*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahathir Sudah Hilang Kewarasan Dan Teras Keimanan
By Amin Sapiro
 


MAHATHIR SUDAH HILANG KEWARASAN DAN TERAS KEIMANAN
AKHIRNYA - 'meletup' juga teman lamo kita: YM Raja Ahmad Aminullah. Sejak
mengenali beliau sekian lama, YM Raja Ahmad dikenali oleh teman-teman
sekawan sebagai insan yang dermawan dan telus berfikiran.

Beliau sangat terkenal dengan sikap dan peribadi yang mengambil berat dalam
hal-hal kebajikan awam. Tidak perlu dihebahkan di sini siapa beliau. Bagi
kami yang mengenali beliau, itulah sikap semulajadi dan peribadi beliau -
tidak suka bercakap banyak membazir tenaga. Seorang yang berhemah tinggi,
berhati-hati dan lemah-lembut mengutarakan fikiran.

Surat Penuh Makna

Hari ini, bila membaca surat beliau (YM Raja Ahmad Aminullah) amat panjang
berbanding memo-memo singkat sebagai ahli Lembaga Pengarah di media arus
perdana, yang satu masa dulu sangat unggul dan ternama seantero dunia.
Sekarang sudah tidak ada rupa.
Pandangan beliau kali ini adalah urutan dari pelbagai angkara dan musibah
yang dilakukan oleh seorang manusia yang sangat berbeda fitrahnya. Soalan
yang kerap timbul: Apakah orang itu masih lagi layak bergelar manusia,
binatang, haiwan atau makhluk perosak yang wajar dibuang jauh-jauh?
Begitu juga, adakah orang itu seorang insan dari makhluk berjenama Melayu
atau Yahudi? Apakah orang itu ada budaya atau lebih layak disenyawakan bagai
haiwan di hutan yang mengatur orang lain menurut 'hukum belantara'?

Itu bergantung kepada rakyat negara ini yang sebenarnya berkuasa, multlak
dan hakiki sehubungan dengan hak asasi mereka; untuk mentafsirkannya. Orang
Melayu sebagai watan negara ini, seharusnya tidak ragu-ragu dan takut-takut
menentang dengan apa jua ikhtiar peri ketandusan dan kehakisan nilai-nilai
kemanusiaan yang sedang menular di negara ini.

Insan-insan Pejuang Keadilan Rakyat
Kita pernah mengerti hubungan cerita latar yang menyebabkan sdr. Ahmad Nazri
Abdullah (Berita Harian) dan Johan Jaafar (Utusan Melayu) dibuang dari
mengepalai akhbar terbabit lebih 2 tahun dulu. Jika anda mahu tahu, sebab
musabab pembuangan mereka semata-mata kerana menulis perkara yang bermaksud
menyelamatkan orang Melayu, kewibawaan tanair, bangsa dan agama juga.
Nukilan surat YM Raja Ahmad Aminullah adalah sama nadanya.


MAHATHIR SUDAH HILANG KEWARASAN IMAN
Keikhlasan mereka mnenegakkan perjuangan rakyat yang selama ini dibela oleh
akhbar-akhbar arus perdana telah disekat dan ditukar wadah supaya meladani
kerakusan seorang yang berkawan dengan syaitan dan iblis. Kerana sikap
mereka bertentangan dengan kamahuan syaitan-syaitan pengikut bapak segala
Iblis itu, maka orang seperti abdi suruhan bernama Kamarul Ariffin (yang
pernah sekongkol dalam kes BMF-Carian Fraud) menjalankan tugasnya (sebagai
menyelamatkan diri dan kepentingan peribadi).
Kerana Dr. Mahathir akan terus berperang dengan rakyat, maka orang-orang
punya kepentingan diri tetapi berpenyakit pekung rasuah (sebaliknya
bercita-cita tinggi) seperti Rais Yatim, Abdullah Bedawi, dan mereka yang
sewaktu dan se kandang dengannya); perlu menjadi pak tutut tukang angguk.
Terikini dengan YM Raja Ahmad Aminullah, rakyat sudah nampak anggota
perundangan dan kehakiman juga sudah mula menunjukkan kebenaran sebenar. YA
Hakim Hishamuddin telah menjelaskan kepada dunia bahawa perjuangan rakyat
adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan. Rakyat perlu fikir itu
dalam-dalam.


Pembuka Jalan Kepada Sebuah Pergolakan
Terdampar sekarang didepan mata kita iaitu: bermula dengan rakyat biasa di
kaki lima hingga kepada cendekiawan dan kaum profesional, ahli-ahli politik
dan pemimpin mereka, peneraju NGO dan para ulamak; kesemua mereka sudah
sepakat bersetuju bahawa regim Mahathir dan UMNO/BN tidak wajar diberi
sokongan lagi. Mereka adalah puak penghapus nilai-nilai kemanusiaan sejagat
dan tidak boleh tidak wajib di tumbangkan
Orang Melayu bukan lagi hidup di zaman Hang Nadim atau berperabadi Hang
Tuan. Orang Melayu hidup di zaman IT dan globalisasi. Semangat Hang Jebat
sudah bertanah di daalam nadi dan darah!! Islam sudah jadi panduan kita.
Menentang kezaliman adalah suatu Jihad!


Ini bukan pandangan peribadi. Soalan YM Raja Ahmad Aminullah adalah
pandangan rakyat. Kata beliau, 'Its early editorial policies clearly sought
to create an open progressive modern and non-feudal society' adalah
pernyataan UMNO sebenar sejak mula parti itu ditaja. Sebagai penyokong UMNO,
jika ada seorang pemimpin memutar jarum UMNO ke zaman Mandeliar; pemimpin
itu wajib dibuang dan disingkirkan. Itu bukan cakap main-main.


UMNO Perlu Berpijak Di Bumi Nyata
YM Raja Ahmad Aminullah bertanya lagi, 'What is the great offence that has
been caused by this Malaysian?'.
Itu adalah soalan semua pejuang kebebasan rakyat di mana-mana. Analogi
beliau harus difikirkan oleh semua orang Melayu dan rakyat yang bermaruah,
berhemah dan tahu harga diri, iaitu, 'metaphorically it would appear to be a
case of shooting the messenger instead of heeding the message'.
Nampaknya 'shooting the messenger instead of heeding the message' itu
sangatlah yang jadi amalan dasar UMNO yang dipaksa oleh Mahathir. Kerana itu
jugalah 90% penyokong UMNO sudah meninggal parti ini. Terkini, kaum Cina
sudah nampak gelagat pemimpin UMNO dan komponen BN. Mahathir dan partinya
sudah keseorangan.


Luahan Hati Seorang Marhaen
YM Raja Ahmad Aminullah tidak bergurau waktu menyuarakan ini, 'I am
certainly not someone incapable of understanding political realities. What I
am incapable of is to continue stomaching the inhuman and inhumane treatment
of a senior leader of our country'.
Memang majoriti rakyat sudah lama terasa kebenaran beliau itu. Kerana itu
Anwar menolak sebarang fitnah dan sanggup ke mahkamah. Ezam dan teman-teman
sanggup diISAkan. Malah kita bertanya, siapakah Mahathir sebenarnya. Ke
manakah beliau membawa UMNO/BN dan seluruh masyarakat Malaysia yang
berbudaya unggul.
Sepatah kata YM Raja Ahmad Aminullah, 'I have been brought up to be familiar
with the traditions and culture of the Malay society. In a personal context,
I am reminded of an education, which may seem trivial and insignificant, but
which substantially informs our life'.
Nah bertanya kita kepada Mahathir, 'Budaya apakah pegangan dan amalan
Mahathir ini? Budaya penyangak atau penjajah? Budaya Mandeliar penjarah yang
disula d###r hingga ke khalkumkah? Apakah Mahathir mahu orang Melayu
melakukan itu kepadanya pula?'. Tepuk dada tanya selereka. Kesabaran orang
Melayu sudah sampai ketahap 'point of no return'..!!



Mahathir Bergama Sebagai Perhiasan Saja?
Kita terpegun bila YM Raja Ahmad Aminullah berkata, 'The lesson that I am
referring to is the principle of tauhid, which teaches us that our perennial
loyalty is to the Creator. Any profane and temporal anxieties or worries
should not result in jettisoning this principle. This understanding is not
designed to make us extraordinary human beings but merely to help us
navigate our life as universal citizens who choose to believe in divine
greatness'.
Maka teringat kita Mahathir pernah mencerca Nabi dan ketentuan hukum-hakam
dalam agama Islam. Beliau berbangga mencerca ulamak Islam pelbagai zaman.
Mereka tidak ada yang betul melainkan dirinya seorang saja. 

Atas segala-galanya, beliau berbangga digelar setanding MahaFIRAUN. Masihkah
pemimpin UMNO merasa terlindung dari laknat Allah swt.?
Wahai Orang Melayu dan orang Islam. Sudah tiba masanya menjauhi parti ini!!
Berhijrahlah kalian selagi kesempatan masih ada. Buangkan Mahathir dan
penjarakan dia sebelum si laknat itu men'sungaibuluh' dan meng'kemunting'kan
kalian!!
Jangan sekali-kali rakyat negara ini bertuankan seorang yang fasik dan
hilang kewarasan?.!!




Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdan, Khalina" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke