*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terjemahan SURAT LAYANG dlm dialek Kantonis
Source : Fwd FGR 
Posted : May 30, 2001 - 8:32 PM (GMT) 
Kepada Kaum Cina seluruh Malaysia, 

Baca suratkabar UMNO, tak ada orang Melayu yang nak
percaya kenyataan pemimpin mereka. Ahli Umno sendiri
pun geleng kepala. Mahathir telah nyanyok, kata
mereka. Sekarang sudah mula dia pula menghasut laum
Cina. Akhirnya akan terbit pergaduhan kaum. Dr.
Mahathir mahukan itu. Dia mahu pergaduhan berlaku
supaya dia akan istiharkan dharurat. 

Bila suratkabar Cina dipaksa Ling Leong Sik beli oleh
Mahathir, orang Cina pakat BOIKOT macam Utusan MELOYA
dan yang sewaktu dengannya. Lim Ah Lek dan Chua Jui
Meng kata, that is a idiotic business, soon will doom
like Utusan Meloya!! 

Orang Cina hantar mesej kepada MCA. Kata mereka, kalau
suratkabar Cina dibeli oleh MCA; kaum Cina akan
bertambah seganda lebih percaya kepada DAP dan BA.
Kerana, mereka tahu semua itu adalah rancangan
Mahathir untuk menguasai dan memanipulasi minda kaum
Cina untuk menghadapi pilihanraya 2004. Wang MCA akan
musnah kerana suratkabar itu akan rugi dan jatuh
bangkrap. Mahathir tak peduli. Jika BN masih berkuasa,
semua kaum di negara ini akan huruhara, pergaduhan
kaum akan berlaku dan keadaan politik akan lebih
mengancam kebebasan rakyat jelata. Maknanya, hidup
rakyat akan lebih sengsara sementara orang politik
akan kayaraya dan bermaharaja lela. Rakyat miskin akan
berkali-kali ganda papa kedana dari keadaan sekarang.
Perniagaan akan musnah!! 

Anda adalah disedarkan, dikalangan pembangkang MCA,
Lim dan Chua sedang diintip oleh agen-agen Mahathir.
Jika pujukan Mahathir tidak diendahkan, Lim akan
diaibkan dengan satu tuduhan yang berat. Mungkin Lim
adalah pemimpin MCA pertama yang akan dikenakan ISA
atau intipan ketat oleh SB. Chua Jui Meng akan
digugurkan dari jawatan Menteri Kesihatan. Beberapa
orang pemimpin upahan MCA sedang diupah dengan
ganjaran kontrak mewah membawa usul kepada parti MCA. 

Berita tersebar, Chua akan dikaitkan dengan tuduhan
“anti perpaduan” dan “perkauman”. Dr. Mahathir telah
mengarahkan supaya hansad Parlimen beberapa tahun dulu
akan dibongkar mengenai ucapan Chua Jui Meng yang
berbau perkauman di Parlimen. Memang Chua ada berucap
menjurus kepada perkauman. Pemuda Umno juga telah
diarah dan diberi tugas supaya merancang satu demo
“anti Chua dan Lim” bersekali dengan beberapa orang
musuh politik mereka (Chua dan Lim) dalam MCA
menunutut kerjaan mengangkap kedua-dua mereka. Demo
itu akan dilakukan di Puteraja semasa Kabinet
bersidang sebelum Perhimpunan Umno June ini. 

Ketahuilah, Mahathir semakin dibenci oleh kaum Cina.
Kita mesti sedar, kekuatan Mahathir terletak dalam
tangan Cina. Dengan mengkontrol Nanyang dan Sin Chew
Jit Poh, beliau berfikir fikiran orang Cina berjaya di
turningover. Tetapi kaum Cina hendaklah sedar, jika
orang Melayu cenderung menyokong Pembangkang; adalah
tidak ada makna kaum Cina menyokong BN lagi dalam
pilihanraya 2004 ini. Adalah tindakan sia-sia belaka
menyokong BN. Dari itu, kaum Cina mestilah
mengorbankan MCA dan BN demi kesejahteraan dan
hubungan masadepan anak-anak mereka. Kita mesti sokong
BA. 

Penangkapan Lim dan Chua, penguasaan suratkabar Cina
dan tindakan paling bodoh MCA itu sama seperti
melepaskan ayam hutan dari kandang. Kaum Cina
menunjukkan bantahan kepada campurtangan Mahathir
dalam urusan dalam MCA untuk menipu, memaksa dan
mengancam hubungan kaum dengan orang Melayu. Jika
sekian lama kaum Cina mengakui kehebatan Barisan
Alternatif, sekaranglah masanya kita berdiri
dibelakang Reformasi. Hendaklah kita yakin bahawa BA
perlu disokong demi mengembalikan politik negara,
kedaulatan undang-undang dan ketelusan pentadbiran
kakitangan awam. Pemimpin MCA, MIC dan UMNO mesti
disingkiirkan. BN mesti ditumbangkan. Kita kaum Cina
mesti tegakkan keadilan bersama-sama Pembangkang yang
telah mendapat sokongan semua kaum, khasnya orang
Melayu. Sekian.


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke