Wuyooo POWER GILER

On Tue, 22 May 2001 23:42:29 -0400
Ru Antara wrote:

>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>TUU DIA....WA CAKAP SAMA LU....Siapakah menteri kabinet dalam 
sejarah negara
>yang boleh tentukan sendiri cuti dia lama mana, sampai bila.
>
>"saya akan putuskan sendiri (cuti) tidak lama lagi, ia bergantung 
pada saya."
>
>Macam tu kalu, aku pun nak jadi Menteri jugak la....
>
>-Ru Antara-
>
>
>Daim akan tentukan sendiri cutinya
>
>KUALA LUMPUR 22 Mei - Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin
>akan menentukan tidak lama lagi sama ada untuk meneruskan
>cutinya yang dijangka berakhir pada minggu ini.
>
>Beliau yang bercuti selama dua bulan bermula April lalu
>berkata,``saya akan putuskan sendiri (cuti) tidak lama lagi, ia
>bergantung pada saya.''
>
>Berhubung kedudukan dalam kabinet pula, Daim enggan mengulas
>termasuk mengenai spekulasi peletakan jawatannya.
>
>Ditanya sama ada beliau akan terus memegang jawatan Menteri
>Kewangan, beliau berkata, ``masih terlalu awal untuk memutuskan
>rancangan seterusnya, saya masih lagi berehat.''
>
>Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan
>Keempat Mengenai Kegiatan `Pembersihan Wang Haram' Kumpulan
>Asia/Pasifik di sini hari ini.
>
>Mesyuarat itu menjurus kepada penumpuan usaha membanteras
>pelaburan semula wang daripada kegiatan haram ke dalam
>operasi-operasi yang sah dari segi undang-undang.
>
>Dalam pada itu, Daim tidak menyatakan sama ada beliau akan
>menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 20 Jun ini, apabila
>berkata ``(perhimpunan itu) lama lagi... saya tidak tahu.''
>
>Beliau yang merupakan Bendahari UMNO tidak menghadiri mesyuarat
>Majlis Tertinggi parti yang diadakan semalam.
>
>Bagaimanapun beliau menghadiri mesyuarat tahunan Bank
>Pembangunan Asia di Honolulu, Hawaii, baru-baru ini.
>
>Spekulasi Daim akan meletak jawatan mula timbul ekoran ramalan
>kemungkinan berlakunya rombakan kabinet pada Perhimpunan Agung
>UMNO bulan depan.
>
>Daim memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan kali kedua pada
>Januari 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan
>jawatannya.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE 
HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE 
HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan    
         )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net         
         )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]           
         )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>
>
>



--------------------------------------------------------------------------
Global Internet phone calls, voicemail, fax, e-mail and instant messaging.
Sign-up today at http://www.hotvoice.com

Kirim email ke