*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat Syazana Hamzah,
Perihal Syurga dan Neraka adalah tugas Allah SWT dan BUKAN hal individu
tertentu kecuali Nabi Muhammad SAW melalui syafaatnya. Sebagai pengetahuan
tambahan, PAS memperjuangkan Islam - Menegakkan hukum Allah SWT di Malaysia
( khasnya ). Itu tanggungjawab individu sebagai umat Islam. Kalau kita
sebagai umat Islam tak laksanakan Hukum Allah, dimana kedudukan kita
sebenarnya ? Rujuk ayat2 dalam surah2 dibawah..

Surah Al-Maidah.

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah
diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya
juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab
mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah
(Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari
sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi
hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat
dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan)
ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan
lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah
orang-orang kafir. 

[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa
jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas
dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan
gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang
melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim. 

[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka
(Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan
sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi
petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa
yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan
nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. 

[5.47] Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
fasik. 

Surah An-Nisa :-
[4.59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya. 

[4.60] Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang
(munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang
telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan
dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka
telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula
sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. 

[4.61] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum
Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang
(manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. 

[4.62] Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan
disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri,
kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak
sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak
yang berbalah)". 

[4.63] Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada
dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan
nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh
memberi kesan pada hati mereka. 

Petikan "Amanat Hadi" :
"Saudara-saudara sekalian. Percayalah. Kita menentang Barisan Nasional (BN),
bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan
penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh
kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang
melawan mereka. 

"Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita
adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan
puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati
syahid, mati kita adalah mati Islam. 

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak
payah masuk Budhha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik
suku (asing), agama suku". 

Kesimpulan :
1. Umat Islam dipertanggunjawab menegakkan Hukum Allah melalui Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW (Al-Hadis)
2. Barang siapa yang tidak berbuat demikian maka jelas ianya KAFIR, FASIK
dan ZALIM
3. PAS memperjuangkan/menegakkan Hukum Allah
4. Kerajaan persekutuan amalkan Hukum Reid
5. Perjuangan menegakkan Islam adalah Jihad, dan kalau tak berjuang - itu
bukan jihad.

Wallahu ta'ala aklam


-----Original Message-----
From: Syazana Hamzah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Sunday, May 27, 2001 9:28 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* TAUN & Pemerintahan di Kelantan



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tengok sekarang memang musim orang main wau di Kelantan....seronok 
tengok wau melayang layang dibuai angin tapi hasil TARAK....macamlah rakyat 
kelantan yang dibuai oleh PAS...... sokong PAS masuk syurga....betui ka????

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syazana Hamzah" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Aziz, Khairul Azri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke