*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Saya dapati artikel yang dikongsi oleh Jookaplee amat baik kerana ianya berkait-rapat 
dengan proses memberi dan menerima maklumat dan setentunya inilah yang dibuat oleh 
kita di Hizbi.net- memberi dan menerima maklumat. 

Jadi saya terjemahkan ke Bahasa Melayu untuk membolehkan semua orang menggunakan ilmu 
dari artikel itu.
Kali ini adalah bahagian 1. Saya akan sambung selepas ini:

****** Original Message ******
From: Jookaplee Shaaibon" <[EMAIL PROTECTED]>

Seni Berkomunikasi
oleh Hal Warfield

Perkataan 'communicate' berasal dari perkataan 'communis' atau 'common'. Kita bercakap 
mengenai 'common room' (bilik awam) yang dikongsi oleh semua orang atau 'university 
common' dimana semua orang berkongsi kawasannya.

Ia menggambarkan dua orang atau dua kumpulan mempunyai suatu persamaan. Namun, masalah 
dan pertelingkahan boleh dikaitkan dengan kegagalan memahami antara satu sama lain.

Sebagai satu definisi kita boleh andaikan komunikasi itu berjaya jika terhasil 
pemahaman yang sama mengenai suatu perkara.
Jadi, apakah hasil daripada pemahaman yang dikongsi bersama? Apa pula hasilnya 
daripada kegagalan berkongsi pemahaman?

Mari kita periksa apa yang terjadi apabila kita berkomuniksai, dimana permasalahan 
timbul, dan apa yang kita boleh buat untuk mempertingkatkan teknik berkomunikasi.

Memeriksa proses berkomunikasi ibarat memberhentikan pemain video. Anda melihat 
keratan daripada proses yang dinamik dan panjang. 

Anda hanya berhenti berkomunikasi apabila anda meninggal dunia atau pengsan; 
komunikasi terjadi- untuk tujuan baik atau buruk- apabila anda mencuba atau tidak.

Pemberi Maklumat.

Pemberi maklumat ada sesuatu yang ingin dikongsi. Malangnya, maklumatnya ada didalam 
fikirannya. Memang ada usaha untuk membuktikan 'ESP'(?), namun majoriti dari kita 
perlu menyampaikan maklumat yang ingin dikongsi dari fikiran kita kepada fikiran orang 
tersebut.

Penerima Maklumat

Penerima maklumat ialah seseorang atau beberapa orang yang menerima maklumat tersebut. 
Penerima maklumat bertanggungjawab untuk mendengar, mengamati, dan memberi maklumbalas.

Maklumat

Maklumat ialah beberapa perkataan. Maklumat ialah gabungan buah fikiran, perasaan, 
perkataan, dan makna. Banyak masalah komunikasi timbul disebabkan kita menganggap 
komunikasi itu suatu yang ringkas.


Beberapa cara menghasilkan isyarat.

Isyarat ialah bagaimana kita menterjemahkan maklumat di dalam pemikiran kita kepada 
penerima. Kita akan dapati bahwa tugas ini lebih daripada hanya bunyi-bunyi 
perkataan-perkataan tersebut; Ia boleh mengandungi perasaan, sikap, dan perwatakan 
kita yang unik. (Nota saya: Apa yang kita tulis menggambarkan perasaan, sikap, dan 
perwatakan kita. Jadi, bila menulis hati-hati dan berlapik sikit sebab pembaca boleh 
metafsirkan perwatakan dan siapa kita dari tulisan kita).

Otak

Komunikasi ditapis oleh perwatakan, latarbelakang, cara kita dibesarkan, budaya hidup, 
dan keadaan semasa kita. Apabila anda letih atau tertekan atau berada dalam suasana 
yang tidak menyenangkan, komunikasi menjadi lebih susah.

Pemahaman bersama

Tahap sesroang memahami apa yang kita cuba beritahu bergantung kepada banyak faktor. 
Sejauh mana kita sama? Adakah kita mempunyai apa-apa pengalaman yang sama? Andaian 
yang kita buat mengenai satu sama lain? Dan mereka yang berkata "Saya faham 
sepenuhnya" sebenarnya menipu diri sendiri.

Maklumbalas.

Maklumbalas dalam model kita ialah reaksi penerima maklumat kepada pemberi maklumat. 
Setiap dari kita ada pengalaman "mereka tidak faham langsung apa yang saya cuba 
perkatakan". Bagaimana kita merumuskan sedemikian? Daripada reaksi yang dibuat oleh 
penerima maklumat. Maklumbalas ini mungkin dari pekataan atau bukan perkataan.

Komunikasi Yang Dihalang oleh Kebisingan

Untuk tujuan kita, kita takrifkan kebisingan sebagai suatu bahagian komunikasi yang 
mengurangkan tahap pemahaman bersama.  Pemberi maklumat kurang kemahiran 
berkomunikasi. Penerima mungkin gagal menerima maklumat kerana oleh bermacam-macam 
sebab.

Bersambung........tunggu.....

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Temperament and Communication
What is temperament?........


:) 
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet' 
__________________________________________________________________
TheMail.com - Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=2120670 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to