*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrbt,

Saya tertarik dengan komen dan ulasan saudara Alias berkenaan kemenangan 
besar BN di Johor. Apa yang saya perhatikan, pendapat saudara Alias betul 
dan tepat TETAPI apa yang ingin saya sebut disini ialah faktor-faktor 
kemenangan besar berbanding dengan undi yang diterima oleh BA.

Diantara faktor-faktor tersebut adalah :

1. Kemunculan BA (PAS, Keadilan dan DAP) adalah di saat akhir sebelum 
pilihanraya dan tujuannya utama ialah untuk menidakkan kemenangan percuma 
kepada calun BN. Kalau kita lihat pilihanraya tahun 1995, keputusannya 
adalah, banyak kawasan BN menang percuma dan calun PAS hilang wang  deposit. 
Hanya kawasan yang ada ramai pengundi cina, undi DAP agak banyak. Persiapan 
jentera, kesefahaman, petugas-petugas merupakan faktor penting dalam pilihan 
raya.

2. Johor adalah kubu kuat UMNO. Tanyalah orang Johor, hampir semua kehidupan 
mereka, dari JKKK, Masjid, Surau berkait rapat dengan UMNO. Ketua kampung 
adalah juga ketua UMNO dan begitulah sebaliknya. UMNO sudah menjadi sebati 
dengan masyarakat. Bukanlah tugas mudah untuk menembusi kawasan yang 
sedemikian. Orang yang condong atau penyokong PAS akan secara tdak langsung 
di pulaukan.Orang Jawa pun dah synonim dengan UMNO (golongan tua).

3. UMNO Johor buat kerja baik dimata rakyat. Projek jalan kampung contohnya 
memberi manafaat kepada hampir semua orang kampung. Inilah modal UMNO untuk 
kempen pilihanraya. Kita pun maklum, orang kampung hanya terdedah kepada TV 
dan suratkhabat dan sudah tentu fikiran mereka telah "diacu" oleh pengarang 
suratkhabar.

4. PAS dan Keadilan tiada organisasi yang mantap. Semuanya ad-hoc apabila 
pilihanraya bermula, tabung tiada duit, harapkan sumbangan dari orang ramai. 
Semua kerja mengharapkan sukarela dan kena sumbang pulak tu !. Dalam masa 
yang singkat, organisasi yang belum tersusun merupakan halangan yang 
terbesar. Pengalaman saya menjadi sukarela merakamkan banyak lagi kerja 
perlu dibuat untuk memantapkan organisasi terutama dari strategi kempen dsb. 
Sekarang pun kita lihat, kurangnya pemuda Keadilan dan PAS yan berkaliber di 
Johor.

5. Calun-calun BA tidak sempat mendekati pengundi. Ada calun bertugas di 
luar kawasan pilihanraya. Terpaksa berulang-alik, keluar poket sendiri, 
merancang strategi dsb. Ini ditambah pula dengan kekurangan pengalaman.

6. Sistem pendidikan Ugama Johor kearah UMNO. Hanya terdapat beberapa buah 
sekolah pondok di Johor. Kalau kita lihat strategi pendidikan ugama di Johor 
ialah rakyat yang tahu fardhu ain, boleh menulis jawi dan urusan nikah 
kahwin. Tiada penekanan penghayatan seperti di sekolah  pondok. Secara tidak 
langsung, sistem pendidikan tersebut menuju ke arah sekularisma !!!. Kita 
lihatlah, tokoh ulama terkenal di Malaysia, saya tidak nampak seorang pun 
yang datang dari Johor, kecualli M Noh Gadut (itu pun pendiriannya sendiri 
kita faham !!).

7. Khutbah Jumaat di Johor dibuat oleh Pejabat Ugama Islam Johor. Kalau kita 
tinggal di Johor, kita dapati khutbahnya di"recycle" selalu. Iman tugasnya 
baca khutbah, tidak perlu buat sendiri. Kandungan khutbah dibuat sebegitu 
rupa telah membentuk minda rakyat johor sejak merdeka. Pergi sembahyang 
Jummat hanya semacam rutin dan kita tidak tertunggu akan khutbah yang akan 
dibaca, tidak seperti Khutbah di sebahagian KL, Kelantan dan Terengganu. 
Kita pernah mendengar cerita seorang pensyarah ITM Segamat telah di"tegur" 
kerana membuat khutnah sendiri dan menyampaikan khutbah. Dari cerita ini, 
kita dapat perhatikan orang pandai ugama (ikut syariat sebenar) akan 
ditekan, dihalang dsb.

8. Tiada kawasan majoriti melayu lebih 70%. Apabila orang cina menyokong BN, 
dan orang melayu kurang terdedah kepada BA, apalah dapat diharapkan oleh BA 
untuk memenangi kerusi.

Walau bagaimana pun, berdasarkan pemerhatian saya, BA ada potensi besar 
untuk memenangi beberapa kerusi atas alasan berikut :

1. Golongan muda & terpelajar diketahui menyokong BA.
2. Golongan berugama juga menyokong BA. Sebuah kampung 100% melayu di Muar 
(kawasan Muhyiddin) BN kalah.  Ini yang telah memeningkan kepala Muhyiddin 
padahal semasa kempen, mereka semua orang UMNO, pakai kereta UMNO tetapi 
dalam kereta, mereka "bisik"  BA.
3. Dengan masalah ASJ, RezabMelayu, pembelian rumah oleh warga Singapura 
disamping peralihan sokongan oleh orang cina.
4. Bekas calun BA telah pun mula menggerakkan jentera sebaik saja tamat 
pilihanraya.

Kesmpulannya, BN telah memerintah Johor selama lebih 40 tahun, dan BA baru 
muncul selama 3 tahun, saya fikir bukankah itu satu peningkatan sokongan 
kepada BA apabila BN tidak lagi menang percuma dan tiada lagi calun BA 
hilang wang pertaruhan. Perjuangan harus diteruskan, istiqamah dalam 
perjuangan, tarbiah, ceramah diperhebatkan dsb. InsyaAllah, bendera biru 
muda dan hijau akan berkibar di Johor dan salah satunya ialah di Mersing.

Wassalam.

Anak Johor.

>From: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Undi Anda di Johor tidak memberi apa kesan.
>Date: Tue, 15 May 2001 16:36:44 +0100

Dari keputusan pilihanraya tahun 1999 menunjukkan BN menang dengan
>majoriti besar di Johor. Beza undi antara parti BN dengan parti BA di
>mana-mana kawasan pilihanraya di Johor  adalah begitu besar sekali,
>melebihi angka ribu malah hingga mencecah ke belasan ribu. Jika ada
>seratus orang di satu-satu kawasan itu tidak keluar mengundi pada hari
>itu ia tidak memberi kesan kepada keputusan undi di Johor.
>
>Tetapi di negeri-negeri lain seperti Kedah, Perlis, Pahang, Selangor,
>Perak, Negeri Sembilan perbezaan jumlah undi antara BN dan BA begitu
>tipis sekali malah ada setengah-setengah kawasan perbezaannya tak sampai
>seratus undi.
>
>Saya fikir ada eloknya pengundi-pengundi yang merantau di Johor menukar
>kawasan undi mereka ke kampong-kampong mereka sendiri. Mana tahu dengan
>membuat pertukaran kawasan undi itu dapat memenangkan calon yang hanya
>memerlukan beberapa undi saja untuk menang itu.
>
>Saudara masih ada beberapa hari saja lagi untuk membuat penukaran
>kawasan undi, bertindaklah segera sebelum terlambat.
>
>
>Pengirim: alias yusof <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke