penjimatan tak sampai 1% ... mmpphhh
 
Tak berbaloi kalau bil rumah RM30 sebulan. Tapi kalau bil kilang sampai RM 10 000 sebulan, kalau jimat 1% dah kira buleh la,,,, sebab tu kaawan saya dia tak jual benda kat individu yang bil bulanan dia RM 30 atau 40 sebulan...
 
 
 
-------Original Message-------
 
Date: Friday, May 25, 2001 11:25:42 AM
Subject: Re: H-Net* TTS Energy Saving Device
 
Konsep yang digunakan oleh alat energy saving ini ialah dengan cara membaiki faktor kuasa (power factor) perkakas elektrik (peti sejuk, air-conditioner, kipas, lampu panjang).

Faktor kuasa yang rendah menyebabkan arus elektrik lebih tinggi mengalir dalam talian elektrik (dawai yang menyambungkan kotak fius ke perkakas elektrik).

Faktor kuasa yang tinggi (paling tinggi nilainya satu) akan membenarkan arus elektrik tidak lebih dari yang diperlukan oleh perkakas elektrik itu saja mengalir melalui talian. Ini dapat mengurangkan kuasa elektrik yang hilang dalam talian elektrik.

Sebagai contoh:
Rumah kita menggunakan air-cond berkuasa 2000 watt, jarak talian atau dawai elektrik yang digunakan adalah 15 meter.

Tanpa menggunakan alat energy saving:
      Katakan faktor kuasa air-cond  adalah 0.7
      Arus elektrik yang mengalir = 2000/(240 x 0.7) =  11.9 Ampere
      Kuasa yang hilang pada talian = 16 x 10-3 x 15 x 11.9 x 11.9 = 34 watt
      Jumlah kuasa elektrik yang digunakan = kuasa air-cond + kuasa hilang pada talian
                                                                    =  2000 + 34 = 2034 watt
 
Dengan menggunakan alat energy saving:
       Faktor kuasa dapat dibaiki kepada nilai satu (1.0).
      Arus elektrik yang mengalir  =  2000/240 =  8.3 Ampere
       Kuasa yang hilang pada talian =  16 x  10-3 x 15 x 8.3 x 8.3 =    16.5  watt
       Jumlah kuasa elektrik  yang digunakan  =   kuasa air-cond + kuasa hilang pada talian
                                                                        =   2000  +   16.5  =   2016.5  watt


   Kuasa yang dapat dijimatkan oleh alat energy saving ini ialah sebanyak:
                              =  2034 – 2016.5  =  17.5 watt

Peratus penjimatan = (17.5/2034) x 100 = 0.86 %
Ingat!!!!!…..Penjimatannya tidak sampai pun 1 %.

Dari pengiraan di atas dapat menyangkal dakwaan yang mengatakan alat energy saving ini dapat menjimatkan kuasa elektrik hingga 10% ke 40%.

Perlu juga saya ingatkan di sini, perkakas elektrik seperti dapur, periok nasi, cerek elektrik dan seterika mempunyai faktor kuasa satu (1.0). Jika kita menggunakan alat energy saving ini kepada perkakas-perkakas tersebut ia akan menurunkan nilai faktor kuasa dan ini akan menambah kehilangan kuasa dalam talian elektrik.

Harap maklum.
Alias Mohd Yusof.
 

zamri abu wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalmualaikum,

Kepada yang berminat memiliki barang ini atau hendak
menjadi egen menjual barang ini boleh hubungi saya
untuk keterangan lanajut.
http://www.geocities.com/zar_1/index.html

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: zamri abu <[EMAIL PROTECTED]>< /p>

 
_________________________________________________
IncrediMail - Email has finally evolved - Click Here

Kirim email ke