Memang PANAS!! tapi baru siri 1... sambungan yg lain bila??
 
Belah UMNO:
1. Nakhaie (x-Naib Pres PAS)
2. Mustafa Taib (x-pensyarah matrik UM, x-Islah, x-calon BN)
3. Ust Shafie (T'ganu)
4. Wan Zahidi Wan Teh (akademis)
 
Belah PAS (kununnya):
1. Ust Ghazali (Losong)
2. Ust Wan Ismail (Islah, x-SU DUP Klate)
3. Omar Khalid (x-PAS Kedah, rasanya. Penulis buku=2 hentam PAS)
4. Mohd Noor Deris (x-pensyarah UM, x-Islah, x-calon BN)
5. Dr Ismail Ibrahim (IKIM)
 
-----Original Message-----
From: Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Sunday, June 03, 2001 08:01 am
Subject: H-Net* Eksklusif: CD lakonan debat di Putrajaya

Anda semua mesti memilikinya....baru & panas!

Tajuk CD-

Debat Umno & PAS:  Satu percubaan Kerajaan Barisan Nasional

Ulasan-

Tidak tahu bagaimana rakaman eksklusif ini 'terlepas'.  Debat yang dipengerusikan oleh Datuk Abd Hamid Osman itu menyaksikan bagaimana Umno 'berlatih'  berdebat tentang isu-isu Islam dengan PAS.

Di pihak Umno di ketuai oleh Ustaz Nakhaei Ahmad dan pasukannya terdiri daripada Datuk Zainal Abidin (bekas Pengarah Pusat Islam dan bekas ADUN BN Kelantan)  dan 2 orang lagi yang tidak saya begitu kenali.

Di pihak PAS pulak di ketuai oleh Ustaz Ghazali Ahmad (yang di pecat oleh PAS kerana ada kes peribadi yang tidak boleh di terima oleh gerakan Islam seperti PAS)  dan pasukannya terdiri daripada Ustaz Wan Ismail (bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan),  Ustaz Mohd Nor Idris (pun bekas orang PAS),  Ustaz apa ke lagi jugak bekas ahli PAS dan Dr Ismail Ibrahim...pengarah IKIM yang jugak berlakon sebagai orang PAS.

Yang hendak saya kongsi ini bukan apa....pertamanya sikap bekas-bekas ahli PAS yang terpecat terutama yang bertaraf ustaz....kesian tengok mereka di 'peralat' oleh Mahathir  (sebab PM & TPM pun tengok latihan tu).

Kesimpulan saya yang kerdil ini ialah....hujah dalam berlakon tu pun rasanya terlalu 'berat'  untuk ditanggung oleh Umno.  Belum lagi wakil sebenar PAS yang datang.

Pendek kata....anda semua patut miliki CD ini....saya rasa ini...akan jadi tumpuan di gerai-gerai Muktamar Agong PAS yang sedang berlangsung di Markaz Tarbiyyah nya di Melewar sekarang ni.

Harapan saya pulak Tuan Presiden PAS & Tuan Guru Hj Abd Hadi akan jawab persoalan yang dilontar oleh 'lakonan'  tersebut pada malam esok....Ceramah Perdana sempena Muktamar.  Jommmm kita ke sana malam esok!



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Reply via email to