KP IKIM Wakili PAS!
KP IKIM merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjadi boss kepada
Mufti-mufti telah mewakili dirinya untuk menjadi PAS dalam DEBAT UMNO-"PAS"
di PUTRAJAYA. Pengerusi debat tersebut ialah Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid
Othman, selaku Penasihat Agama Mahathir. Disamping KP IKIM, beberapa orang
bekas aktivis PAS yang diISAkan berada dipihak PAS, dan Nakhaie Ahmad
bersama beberapa orang ustaz UMNO mewakili UMNO(baru), yang tidak ada cuma
Astora Jabat. Penonton debat pula ialah PM , TPM dan mungkin ada yang lain
selain dari jurukamera.
Walaubagaimanapun, debat yang ekslusif itu adalah debat sesama UMNO(baru).
Debat itu membuktikan bahawa ahli-ahli panel dalam debat berkenaan ialah
antara orang-orang yang paling tidak boleh dipercayai di Malaysia, khasnya
dalam soal mempertahankan kebenaran ugama islam. Debat tersebut membuktikan
mereka (UMNO(baru)) berada dalam keadaan yang amat membingungkan,
sehinggakan m! ereka sanggup melakunkan debat antara UMNO(baru)-PAS, padahal
hujah-hujah yang mereka guna adalah hujah biasa yang sememangnya tidak ada
pihak yang boleh mempertikaikannya. Hujah yang KP IKIM dan kawannya
kemukakan dalam debat berkenaan ialah bukan hujah PAS semata, tetapi ia
adalah hujah benar dari Al-Quran. Tetapi kenapa ia masih didebatkan di dalam
debat tersebut, seolah-olah hujah yang dikemukakan oleh mereka itu ialah
hujah politik PAS, sedangkan semuanya adalah hujah Al-Quran dan hadis?.
Adakah ini yang dimaksudkan oleh mereka orang-orang yang fasik?. Dengan
tidak secara langsung, debat tersebut membuktikan bahawa sesiapa yang
terlibat dengan debat tersebut ialah sebenarnya munafik?.
Penulis suka sarankan di sini bahawa dijemputlah semua mufti-mufti dan
raja-raja sebagai ketua agama serta sesiapa saja yang sayangkan Islam supaya
melihat VCD debat tersebut. Ia penting sebagai bukti bahawa UMNO(baru) yang
dipimpin oleh Dr. Mahathir s! ekarang ini sudah terlalu jauh menipu rakyat.
Disamping itu, mereka juga mempermain-mainkan hujah ugama, tidak serius
dengan ajaran Islam dan tidak menitikberatkan soal akidah Islam. Yang
penting bagi mereka ialah memuaskan nafsu yang semakin nyanyuk.
Selain dari perkara di atas, hal yang paling menggerunkan UMNO(baru)-khasnya
Mahathir ialah persoalannya bagaimana rakaman dalaman tersebut boleh
terlepas keluar dari PUTRAJAYA yang serba canggih itu?.
[EMAIL PROTECTED]
p/s ; Sila dapatkan VCD tersebut dengan segera.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Kirim email ke