO.

``Kita kata nak hapuskan rasuah dan politik wang, dan dengan itu kita sudah
lantik pihak yang bertanggungjawab tentang perkara ini (Lembaga Disiplin).
Pendapat mereka mesti kita timbang secara serius dan saya nampak ahli UMNO
menyokong tindakan ini,'' katanya.

Tegas Dr. Mahathir, parti mungkin sukar menghapuskan rasuah jika ahlinya
mempertahankan mereka yang mengamalkan gejala itu.

Malah, katanya, beliau sendiri rela disingkir daripada jawatan Perdana
Menteri sekiranya didapati terlibat dalam rasuah.

``Nama saya Dr. Mahathir, saya dilatih bila ada penyakit yang tidak boleh
diubat, saya perlu bedah dan buang semua.

``Orang yang dapat diabetes, kalau waktu ini sayang nak buang tak mahu
potong, ia akan melarat ke paha dan seluruh badan.

``Apakah kita nak potong sampai sekerat badan? Sebelum naik ke seluruh
badan, kalau ada jari-jari halus (dijangkiti diabetes), potonglah!,''
katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berucap pada majlis memperingati
perjuangan UMNO dan pertemuan Presiden UMNO bersama veteran parti, di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi serta tiga naib presiden itu disertai oleh 1,500 veteran parti
dari seluruh negara.

Sabtu lalu Lembaga Disiplin UMNO mendapati enam orang termasuk tiga ketua
bahagian bersalah, setelah mendapati mereka terlibat dalam politik wang pada
pemilihan parti baru-baru ini.
Bagaimanapun, sembilan yang lain dilepaskan daripada sebarang hukuman
setelah lembaga itu mendapati tiada bukti mengaitkan penglibatan mereka
dalam politik wang.

Menurut Dr. Mahathir, beliau telah puas merayu, memujuk dan menangis supaya
ahli UMNO menghindari rasuah dan sekarang mahu seluruh ahli parti menyokong
tindakan tegas terhadap mereka yang didapati terlibat dalam rasuah.

Beliau menarik perhatian, ada pihak mempersoalkan ketegasannya apabila
menyokong keputusan Lembaga Disiplin.

``Ada kata tak patut saya kata macam itu sebab bila Presiden kata itu, ia
satu arahan dan Majlis Tertinggi (MT) akan patuh,'' katanya.

Sebaliknya, kata Dr. Mahathir, beliau tidak pernah menganggap dirinya perlu
diutamakan oleh parti sebaliknya pendiriannya terhadap pemimpin yang rasuah
adalah demi mempertahankan maruah perjuangan UMNO.

``Selepas kita meninggal dunia, UMNO mesti kekal. Kita tidak boleh
mengutamakan sesiapa termasuk diri saya. Yang penting, UMNO adalah untuk
bangsa, agama dan negara,'' katanya.

Menurutnya, jika UMNO tidak bebas daripada unsur rasuah, negara mungkin akan
mengulangi sejarah ketika berada di bawah belenggu penjajah.

``Kita lihat semasa zaman penjajah, raja-raja berebut-rebut takhta. Kita
lihat dalam UMNO berebut tempat nak menjadi ketua bahagian, timbalan ketua
bahagian dan ahli MT.

``Apa sahaja cara digunakan dan kalau nak minta bantuan orang asing, kita
akan buat termasuk guna duit walaupun UMNO hancur,'' katanya.

Justeru, tegas beliau, UMNO perlu merapatkan semula barisan dan mengenal
pasti kelemahan yang wujud.

``Sebaliknya jika marah dan sanggup pula bantu (parti) lawan untuk kalahkan
UMNO, ia petanda kita akan hancur dan bahawa apa yang berlaku 480 tahun lalu
akan diulangi pada masa akan datang,'' katanya.

Mengulas cadangan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam
supaya syarat minimum pencalonan untuk pemilihan jawatan Naib Presiden, MT
dan peringkat bahagian dikaji semula kerana ia menjurus kepada
penyalahgunaan kuasa dan politik wang, Dr. Mahathir berkata: ``Sebelum ini,
kita buat syarat dapat sekian-sekian pencalonan boleh bertanding, kata itu
tak bagus, balik pula pada asal dan sekarang ada pencalonan, baru boleh
bertanding.

``Sebenarnya, kalau kita tamak, inilah masalah yang dihadapi tetapi jika
kita bertanggungjawab nak jaga kepentingan parti, kita tidak akan buat
sesuatu yang memberi keuntungan diri sehingga merosakkan parti,'' tegasnya.

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan MOHD. ASUKI ABAS
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0512&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke