*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Surah At_Taubah

[12]  Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia
dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan
pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak
menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan
bertaubat).


Surah An-Nisaa'

[136]  Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah
dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada
RasulNya (Muhammad, s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah
dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga
hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat
jauh.

[137]  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir,
kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian
mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan
memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada
mereka ke jalan yang benar.

[138]  Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa
sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

[139]  (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman
rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka
(orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang
kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah
milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

[140]  Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya)
di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat
keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik),
maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk
kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu
melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya
Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam
Neraka Jahannam.

[141]  (Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa
menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat
kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada
kamu): Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga
berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang) dan jika orang-orang
kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan),
berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): Bukankah kami turut
membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang
beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)? Maka Allah akan menghakimi
di antara kamu semua pada hari kiamat dan Allah tidak sekali-kali akan
memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang
beriman.

[142]  Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap
agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada
batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan
mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak
sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak
(memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka
orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

[143]  Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap)
antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan
(kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa
yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali
akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

[144]  Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk
(menyeksa) kamu?

[145]  Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang
terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

[146]  Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan
memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh
kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana
Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang
yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang
beriman itu pahala yang amat besar.


Surah Al-Anfaal

[73]  Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela
bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan
(dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu,
nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang
besar.

[74]  Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan
Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat
kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),
merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh
keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

[75]  Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah
dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam
pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih
berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Hadis

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika
itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang
yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang
berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah
tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami
kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau
berlindung dari fitnah tersebut.
Sahih Muslim

Hadis Usamah r.a:
Nabi s.a.w telah naik ke salah sebuah bangunan yang tinggi di Madinah,
kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat?
Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar
rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.
Sahih Muslim

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah
dibangkit para Dajjal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang.
Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.
Sahih Muslim

Hadis Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesiapa yang menjenguk-jenguk ke dalam
rumah sesuatu kaum tanpa mendapat izin mereka, maka di halalkan bagi mereka
untuk mencungkil matanya.
Sahih Muslim


----- Original Message -----
From: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, 18 May, 2001 9:29 AM
Subject: H-Net* Kalau roboh diding kolej di Melaka


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Ada orang lihat kejadian tu sebagai bencana alam yang disebabkan oleh
> angin kencang.  Ada orang lihat kejadian tu sebagai kualiti pembinaan
> yang rendah.
>
> Crew NTV7 diugut supaya jangan ambil gambar.
>
> Ali Rustam tak puas hati dengan alasan angin kencang. Apakah mungkin
> Ali Rustam kata, "mungkin juga amaran kepada usaha aku nak roboh
> Pasti"?  Rasanya tak mungkin dia boleh kata begitu.
>
> Apa pun, kita tengok tindakan dia lepas ni. Kalau Pasti roboh juga,
> minta2lah istana dia atau pejabat dia roboh sekali. Jahat punya orang
> benci sungguh dengan orang yang nak mengajar Islam kat budak2 kecik.
>
> Sekian
>
> -------
>
> The Star, 18th May 2001
>
> MASJID TANAH: Part of the walls of a least four science laboratories
> and a multi-purpose hall at Kolej Matrikulasi Melaka (Londang) collapsed
> after rain and strong winds here on Wednesday.
>
>
> ____________________________________________________________________
> Free Web Based Email Served From a Mac at http://www.MacsRbetter.com
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Jookaplee Shaaibon" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to