*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita Harian : Mukadepan

Dua bayi ditemui dalam beg, kotak

KUALA LUMPUR, Selasa – Dua bayi yang baru dilahirkan,
dengan tali pusat belum tanggal dan masih hidup,
ditemui ditinggalkan ibu mereka di Terengganu dan
Selangor.

Di KUALA TERENGGANU, bayi dengan tali pusat dan
tembuninya masih melekat pada badan, ditemui di dalam
beg yang ditinggalkan berhampiran tong sampah di luar
Kompleks Kolam Renang Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu, pagi ini.

Ketika ditemui pekerja kolam renang itu, Mohd Ali
Jaafar pada jam 6.55 pagi, bayi lelaki seberat 2.46
kilogram dibungkus dengan tuala dan diletakkan dalam
beg kuning.

Mohd Ali, 29, dari Cabang Tiga di sini, mulanya
menyangka beg itu milik seorang perenang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten
Komisioner Mohd Arif Fadzillah Abdul Ghani, berkata
pekerja itu hanya menyedari ada bayi dalam beg itu
apabila mendengar tangisan ketika hendak mengangkatnya
untuk disimpan.

“Mohd Ali terkejut apabila ternampak bayi itu
menggapai-gapai tangan bagaikan kelemasan ketika
membuka zip beg. Dia kemudian menghantar bayi itu ke
Hospital Kuala Terengganu.

“Polis percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan
tali pusat dan tembuni masih lagi terlekat pada
badannya yang dibungkus dengan sehelai tuala,” katanya
kepada pemberita di Hospital Kuala Terengganu, hari
ini.

Beliau berkata, polis mengesyaki bayi itu ditinggalkan
di situ antara jam 2 hingga 6 pagi ini.

“Ini berdasarkan kenyataan pekerja kolam renang itu
bahawa sehingga jam 2 pagi beliau masih berbual dengan
rakan-rakannya di luar kolam renang itu,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis
Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6246222 atau
mana-mana balai polis.

Sementara itu, Pengarah Hospital Kuala Terengganu, Dr
N K S Sathie Seelan, berkata bayi itu dalam keadaan
sihat.

Di SABAK BERNAM, seorang pesawah menemui bayi lelaki
berusia beberapa jam dalam kotak, ketika dalam
perjalanan pulang ke rumahnya di Parit 13, Sungai
Nibong, Jumaat lalu.

Bayi yang belum tanggal tali pusatnya itu ditemui
bersama uri dalam kotak di tepi jalan, kira-kira 100
kilometer dari rumah pesawah berkenaan sekitar jam 5
petang.

Pemeriksaan terhadap bayi itu di Hospital Tanjung
Karang mendapati kesan gigitan serangga di dada dan
kakinya, selain bengkak di dahi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohmad Salleh,
berkata siasatan polis mendapati bayi seberat 2.2
kilogram itu berketurunan Melayu baru dan dipercayai
ditinggal dalam kotak itu beberapa jam selepas lahir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan
bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah
Sabak Bernam melalui talian 03-32242222 atau balai
polis berhampiran.

Comments ? E-mail Us

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: killer fish <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke