Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

....Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 24/25....

Perkara 24 : Bersetubuh dengan orang yang telah mati.

i) Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya, tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan; tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman ta`zir.

[ Ia tidak dinamakan zina sebab ia melibatkan satu kemaluan yang hidup dengan satu kemaluan yang mati. Zina hanya boleh di charge kalau berlaku pertembungan diantara dua kemaluan yang hidup sahaja. Oleh yang demikian, dalam kes di atas, hukum syara` mengatakan bahwa persetubuhan tadi tidak dinamakan sebagai zina. Maka ia tidak boleh dikenakan hukuman hudud.Tetapi sebaliknya, hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir supaya memberi pengajaran kepada si penjinayah yang terbabit.

Jadi, kita harap tidak ada orang yang buat kerja lagu ni.Sebab ini adalah kerja orang yang tidak waras. Orang yang sanggup melakukan perbuatan macam ni adalah orang yang telah terasing sifat kemanusiaannya, sehingga dia boleh teransang apabila melihat mayat....Tak ke pelik orang macam ni?...Orang lain semua takut bila tengok mayat, tapi dia ni lain pula reaksinya bila melihat mayat, yakni dia teransang. Ini adalah disebabkan hatinya telah menjadi terlampau gelap akibat terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukannya. Sebab itu, kita perlu menjauhi daripada melakukan dosa-dosa kepada ALLAH SWT supaya hati kita tidak digelapkanNya. ]

ii) Perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya, tidak boleh juga dikira sebagai berzina; tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman ta`zir.

[ Begitulah juga bagi perempuan yang hidup kalau dia bersetubuh dengan mayat lelaki, ia juga tidak boleh dinamakan sebagai zina. Maka tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi sebaliknya hendaklah digantikan dengan hukuman ta`zir. Yang mana bentuk hukumannya terserah kepda pemerintah; samada nak dikenakan denda, atau penjara, atau sebat dan sebagainya. ]

iii) Lelaki atau perempuan yang melakukan perbuatan yang disebutkan dalam perkara 24 ceraian (i) dan (ii), wajib dikenakan hukuman ta`zir sahaja - tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

iv) Melakukan persetubuhan dengan orang yang telah mati adalah dianggap sebagai tidak bersetubuh, disebabkan tubuh badan orang yang mati itu tidak boleh digunakan lagi dan perbuatan itu merupakan satu perbuatan yang tidak menaikkan nafsu dan syahwat keinginan.

[ Maksud ayat ini ialah pada kebiasaannya ataupun sepatutnya mayat memang tidak boleh dah untuk menaikkan syahwah kita. Maka dengan itu, hukum syara` diambil dari segi kebiasaannya.Kalau kita tengok zakar orang yang telah mati, ia sudah tidak berfungsi lagi.Yakni dah tak boleh nak membesar, mengeras dan sebagainya sebab ia sudah mati.Begitu juga dengan faraj wanita yang telah mati, ia tidak lagi berfungsi. Oleh sebab itu, maka persetubuhan dengan kemaluan yang sudah mati dianggap sebagai bukan persetubuhan.Ini adalah ketetapan hukum syara`.

Walaupun perbuatan sebegini dihukum dengan hukuman ta`zir, tetapi ia tetap haram dan berdosa di sisi ALLAH SWT.Oleh sebab itu, kita sebagai suami/isteri hendaklah menjaga pasangan masing-masing; jangan sampai ada yang ke tahap mencari dan melepaskan syahwahnya di tempat yang diharamkan oleh ALLAH SWT. Sebab itulah, kita digalakkan pesan memesan sesama kita supaya menjaga keharmonian keluarga seberapa daya yang boleh walaupun mungkin bertembung dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan sedikit keraguan, yakni perkara-perkara khilaf. Contohnya; sebagaimana ada seorang isteri yang tanya kepada ustaz Jailani; apakah hukum mencantikkan gigi dengan kaedah merapatkannya?...Menurut isteri tu lagi bahwa dia nak lakukan semua ini kerana dia takut suaminya akan cari perempuan lain bila tengok dia tak lawa semasa tersenyum sebab nampak gigi yang jarang. Lalu si isteri tu tanya kat ustaz Jailani; sekarang macamana?...Kata ustaz Jailani, "Dari segi hukum syara`, dalam masalah rapatkan gigi adalah ikhtilaf. Yakni ada ulama` yang kata boleh dan ada ulama` yang kata tak boleh.Begitulah juga dalam masalah menghilangkan bulu kaki dikalangan wanita.Yakni ada ulama` dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahwa kalau bulu di kaki wanita itu lebat, maka haram baginya mencukur atau membuang bulu kakinya; sebab dikira sebagai kecantikan semulajadi, yakni tidak boleh mengubah ciptaan ALLAH TA`ALA. Tetapi ada ulama` yang lain (juga dalam mazhab Imam Syafie) pula berpendapat bahwa harus hukumnya bagi perempuan untuk menghilangkan bulu kakinya, supaya boleh membezakan antara kaki lelaki dengan kaki perempuan."...Takut-takut bila suami tengok nanti, hilang nafsunya pula, "Emph! Lebih kurang macam kaki aku aje."...Sepatutnya licin elok, tiba-tiba ada bulu kaki pula, yakni serupa dengan kaki orang lelaki. Tak ke kucar kacir rumahtangga dibuatnya nanti kalau begini keadaannya?...Jadi, untuk menyelamatkan dari berlakunya keretakan rumahtangga, maka diharuskan bagi wanita untuk menghilangkan bulu kakinya supaya kelihatan sebagaimana kaki seorang perempuan...Macam tu lah juga dengan masalah rapatkan gigi.Yang mana sebenarnya benda ni adalah ikhtilaf, yakni benda furu`iyah sahaja. Jadi, ia bergantung kepada si isteri itu sendiri, samada dia nak pegang kata benda tu haram atau tidak, terpulang pada si isteri itu sendiri.Kalau dia rasa benda tu haram, maka tak payahlah rapatkan giginya.Tapi kalau dia rasa dengan kemudahan yang Islam bagi kat kita ini, yakni dengan berbagai-bagai pendapat ulama` tentang masalahnya itu; lalu difikirnya lebih b! aik dijaga rumahtangganya itu sebelum suaminya cari perempuan lain, maka lebih baik dirapatkan giginya itu. Inilah flexiblenya Islam dalam masalah furu`iyah.

Begitu juga dalam masalah color rambut.Ada yang tanya apa hukumnya kita colorkan rambut untuk menawan hati suami, sebab suaminya sukakan wanita berambut merah?...Samalah juga ia dengan masalah rapatkan gigi tadi, sebab ia adalah benda furu`iyah sahaja.Yakni ada ulama` yang kata haram dan ada juga ulama` yang berpendapat bahwa kalau untuk suami, maka ia diharuskan bagi wanita itu mewarnakan rambutnya.Tapi apa yang kita nak bagitau ialah ia adalah benda kecil (benda cabang sahaja), jadi tak payahlah sampai kita nak bergaduh mempertahankan pendapat masing-masing...Okay kalau betoi lah suami kita ni jenis suka tengok perempuan rambut perang, sampai bawa kereta pun nak accident bila tengok minah kilang rambut perang lalu, maka time tu tak salah kalau kita ambik pendapat yang paling mudah, iaitu mewarnakan rambut kita! atas niat hanya untuk suami. Tapi kalau kita nak pegang pendapat yang "syaddid" yakni yang agak keras, seperti kata tak boleh colorkan rambut; silakan, takdak masalah...Sebenarnya dalam masalah suka rambut color-color ni, ia hanyalah satu trend sahaja. Biasalah manusia ni, dia memang tak pernah puas dengan apa yang ada kat dia.Cuba kita tengok "orang putih", terbalik pula citarasanya, yakni depa suka pula dengan orang Asia yang berambut hitam.Manakala, kita pula dok gila nak ikut macam rambut perang depa (orang putih).Kulit pun nak ikut putih macam depa.Tapi orang putih pula berkenan ! kulit gelap macam kita...Inilah dia perangai manusia, yang tak pernah puas...Serupalah lagumana kita pakai kenderaan juga.Bila ada motor, gila mau kereta proton.Bila dapat proton, nak tukaq V6 pula.Bila dapat V6, dok teringin Merc pula...Macam ni lah perangai manusia. Dapat hat rambut hitam, mau pula yang rambut merah.Kemudian bila dapat rambut merah, mau pula hat rambut hitam...Lagu tu la manusia. Jadi, sebenarnya masalah kita dalam hal sebegini, bukanlah apa pun, tapi ia hanyalah permasalahan macamana nak control nafsu; itu saja. ]

Perkara 25 : Bersetubuh dengan orang yang gila.

i) Lelaki atau perempuan yang Islam, baligh dan berakal yang melakukan persetubuhan dengan orang yang gila yang bukan isterinya, atau yang bukan suaminya adalah diistilahkan oleh syara` orang yang melakukan perzinaan, dan wajib dikenakan hukuman hudud ke atas orang yang berakal, iaitu direjam sehingga mati bagi orang yang muhsan, dan disebat seratus kali sebat serta dibuang negeri selama setahun bagi orang yang ghairu muhsan.Dan bagi orang yang gila tadi dibebaskan dari sebarang hukuman.

( Kitab al-Fiqhu `alal Mazahibil Arba`ah : 5/61 )

[ Apa yang pengarang nak bagitau ialah kalau seseorang itu berzina dengan orang gila, maka si penzina lelaki atau perempuan yang waras sahaja yang wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikenakan ke atas penzina-penzina biasa.

Bila sebut orang gila; teringat saya kepada kejadian yang ngeri berlaku baru-baru ini, dimana seorang ibu yang diharap sebagai tempat untuk anak-anak bermanja, tetapi tiba-tiba telah hilang sifat keibuannya, malah lebih teruk lagi, sifat kemanusiaannya pun turut hilang sama sekali. Kejadian-kejadian sebegini, sepatutnya kita kena ambik iktibar sejak dari dulu lagi dah. Cerita orang gila sembelih orang ni, kira dah banyak kali dah berlaku dalam masyarakat kita ni. Jadi, bila berlaku lagi insiden yang sama, maka apa yang boleh kita bagitau ialah rupa-rupanya, masyarakat kita ni adalah jenis yang suka sangat "take for granted". Yang mana kita masih lagi tak mau ambik pengajaran daripada perkara yang berlaku betoi-betoi depan mata kita.

Sebenarnya cerita masalah orang gila sembelih orang ni, memang dah banyak pun berlaku.Dulu ada cerita ayah sembelih kedua-dua anaknya sehinggakan isterinya minta fasak. Selepas itu timbul pula cerita jiran pi sembelih anak jiran.Dan yang terbaru, isteri ataupun ibu sembelih pula anaknya sendiri...Perkara yang sama juga tuan-tuan. Bila pemberita tanya si suami, suami tu pun kata, "Saya sungguh tak sangka sebab sebelum ini, dia adalah seorang ibu yang penyayang."...Kita bukan nak salahkan si suami tu, tapi apa yang kita kesalkan ialah sebab apa dia sendiri tak mau ambik pengajaran tentang perangai orang gila ni?...Walaupun kita sebagai suami yang sangat sayang kat dia lagumana sekali pun, tapi bila kita tau yang dia memang ada penyakit gila, maka langkah berjaga-jaga perlu ada. Tapi dengan sebab kealpaan kita, mak! a benda yang pernah berlaku kepada orang lain, akhirnya berlaku pula kepada kita.

Bila kita tau yang isteri kita ada sedikit masalah tentang mentalnya, maka kita perlu tahu bahwa orang sebegini perasaannya jangan sekali-kali tertekan.Keperluan sehariannya perlu kita jaga, termasuklah nafkah makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. Bila kita sebut "tempat tinggal", maka kita sebagai suami diwajibkan menyediakan sebuah nafkah tempat tinggal yang selesa kepada isteri dan anak-anak, samada kita beli ataupun sewa.Selesa disini bukan bermaksud dari segi aksesorinya ataupun kebersihannya sahaja, malah dari segi persekitarannya pun kena diambil kira juga.Bukan apa; kita takut nanti bilamana isteri yang berpenyakit mental, hidup pula dalam keadaan yang tidak selesa, maka bertambah-tambahlah sakit mentalnya itu. Jadi, kita sebagai suami hendaklah cari nafkah sebaik mungkin untuk bagi satu kehidupan ! yang selesa kepada isteri dan anak-anak kita.Supaya mereka boleh membesar dan hidup dalam suasana yang selesa...Jadi bila orang bukan Islam tengok, ekonomi kita kukuh walaupun mengaji tak tinggal, kemudian dengan akhlak pula bagus, maka kita akan menjadi contoh orang Islam di atas dunia pada hari ini.Zaman la ni, kita tak mau tengok orang Islam nampak selekeh, nampak miskin, hidup melarat dan merempat dan sebagainya.Apa yang kita nak ialah menjadi contoh yang baik untuk menarik masyarakat bukan Islam kepada kita.

Bila kita cerita tentang berbagai-bagai jenis perangai orang Islam kita pada hari ini tadi; lalu ustaz Jailani pun menceritakan kepada kita perihal berbagai-bagai jenis perangai manusia juga yang pernah pergi ke pejabatnya.Memang tidak dinafikanlah sebab beliau seorang peguam, dan memang peguam lagu tu, lebih-lebih lagi beliau ada title "ustaz" pula.Inilah yang menyebabkan ramai orang datang ke pejabatnya.Ada yang datang pasai nak mengadu hal rumahtangga, ada yang datang pasai nak ajak baca khutbah, ada yang datang ajak ceramah, ada yang datang nak pinjam duit pun ada dan berbagai-bagai lagi jenis hajat yang datang tu.Tiba-tiba satu hari datang seorang pakcik ke pejabatnya, dan mengatakan bahwa dia ada hajat.Sebelum disebutkan hajatnya itu, dia pun "jet" ustaz dengan merungut mengatakan, "Apa ra punya orang, ustaz Jailani pun depa tak tau...Saya punyala tanya pejabat ustaz ni, ramai orang tak tau."...Kemudian dia "jet" lagi, "Puhhh!..hari tu saya dengar ustaz khutbah kat masjid Batu, punyala best, sampai kawan-kawan saya tanya ustaz mana tu?"...Dalam hati ustaz kata, "Habih la aku hari ni pasai dia punya "jet" semacam aje bunyinya.Apa la yang dia ni mau daripada aku lepa! s ni?"...Selepas puasnya dia puji, dia bagitau pula dia kenal orang ni, dia kenal orang tu..."Emph! gaya macam nak pinjam duit ni.", sangka ustaz.Last sekali dia bagitau apa, "Sebenarnya, saya datang ni ada hajat sikit ustaz."...Tanya ustaz, "Hajat apa pakcik?"...Kata dia, "Saya sebenarnya datang daripada Seremban nuuu.Bila dalam perjalanan nak balik ke Seremban, kereta pula buat hal.Drive shaft patah.Jadi! , kena RM280/-,pomen cina minta. Jadi la ni, saya nak balik ke Seremban, tak bolehla sebab duit dah takdak."... Lalu ustaz tanya, "La ni, pakcik nak berapa?"...Dia kata, "Duit minyak saja, lebih kurang RM50/-.Tak campur lagi duit nak belanja keluarga saya makan."...Bila dia kata lagu tu, ustaz pun tanya, "Pakcik mai dengan sapa?"...Jawab pakcik tu, "Keluarga saya ada kat Lunas nuuu.Saya tinggalkan kejap di rumah kawan."...Lalu fikir ustaz, "Aik!..macamana dia ni boleh mai nak pinjam duit daripada aku, padahal dia ada kawan di Lunas.Awat dia tak minta pinjam daripada kawannya itu?"...Jadi, bila ustaz tengok pelik, ustaz pun bagitau terus terang, "Ginilah pakcik.Sebenarnya, saya memang nak tolong pakcik, tapi saya ni banyak kali dah kena tipu.Sebab saya ni jenis betoi bendoi."...Jadi, ustaz pun jadi serba salah sebab kalau pakcik ni betul-betul susah, apa macam?...Takut dia kata, "Apa ra ustaz ni; cakap saja bedegang-degang, tapi bila orang susah, dia tak mau tolong pula."...Tapi kalau ustaz hulurkan pertolongan pula, dikhuatiri terkena buat kali ke 1000 pula...Jadi benda ni jadi susah.Lalu ustaz dapat sau idea, "Ginilah pakcik.Dalam P.Pinang ni, ada pakcik kenai sapa-sapa?"...Lalu dengan confidentnya dia bagitau bahwa dia kenal dengan Azman Abu Hassan, yang mana sekarang ni adalah timbalan pendakwaraya P.Pinang. Lalu nak jadi cerita, kebetulan ustaz Jailani memang kenai sangatlah dengan timb pendakwaraya tu, sebab selalu berurusan.Lalu tanpa membuang masa, ustaz kata, "Okay takpa pakcik.Saya kenai sangatlah dengan Azman Abu Hassan tu.Pakcik tunggu kejap, saya nak contact dia."....Tapi tuan-tuan tau ka apa yang jadi berikutnya;...dengan serta merta, pa! kcik tu bangun daripada kerusi, terus saja angkat kaki, belah dengan ayaq tu.Ustaz pun hambat pakcik tu, "Tunggu dulu pakcik! Tunggu dulu pakcik! Saya nak tolong pakcik ni.Bukannya apa; saya hanya nak confirm dengan Azman, kot-kot Azman kenai dengan pakcik.Kemudian kalau dia kata dia kenai pakcik macam-macamana ni apa semua, maka saya akan tolong pakcik."...Dia tak kalih dah, dengan turun tangga laju semacam aje, dia kata, "Tak payah, tak payah!"...Tengok tuan-tuan; apa cerita nie?...Sebab itu sekarang ni, ramai orang dah tak mau tolong orang lain. Orang baik pun dah tak mau tolong.Bukannya masalah tak mau tolong sebenarnya, tapi ia adalah masalah takut kena tipu.Itu saja...

Saya percaya tuan-tuan yang ada dalam group perbincangan kita semua ni adalah orang yang jenis suka tolong orang.Kita tak kisah; setakat RM50/-, RM100/-, RM200/- dan seterusnya, kita boleh bagi kepada sahabat-sahabat seagama yang betul-betul susah, sebab kita yang tiap-tiap hari pi mengaji ni percaya dan yakin bahwa setiap pemberian sedeqah yang ikhlas, akan ALLAH balas dengan berlipat kali ganda kepada kita. Inilah keyakinan kita.Tapi masalahnya ialah pernah Nabi s.a.w. pesan kat kita bahwa sebagai orang mukmin, kita jangan sampai kena tipu 2x.Orang yang sat-sat kena tipu, sat-sat kena tipu selalu ni, bukanlah jenis orang yang beriman....Sebab itulah sekarang ni, kita rasa memang cukup susah nak hidup atas dunia.Bila kita ikhlas nak tolong, banyak pula orang jahat sekarang ni yang berpura-pura susah.Sebab itu, kita haraplah manusia pada hari ini boleh mengubah sikap kepura-puraan mereka, supaya kita dapat menolong orang yang benar-benar dala! m kesusahan. ]

ii) Orang-orang yang gila yang melakukan apa-apa sahaja kesalahan tidak dikenakan sebarang hukuman, kerana hukum syara` itu adalah tertakluk ke atas orang-orang yang mukallaf , iaitu orang yang berakal dan baligh.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"ALLAH tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang-orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." (Riwayat Bukhari di dalam al-Sahih)

[ Maksud hadith di atas ialah di angkatNya kalam (tidak ditulis sebagai dosa) daripada 3 keadaan.Iaitu :

a) daripada kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi.Mimpi apa?...Bermimpi sehingga keluar air mani, yakni sudah baligh.Sebelum baligh, kanak-kanak kalau dia buat apa saja, dia tidak dikira sebagai satu dosa.Keadaan sebegini ada ikhtilaf dikalangan ulama` Islam. Sepakat para ulama` mengatakan bahwa kanak-kanak yang belum baligh bila dia buat dosa, maka tidak dikira sebagai dosa. Yang ada perbezaan pendapat dikalangan ulama` Islam ialah tentang masalah kanak-kanak yang belum baligh buat pahala.Pendapat yang pertama mengatakan bahwa kanak-kanak yang belum baligh bila melakukan sesuatu pahala, dia tak dapat apa-apa.Yakni sebagaimana dia buat jahat, dia tak dapat dosa.Begitu juga kalau dia buat baik pun, dia tak dapat pahala...Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa kanak-kanak yang buat pahala, InsyaALLAH dia akan pahala daripada ALLAH SWT.Begitu juga ibubapa yang mendidiknya, turut juga mendapat pahala daripada ALLAH SWT.Disini kita perl! u faham bahwa ibubapa yang menjadi tenaga pengajar kepada kanak-kanak yang buat pahala itu, memang akan dapat pahala.Ini tidak ada khilaf.Yang menjadi khilaf disini ialah tentang masalah diri kanak-kanak itu sendiri.Samada dia dapat pahala daripada pahala yang dia buat ataupun tidak.

b) dan seorang yang tidur sehingga dia bangun dari tidurnya.

c) seorang yang gila sehingga dia sembuh daripada penyakit kegilaannya. ]

.....bersambung....



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke