May
19 , 2001 18:45PM |
Pas Mahu
Saman MCA dan Akhbar Cina Kerana Isu Roboh
Patung |
IPOH, 19 Mei (Bernama) -- Pas sedang
mengkaji kemungkinan menyaman MCA dan beberapa akhbar bahasa Cina
yang membangkitkan dakwaan bahawa Pas akan menghapuskan
patung-patung di tempat ibadat orang bukan Islam jika parti itu
berkuasa. Presidennya Datuk Fadzil Nor berkata
jawatankuasa undang-undang parti itu telah diarah untuk mengkaji
tindakan yang dapat diambil terhadap wakil rakyat MCA di Pahang dan
akhbar yang terus menyiarkan kenyataan sebegitu.
"MCA terus buat tuduhan ke atas Pas...itu adalah fitnah.
Kita tak pernah ceroboh tempat beribadat orang bukan Islam dan
kita tidak ada niat sebegitu," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan pejabat baru Pas Perak di sini hari ini.
--
BERNAMA
| |