NEWS

Print version of this story
Wednesday May 30
ISA: 2 dibebaskan, dilarang tangkap semula 24 jam
12:04pm, Wed: Dua pemimpin Pemuda Parti Keadilan Nasional yang ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 50 hari dibebaskan petang
tadi.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Hishamudin Mohd Yunus juga melarang
polis menangkap semula N Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon
sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam mulai petang ini.
Gobalakrishnan dan Abdul Ghani masing-masing telah ditahan 50 dan 49 hari.
Gobalakrishnan memberitahu malaysiakini, beliau "dilayan dengan buruk" dalam
tahanan. Bagaimanapun kedua-dua tahanan tidak mengeluarkan kenyataan selepas
dikawal ketat oleh penyokong parti itu.
Dua aktivis Pemuda itu kemudiannya dibawa ke rumah Presiden Keadilan Dr Wan
Azizah Wan Ismail di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Kira-kira 250 orang penyokong berada di kawasan kompleks mahkamah. Mereka
melaung! kan slogan "reformasi" dan bertakbir.
Sementara di luar bangunan mahkamah, polis mengadakan kawalan ketat.
Berpuluh-puluh anggota polis daripada Pasukan Gerak Am (PGA) berbaris di
sepanjang jalan ke bangunan itu dan juga membuat sekatan jalan raya.
Pagi tadi, hakim mengarahkan polis membawa dua aktivis Pemuda itu di
mahkamah pada jam 3.30 petang untuk dibebaskan.
Hakim berkata, penahanan mereka berdua tidak mengikut undang-undang kerana
pegawai polis gagal memberikan sebab yang jelas tangkapan itu dan akuan
bersumpah responden (polis) untuk mencabar permohonan habeas corpus dua
orang itu samar-samar.
Dua, daripada 10 tahanan, menfailkan permohonan ini pada 14 April lalu
selepas Gobalakrishan ditangkap di Langkawi, Kedah dan Abdul Ghani ditahan
di Kuching, Sarawak beberapa hari sebelumnya.
Permohonan habeas corpus lima lagi tahanan ISA ditolak Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur 25 April lalu. Mereka adalah Naib Presiden Keadilan Tian Chu! a, Ketua
Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, anggota jawatankuasa pusat parti itu Saari
Sungib, penulis malaysiakini Hishamuddin Rais dan pengendali laman web
'Kempen Bebaskan Anwar' (FAC) Raja Petra Raja Kamaruddin.
Kelima-lima itu ditahan pada 10 dan 11 April di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sementara permohonan tiga lagi aktivis yang ditahan antara 20 dan 26 April
lalu akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam 14 Jun depan.
Permohonan itu dibuat oleh keluarga-keluarga aktivis Pemuda Keadilan Dr
Badrul Amin Bahron, Lokman Noor Adam dan aktivis hak asasi Badaruddin
Ismail.

Pegawai tinggi SB iringi Suhakam jumpa 10 tahanan ISA

'Sedia ke Kamunting,' Ezam pesan isteri

2 lagi tahanan ISA masih gagal dilawat


Last modified:Wednesday May 30, 8:17 pm

Print version of this story



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke