Mungkin Datuk Abdul Hamid lupa kot...
 
Kan Mahathir nak jadikan sekolah-sekolah kepada satu sessi sahaja. Kesannya ialah bagi anak-anak yang bersekolah disekolah satu sessi tidak akan berkesempatan untuk di hantar ke sekolah agama rakyat. Ini adalah kerana bagi kebiasaan yang bersekolah kebangsaan di sessi pagi akan ke sekolah agama di sessi petang dan begitu juga sebaliknya.
 
Di tambah pula Mahathir pernah menyuarakan pengajian agama disekolah kebangsaan menjadi faktor penghalang bangsa-bangsa lain untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
 
Jadi, kalaulah pengajian agama (yang teramat sedikit itu) dihapuskan disekolah-sekolah kebangsaan, maka lahirlah rakyat Malaysia generasi akan datang yang akan bertambah-tambah dan berleluasa jahil agama...
bertambah-tambahlah keruntuhan iman dan moral dalam generasi masyarakat akan datang...
 
Dengan adanya pengajian agama yang amat dhaif sekarang ini pun, telah lahir begitu ramai masyarakat yang jahil agama...
ramai yang nak baca Al-Fatihah pun masih tergagap-gagap...
 
Ingat tak suatu ketika dulu bekas KPN pernah mengatakan tiada dalam Al-Qur'an yang menegah menjual arak!
 
Begitulah agaknya wawasan mahathir kot?
 
 
June 08 , 2001 10:50AM


 
Ajaran Sesat Kerana Jahil Agama
 
BAGAN DATOH, 8 Jun (Bernama) -- Kewujudan ajaran sesat di negara ini adalah akibat jahil tentang agama dan gagal mendapatkan maklumat tepat mengenai Islam, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin.


Beliau berkata apabila wujud kejahilan maka akan timbul peluang bagi seseorang untuk memesongkan ajaran Islam yang sebenar.

"Oleh itu umat Islam perlu menutup pintu kejahilan dengan memahami ajaran Islam secara tepat.

Islam yang sebenar adalah ajaran yang bukan hanya diamalkan oleh golongan tertentu tetapi oleh seluruh umat Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat Daerah Hilir Perak dan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Perak di Madrasah Al Irshadiah Addiniah, di sini semalam.

Katanya, umat Islam sepatutnya mempelajari Islam dari sumber-sumber yang betul dan sahih supaya akidah mereka tidak terpesong dan tidak terlibat dengan ajaran sesat.

"Kerajaan sentiasa memantau ajaran ini dan bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap yang terlibat.

Ajaran sesat ini berbahaya kerana ia membenamkan pemikiran yang rasional dan menonjolkan pemikiran beremosi.

Ia tidak mempunyai matlamat dan arah tujuan tertentu," katanya.

Abdul Hamid berkata berdasarkan siasatan, banyak pengikut ajaran sesat boleh dikembalikan kepada ajaran yang sebenar.

"Sekarang sudah wujud banyak ajaran sesat di negara ini, tetapi yang betul-betul serius dan aktif hanya 17 dan kita akan ambil tindakan secepat yang mungkin," katanya.

Ketika ditanya tentang tindakan yang akan diambil terhadap penganut ajaran sesat, beliau berkata pada peringkat awal cara yang digunakan adalah cara yang lembut.

"Kita akan panggil mereka yang terlibat...kita cuba memberi nasihat dan berbincang.

Kita akan tunjukkan kepada mereka apa yang tidak betul dan terangkan apa yang patut dibuat," katanya.

Katanya, kerajaan juga ada menyediakan pusat pemulihan bagi golongan yang terlibat dengan ajaran sesat seperti di Jelebu, Negeri Sembilan dan beberapa pusat kecil di negeri-negeri lain.

-- BERNAMA

Kirim email ke