Date: Wed, 13 Jun 2001 17:26:13 +0800

MB kemuka usul pindaan perlembagaan
KOTA BHARU, 13 Jun (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat dijangka mengemukakan usul meminda Enakmen Undang-undang Tubuh
Kerajaan Kelantan, berhubung kuasa-kuasa Sultan pada persidangan Dewan
Undangan Negeri (Dun), 25 Jun ini.
Speaker Dun Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, sekiranya
diluluskan, usul itu akan dapat diseragamkan dengan Perkara Kelapan
Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa-kuasa Sultan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini, 12 Mei
lalu.
Beliau juga berkata, selain itu, enam usul lagi akan dikemukakan iaitu oleh
Timbalan Menteri Besar, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dan dan Pengerusi
Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Wilayah,
Haji Takiyuddin Hassan.
Usul tersebut iaitu, Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2001, Enakmen
Un! dang-undang Mineral 2001, Enakmen Perbadanan Muzium Kelantan (Pindaan)
2001, Enakmen Stadium 2001, Enakmen Perpustakaan Awam 2001 dan Enakmen
Perbadanan Menteri Besar 2001.
Enakmen keempat hingga ketujuh dirumuskan untuk mengambil tindakan tata
tertib ke atas pegawai seperti mana yang dibuat kepada kakitangan kerajaan
lain, iaitu Yayasan Islam Kelantan (Yik), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan, Yayasan Kelantan Darul Naim dan sebagainya.
"Jelasnya, enakmen ini bakal dilaksanakan bagi mewujudkan suatu jawatankuasa
khas tata tertib bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan negeri
yang salah perilaku mereka," kata Wan Abdul Rahim.
Mengenai jumlah soalan persidangan Dun kali ini, beliau berkata, 100 peratus
soalan yang dikemukakan hanya dari penyokong kerajaan.
"Sebagaimana pada persidangan Dun sebelum ini, pihak pembangkang iaitu dari
Dun Galas dan Paloh tidak mengemukakan sebarang soalan," ujarnya.
Comments ? E-mail ! Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail Personal Address - Get email at your own domain with Yahoo! Mail.

Reply via email to