ayuh kita gegarkan kuala lumpur lagi
kita lumpuhkan mahathir & kroni2 nya
kita laungkan REFORMASI
KITA BEBASKAN TAHANAN ISA
 
----- Original Message -----
From: SOFFIAN
Sent: Wednesday, June 06, 2001 1:05 PM
Subject: H-Net* Perhimpunan 'HARAM'



Perhimpunan 'HARAM' hanya pada UMNO tidak pada rakyat.....
Rakyat akan teruskan perjuangan, biarpun 4 aktivis reformasi
telah ditahan.
Lawan Tetap Lawan





Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]> on 06/06/2001 11:17:57
AM

To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:    (bcc: SOFFIAN/MEM/MSMM)
Subject:  H-Net* Fwd: Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara
      jiran' :KDN




Note: Some recipients have been dropped due to syntax errors.
Please refer to the "$AdditionalHeaders" item for the complete
headers.




NEWS

Print version of this story
Tuesday June 5
Ezam minta 'bantuan gerila pemisah negara jiran': KDN
Ng Boon Hooi
6:32pm, Tue: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Mohamad Ezam
Mohd Nor
ditahan dua tahun di kem Kamunting, Perak kerana cuba mendapatkan
bantuan
gerila pemisah dari negara jiran dan "menggunakan bahan letupan
untuk
mengancam nyawa pemimpin tertentu negara."
Dalam pertuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ezam didakwa
mengadakan
lima siri pertemuan sulit di beberapa tempat, termasuk London,
untuk tujuan
itu.
Dokumen itu, yang memuatkan alasan-alasan untuk perintah tahanan
lanjut di
bawah seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), juga
menyenaraikan
enam lagi pertuduhan terhadap Ketua Pemuda itu.
Bagaimanapun dokumen itu tidak menyebutkan sebarang negara tetapi
menyatakan
kegiatan beliau itu "boleh menjejaskan hubungan dua hala" dengan
negara
berkenaan.
Menurut kertas pertuduhan itu lagi, satu salinannya diperolehi
malaysiakini
hari ini, pertemuan itu diadakan awal tahun hingga Mei tahun
lalu.
Alasan-alasan itu setebal lima halaman itu dikeluarkan di bawah
seksyen 11
(2) (b) ISA oleh Penolong Setiausaha KDN, Mohd Jamalludin Kasbi.
Perintah
tahanan, yang dilampirkan bersama tujuh alasan tersebut,
ditandatangani
Menteri Dalam Negeri pada 2 Jun lalu.
Ezam dan tiga lagi aktivis reformasi dibawa ke kem tahanan
perlindungan itu
pada Sabtu lalu. Mereka adalah Naib Presiden Tian Chua, ahli
jawatankuasa
pusat parti itu Saari Sungib dan penulis malaysiakini Hishamuddin
Rais.
Mereka ditahan pada 10 April atas dakwaan cuba menggunakan
"cara-cara
militan, termasuk pelancar bom serta bahan letupan, dan
menjalankan
demonstrasi besar-besaran bagi menggulingkan kerajaan."
Ezam juga dituduh memberi ucapan berunsur provokatif dan
menghasut para
penyokongnya di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Mei tahun lalu
supaya
meningkatkan gerakan reformasi di seluruh negara.
Menurut dokumen KDN itu lagi, Ezam berkata: "... yang datang
bukan lagi
berlenggang, yang datang dengan parang, yang datang dengan
senjata, jangan
salahkan saya, jangan salahkan saudara Anwar Ibrahim, salahkan
(Perdana
Menteri) Mahathir Mohamad (sebagai) pencetus huru hara ini..."
Perhimpunan 100,000 rakyat
Perintah tahanan itu juga menyebutkan dalam satu perhimpunan yang
dihadiri
lebih kurang 2,500 orang di Senai, Johor pada 3 Mac lalu, Ezam
didakwa
menghasut orang ramai supaya terlibat dalam demonstrasi jalanan.
Antara lain Ezam didakwa berkata: "... saya jawab bukan setiap
minggu, kalau
(gerakan reformasi) punyai kekuatan satu masa ketikanya nanti,
tiap hari
kita akan demonstrasi sama ada setiap minggu, tahun setiap bulan,
setiap
jam..."
Kata-katanya itu dituduh berunsur hasutan agar rakyat
menggulingkan kerajaan
yang sah melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan dan
kesannya
boleh mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan
negara.
Dalam dokumen itu lagi, bekas setiausaha politik Anwar itu
dituduh
mengarahkan, selepas berbincang dengan empat orang anasir
reformasi pada
September tahun lalu, mereka menghasut rakyat menyertai
perhimpunan haram
secara besar-besaran yang bertemakan 'Perhimpunan 100,000 rakyat'
pada 5
November tahun itu di Jalan Kebun, Klang, Selangor.
"Ekoran daripada hasutan itu, lebih kurang 6,000 orang telah
menyertai
perhimpunan haram tersebut yang telah mencetuskan rusuhan dan
keganasan di
sekitar plaza tol (Lebuhraya) Kesas dan Jalan Kebun, Klang di
mana dalam
demonstrasi tersebut seorang pegawai polis telah diserang dan
dicederakan.
"Dan ada di antara perusuh telah membaling batu ke arah polis
yang mana
tindakan tersebut telah mengancam ketenteraman awam dan
memudaratkan
keselamatan negara," alasan itu dipetik.
Sementara semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas,
Kedah 29
November lalu pula, Ezam didakwa "telah bertindak sebagai salah
seorang
perancang utama bagi merangka pendekatan bercorak kekerasan
dengan menahan
secara salah 22 buah bas, menimbulkan kesesakan jalanraya,
mengadakan
demonstrasi jalanan, perarakan bermotor serta menghalang polis
secara
kekerasan daripada menjalankan tugas pilihanraya."
"Keputusan pilihanraya tersebut telah meyakinkan kamu serta
anasir-anasir
reformasi bahawa pendekatan kekerasan adalah sesuai untuk
memenangi
pilihanraya umum akan datang dan persepsi (tanggapan) sedemikian
boleh
mengancam ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan negara,"
alasan itu
dipetik lagi.
Ucapan beliau di Hotel Sri Alam, Gombak, Selangor pada 25 Mac
tahun lalu
juga didakwa mendorong 1,500 penyokong reformasi mengadakan
perhimpunan di
Masjid Negara pada 15 April tahun itu dan menimbulkan keadaan
tegang serta
rusuhan sehingga polis menangkap 48 orang daripada mereka.
Ezam juga dituduh mengadakan pertemuan sulit di Institut Kajian
Dasar, Kuala
Lumpur, yang dihadiri tiga anasir reformasi, bagi menghasut
pelajar
institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara agar
menyebarkan risalah
agar mereka terlibat dengan demonstrasi.


Last modified:Tuesday June 5, 9:13 pm





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


---------------------------------
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with
Yahoo! Mail.

Reply via email to