Date: Thu, 14 Jun 2001 17:32:54 +0800

Badrul Amin dan Lokman dihantar ke Kamunting pukul 3 pagi
<<...>>
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Isteri Dr Badrul Amin, Puan Zumrah Husni kesal
dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan kepada beliau dan keluarga
mengenai penghantaran suaminya ke Kem Kamunting awal pagi tadi.
Badrul dan seorang lagi pemimpin Keadilan Lokman Noor Adam dihantar ke kem
itu untuk tahanan lanjut dibawah ISA pukul 3.00 pagi tadi, beberapa jam
sebelum permohonan habeus corpus mereka dijadual didengar oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam.
Menurut Zumrah, beliau hanya mendapat berita sedih itu melalui peguam R
Sivarasa sewaktu hadir di mahkamah Shah Alam.
Berikutan perkembangan terbaru terhadap Badrul dan Lokman, permohonan habeus
corpus terhadap Ketua polis negara ditarik balik.
Sebaliknya Siva akan memfailkan permohonan! baru terhadap Menteri dalam
Negeri bagi mendapat mahkamah mengisytiharkan penahanan tidak sah.
Badrul ditahan dibawah ISA 55 hari lalu manakala Lokman 51 hari.
Perintah mengurung mereka di Kem Kamunting dikeluarkan oleh Timbalan Perdana
Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Dalam Negeri.
Abdullah menandatangani dokumen perintah itu semalam.
Badrul dan Lokman akan dikurung di kem itu untuk tempoh sekurang kurangya
dua tahun.
Sebelum ini pemimpin Keadilan Ezam Mohamad Noor,Tian Chua, Saari Sungib dan
aktivis sosial Hishamuddin Rais juga dijatuhi hukuman yang sama.
"Saya tidak kesal malah bangga dengan perjuangan suami saya. Beliau tidak
melakukan apa apa kesalahan," kata Zumrah.
Bagaimanapun Zumrah hampa kerana beliau dan anak-anaknya yang menjangkakan
dapat bertemu Badrul di mahkamah pagi tadi dikecewakan oleh tindakan pihak
berkuasa.
"Anak-anak saya yang bersekolah mengambil cuti dan paling sedih anak bongsusaya yang berusia 3 tahun berharap sangat bertemu ayahnya hari ini. Yang
lain, walaupun sedih tetapi mereka dapat menerima kenyataan" katanya.
Sementara itu Parti Keadilan Nasional "amat terperanjat dengan bertia bahawa
Badrul dan Lokman telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk
dilanjutkan tahananan mereka di Kem Kamunting".
Setiausaha Agungnya Anuar Tahir dalam kenyataannya berkata tindakan
menangkap dan kemudiannya mengurung pemimpin Parti Keadilan oleh kerajaan
Barisan Nasional "menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai maruah lagi
dan sanggup melakukan apa sahaja bagi menghalang pengkritik kerajaan".
Keadilan menuntut semua tahanan dibebaskan segera dan mengulangi desakan
mereka dibicarakan di mahkamah terbuka jika kerajaan "benar-benar mempunyai
bukti kukuh" dan bukannya mengurung mereka "begitu sahaja tanpa hak membela
diri," kata Anuar.
Melanjutkan penahanan mereka kata beliau adalah "sesuatu penyiksaan keatas
! pemimpin-pemimpin politik dan aktivis sosial negara ini".
Comments ? E-mail Us


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Buzz Index - Spot the hottest trends in music, movies, and more.

Reply via email to