*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

     Segala pujian bagi Allah s.w.t., tuhan sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas 
kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.

     Saya merasa begitu tidak sedap hati apabila ada yang menulis "...tidak semua 
Heavy/Fast Music teruk...."  Alasannya, ada sebahagian kumpulan heavy metal yang 
membawa mesej yang baik dalam lirik lagunya.  Musik tetap tidak dibenarkan dalam 
Islam.  Sungguhpun liriknya mempunyai unsur yang baik, musik tidak sepatutnya 
didengar.  Sekalipun di dalam liriknya terdapat puji-pujian terhadap Allah a.w.t. dan 
selawat serta salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w. seperti dalam lagu-lagu Rhoma 
Irama dan album terkini Rabbani.  Kalaupun musik dibenarkan, hanyalah untuk percusion 
spt kompang dan gendang satu muka.

     Pada pandangan saya, mengatakan 'lagu bermusik dengan lirik yang baik itu bagus' 
samalah seperti orang yang berpendapat 'pakaian tidak penting, yang penting hati'. 

     Orang yang tidak solat, tetapi tetap beriman kepada Allah dan mengakui bahawa 
solat itu suatu kewajipan insyaAllah tetap akan masuk ke syurga setelah di hukum di 
neraka bagi solat yang ditinggalkan.  Sebaliknya orang yang mengatakan solat itu tidak 
wajib, itu termasuk di dalam riddah.  Oleh itu berhati-hatilah sebelum berkata-kata.

     Dan janganlah pula kita berasa senang untuk melanggar larangan Allah semata-mata 
kerana jaminan orang beriman tetap akan masuk ke syurga; kerana

1.  Tiada seorang pun boleh menjamin bahawa dia akan mati dalam keadaan beriman
2.  Tiada orang yang sanggup untuk berada di dalam neraka walau untuk sedetik

     Peliharalah iman kita, tingkatkanlah iman kita, jagalah amalan kita.

     Saya memohon ampun dari Allah s.w.t sekiranya ada terlanjur kata.  Dan minta maaf 
sekiranya ada yang menyinggung hati netters.

             Sebab pulut, santan binasa
             Sebab mulut, badan ke neraka

Wassalam.

             Sebab pulut, santan binasa
             Sebab mulut, badan ke neraka


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke