S E G E R A
 
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Jumaat mengisytiharkan keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Likas dalam pilihan raya negeri 1999 batal dan tidak sah, yang membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.


Kerusi itu dimenangi oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, yang menewaskan calon-calon dari Parti Bersatu Sabah dan Bersekutu, yang mengemukakan petisyen untuk mengisytiharkan kemenangan Yong batal dan tidak sah.

-- BERNAMA

Reply via email to