Tonggak pembangkang: PAS bersikap terbuka - Ust Hadi
KUALA TERENGGANU, 7 Jun (Hrkh) -Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang, berkata parti itu sedia untuk menerima mana-mana parti yang
pemimpinnya boleh diterima semua lapisan masyarakat, sebagai parti dominan
dalam Barisan Alternatif (BA).
Beliau berkata, tidak semestinya PAS yang menjadi parti dominan yang
menentukan arah dan dasar perjuangan pakatan parti pembangkang tersebut.
"Ini terpulang kepada pencapaian parti (dalam BA) dalam pilihan raya (untuk
menjadi parti dominan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Timbalan Ketua Dewan
Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, dalam Muktamar Tahunan PAS ke 47
baru-baru ini supaya PAS menjadi parti paling dominan dalam pakatan parti
pembangkang.
Ustaz Abdul Hadi berkata, parti yang mahu menjadi dominan parti pembangkang
mestilah yang dipimpin oleh orang Melayu dan dapat diterima oleh semua
lap! isan masyarakat.
Beliau berkata, pihaknya yakin saranan supaya PAS menjadi tonggak dalam BA
tidak menjejaskan hubungan antara parti-parti pembangkang.
"Ini kerana kerjasama kita yang saling hormat-menghormati dasar parti
masing-masing," ujarnya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Reply via email to