Bismillahir Rahmanir Rahim
 
Assalamualaikum Wrt Wbt
 
Selalunya kita hanya tahu syarat-syarat perkahwinan sahaja, tetapi kali ini ada baiknya kita mendalami hukum-hakam Enakmen Undang-undang Perkahwinan di Malaysia.
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
 

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

 

  1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh 1984 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahu dalam warta:

          Dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke semasa menetapkan tarikh-tarikhh yang berlainan           melalui pemberitahuan dalam warta bagi mula berkuatkuasanya Bahagian-bahagian atau peruntukan-peruntukan Enakmen           ini yang berlainan.

           2.      Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan:

i.                     ANAK DARA ertinya seorang perempuan yang belum pernah bersetubuh.

ii.                   BALU ertinya perempuan yang suaminya telah meninggal dunia.

iii.                  BERMUSTAUTIN ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya tinggal berumahtangga dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

iv.                 BERMUKIM ertinya seseorang yang tinggal sementara dalam sesuatu kawasan tertentu.

v.                   DUDA ertinya lelaki yang isterinya telah meninggal dunia.

vi.                 FASAKH ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara.

vii.                HAKIM SYARIAH ertinya seorang Kadhi yang dilantik di Bawah Seksyen 43 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1965.

viii.              HARTA SEPENCARIAN ertinya pendapatan atau harta yang didapati daripada ushaa bersama di antara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan yang didapati daripada usaha mereka bersama.

ix.                 JANDA ertinya perempuan yang bukan anak dara atau isteri orang.

x.                   KARIAH ertinya kawasan sesuatu masjid yang ditentukan oleh kebiasaan penduduk di tempat itu.

xi.                 MAHKAMAH ertinya Mahkamah Kadhi atau Kadhi Besar atau Jawatankuasa Ulang Bicara yang ditubuhkan di bawah Seksyen 44 dan 46 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1965.

xii.                MAJLIS ertinya Majlis Agama Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1965.

xiii.              MAS KAHWIN ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hokum syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada dibayar dengan wang tunai atau dengan bende ataupun dengan berhutang dengan cagaran atau tidak.

xiv.              MUT`AH ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan.

xv.               NASAB ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang saha.

xvi.              PENDAFTAR ertinya seorang Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk orang-orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 26 Enakmen ini dan termasuklah Ketua Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

xvii.            PERSETUBUHAN SYUBAH ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah, tetapi sebenarnya akan itu tidah sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam.

xviii.           RUJUK ertinya perkembalian kepada nikah yang asal.

xix.              SESUSUAN ertinya pernyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungannya sekuran-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah.

xx.               TA`LIQ ertinya menggantungkan penunaian talak dengan sesuatu.

xxi.              TARIKH YANG DITETAPKAN ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah Seksyen 1 untuk mula berkuatkuasanya Enakmen ini.

xxii.            THAYYIB ertinya perempuan yang pernah bersetubuh.

xxiii.           WALI ertinya waris bagi seorang perempuan yang boleh mengkahwinkannya mengikut Hukum Syarak.

xxiv.          WALI HAKIM ertinya wali yang ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali mengikut Hukum Syarak atau perempuan yang walinya enggan menikahkannya tanpa suatu sebab yang munsabah mengikut Hukum Syarak.

Kirim email ke