*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rencana Berita Harian hari ini 18/5/01,,,

Hujah yang paling bodoohhh,,, Penyokong-penyokong PAS adalah orang Islam yang inginkan ISLAM itu sebagai Satu Cara Hidup,,,

Dialog: Hijau, kopiah, agama bukan hak mutlak Pas


 

DALAM pada pemimpin dan penyokong Umno mahu akur pada keadaan yang dikatakan hostile (suasana yang tidak menyebelahinya), kecenderungan yang melampau terhadap keadaan itu seakan-akan menampakkan beberapa sikap dan tindakan terlalu ‘apologetik’ (bersifat kemaafan berikutan rasa bersalah kerana sesuatu).

Sikap dan tindakan ini pula tentu tidak akan menguntungkan Umno. Malah akan dilihat sikap dan tindakan ke belakang hingga seolah-olah apa yang dilakukan hanyalah demi mengelakkan kritikan parti pembangkang, khususnya Pas yang dikatakan parti tersohor dalam menjulang obor keagamaan.

Sedangkan, penyokong Umno sendiri, juga mereka yang ‘di atas pagar’ pada saban pilihan raya oleh kerana berfikiran rasional terhadap segala nikmat pembangunan fizikal dan spiritual yang dibawa Umno dan Barisan Nasional (BN), memilih untuk mengundi calon BN mungkin tidak merestui sikap dan tindakan ini.

Lalu sikap dan tindakan Umno yang b! ersifat apologetik kini mungkin boleh dilihat seolah-olah cuba mengejar yang tidak dapat, pada masa yang sama dibimbangi, boleh menyebabkan yang dikendong, terus-menerus keciciran.

Antara sikap apologetik ini adalah kepantangan yang amat sangat terhadap ‘bentuk’ yang kononnya sudah sebati dengan parti pembangkang, khususnya Pas. Lalu bentuk ini tidak harus sama sekali dikaitkan atau ahli parti Umno mengaitkan dirinya dengan bentuk ini.

Oleh itulah, jika ada di kalangan ahli parti mahupun mereka di atas pagar, yang misalnya memakai pakaian berwarna hijau, mengecat pintu atau pagar rumahnya dengan warna itu, kesimpulan mudah adalah mereka penyokong Pas, tidak lagi Umno atau mereka yang bersimpati dengannya sebelumnya.

Lalu mereka dilayan dengan seribu macam syak wasangka yang sebenarnya tidak diperlukan. Ini akhirnya boleh menimbulkan kemarahan hingga boleh pula secara yang tidak sepatutnya, mewujudkan kerenggangan.

Begitu juga dengan bent! uk lain seperti berkopiah, berserban dan berjanggut. Juga apabila melihat seseorang membaca akhbar Harakah atau melayari laman webnya, secara mudah dia dikatakan orang Pas. Jika tidak mahu dilabel sedemikian, jangan membaca atau melayarinya.

Inilah antara sikap apologetik yang dimaksudkan. Bentuk sebegini menjadi pantang kepada mereka (sungguhpun tidak menafikan, ada juga mereka yang sengaja menampakkan dirinya dikaitkan dengan bentuk ini kononnya mahu dirinya dikenali memang benar-benar menyokong parti lawan itu).

Sepatutnya tidak perlu ada sikap apologetik hingga berasa begitu bersalah untuk dikaitkan dengan bentuk ini. Sebenarnya, bentuk ini adalah universal, yang boleh diterima dan dilakukan oleh sesiapa saja tanpa perlu berasa bersalah kerananya.

Malah dari segi Islam, hijau adalah warna suci, manakala berserban dan berjanggut ialah sunnah Nabi. Jika begitu, bentuk ini adalah milik sesiapa saja yang mendakwa dirinya Islam, dan sesungguhnya bukan milik! serta monopoli Pas saja.

Seharusnya, kita tidak perlu apologetik hingga berasa bersalah jika dilihat ‘bersama-sama’ dengan bentuk sedemikian. Malah dengan kita bersikap apologetik lalu menjadi pantang kepada kita untuk dikaitkan dengan bentuk itu, ia sebenarnya menjadi satu kemenangan moral kepada pembangkang.

Pergaulan penulis yang singkat dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada kalangan Umno bersama-sama Pas ketika persidangan dewan undangan negeri Pahang baru-baru ini, dapat penulis rasai sikap apologetik yang ada pada Ahli Dewan yang mewakili Umno.

Ketika rancak berbual-bual sesama mereka, acapkali apabila persoalan mengenai hukum agama ditimbulkan, hamba Allah dari Umno sering merujuk rakan dari Pas bagi mendapatkan pengesahan. Ini secara tidak langsung menunjukkan sikap apologetik ahli berkenaan kerana mungkin berasakan ilmu agama yang ada pada mereka tidak setara dengan lawannya dari Pas.

Berikutan keadaan yang sebegi! nilah agaknya, menerusi ceramah umum Pas, didedahkan mengenai kononnya pelbagai contoh kedangkalan ilmu agama yang ada pada ahli Umno, khususnya kepemimpinannya, hingga memburukkan lagi imej parti itu kepada mereka yang mendengarnya.

Jika yang mendengar itu adalah ahli Pas, kita boleh tidak pedulikan kerana sememangnya terpahat kini betapa ahli Pas memangnya taksub dengan partinya hingga apa jua yang dilakukan parti, semuanya betul belaka, tak mungkin dapat mempengaruhi mereka untuk berkata sebaliknya.

Yang harus dipedulikan ialah mereka yang ‘di atas pagar’, saban pilihan raya merekalah penentu yang memberi ‘peluang’ kepada calon tertentu untuk meraih undi yang diperlukan supaya memenangi satu-satu kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.

Oleh itu, seharusnya Umno jangan sekali-kali rasa bersalah di atas segala apa yang dirasakan perlu dilakukan demi pembangunan ummah. Oleh itu, tidak seharusnya tindakan serta sikapnya, baik ahli! apatah lagi pemimpinnya menampakkan elemen apologetik itu.

Dalam hal ini, penulis terkenangkan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada hari penamaan calon pilihan raya kecil dewan undangan negeri Sanggang pada Mac, tahun lalu. Semua orang amat maklum mengenai ‘isyarat tangan’ yang dilakukannya itu sebagai reaksi spontan beliau ke atas provokasi ahli pembangkang.

Beliau tidakpun bersikap apologetik. Kepemimpinan tertinggi Umno juga begitu. Sungguhpun tidak dinafikan, ada kalangan kepemimpinan serta ahli parti khususnya di negeri ini mengeluarkan suara sumbang yang bernada terlalu apologetik, sambil itu menghentam.

Hasilnya, dengan segala gerakan penerangan mengenai sikap tegas serta spontan yang terpaksa diambil oleh Adnan, dan rakyat khususnya pengundi Sanggang lebih percaya betapa kerajaan pimpinan Umnolah saja yang berkesan demi membangunkan kawasan mereka, BN atau Umno menang di kawasan itu.

Selama ini pun, apa yang suda! h dilakukan oleh Umno memang mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata yang sedar betapa parti itu saja pilihan yang ada, yang boleh membawa pembangunan fizikal dan spiritual kepada rakyat negeri dan negara ini, sungguhpun tidak dinafikan ada kelemahan di sana sini yang harus terus diperbaiki.

Pun begitu, yang dilihat Umno semakin kehilangan penyokong bukan sangat kerana kelemahan itu, tetapi lebih banyak kerana faktor luaran, terutamanya fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan tunjangan Umno berikutan peristiwa pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Umno tidak begitu mempunyai masalah besar. Maka, tidaklah perlu untuk berasa begitu bersalah dalam usaha memulihkan kembali kepercayaan rakyat. Tidak perlulah untuk bersikap terlalu apologetik – tidak kepada ahli, tidak kepada sesiapa juga.

ABDUL WAHAB MOHAMAD ALI

Kuantan.


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "tukang tambah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke