AJK PAS Pusat lengkap

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Razak dilantik Ketua Penerangan pada mesyuarat pertama AJK baru PAS Pusat untuk melengkapkan saf pimpinan parti dalam menghadapi cabaran mendatang.

Mesyuarat di Markas PAS di Taman Melewar hari ini dipengerusikan Presiden PAS Dato Fadzil noor dan dihadiri semua AJK yang dipilih perwakilan pada Muktamar parti dua minggu lalu.

Ustaz Azizan yang gagal pada perebutan jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan di muktamar itu menggantikan Ustaz Omar Mohomed.

Mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk mengekalkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Setiausaha Agung parti dan Dato Paduka Abdul Halim Rahman sebagai Bendahari.

Bagi AJK tambahan pula, PAS melantik Pengarah Urusan Harakah Dato Hishamuddin Yahya, bekas Ketua Muslimat Senator Hajjah Jamilah Ibrahim dan Mohamad Sabu. Turut dilantik, Haji Asmuni Awi dan Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud.

Mesyuarat hari ini memutuskan tidak mengisi kekesongan keenam buat sementara waktu.

Dalam pada itu, perlantikan Pesuruhjaya negeri menyaksikan perubahan bagi Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Perak, Ustaz Ahmad Awang dilantik untuk menggantikan Haji Sabran Asmawi manakala Ustaz Idris Omar dilantik Pesuruhjaya Pahang menggantikan Ustaz Mohamad Baki Othman.

Pesuruhjaya Melaka yang baru ialah Ustaz Ghani Rahman yang menggantikan Haji Omar Baba.

Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob dilantik Pesuruhjaya Negeri Sembilan. Beliau mengambil alih jawatan daripada Haji Ibrahim Abdul Rahman.

Bagi Sabah, Haji Mohamad Abdullah digantikan oleh Datu Dr Bandira Datu Alang.

Mesyuarat hari in turut melengkapkan pentadbir lajnah PAS seperti berikut:

Lajnah Kewangan
Pengerusi : Dato Fadzil Noor
Tim. Pengerusi : Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang

Lajnah Politik dan Organasasi
Pengerusi : Dato Fadzil Noor
Tim. Pengerusi : Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang

AJK : AJK Harian

Lajnah Tarbiyah dan Kepimpin
Pengerusi : Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang
Tim. Pengerusi : Ustaz Haji Harun Taib
AJK : Ustaz Haji Hasihm Jasin
AJK : Ustaz Haji Taib Azamuddin

Lajnah Antarabangsa
Pengerusi : Haji Mustafa Ali
Tim. Pengerusi :Dr Hatta Ramli

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : Ustaz Hassan Shukri
Tim. Pengerusi : Dato Hishamuddin Yahya
AJK : Ustaz Ghani Rahman

Lajnah Pendidikan
Pengerusi : Dato Dr Hassan Ali
Tim. Pengerusi : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : Haji Mahfuz Omar
Tim. Pengerusi : Ustaz Ahmad Awang
AJK : Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali

Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi : Ustaz Azizan Razak
Tim. Pengerusi : Haji Husam Musa
AJK : Hajjah Jamilah Ibrahim

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan

Pengerusi : Dr Wahab Ismail
Tim. Pengerusi : Haji Asmuni Awi

Lajnah Perumahan dan Setinggan
Pengerusi : Dr Hatta Ramli

Tim. Pengerusi : Dr Mariah Mahmud

Lajnah Pertanian dan Hal Ehwal Peneroka
Pengerusi : Ustaz Abu Bakar Chik
Tim. Pengerusi : Haji Omar Mohamad

Lajnah Hal Ehwal Pekerja
Pengerusi : Haji Mohamad Sabu
Tim. Pengerusi : Hanipa Mydin

Lajnah Undand Undang dan Guaman
Pengerusi :Haji Wan Mutalib Embong
Tim. Pengerusi : Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman

Lajnah Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Pengerusi : Salahuddin Ayob
Tim. Pengerusi : Ustaz Idris Ahmad

Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi : Dato Kamaruddin Jaafar
Tim. Pengerusi : Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

Majlis Tertinggi Pilihanraya
Pengerusi : Dato Fadzil Noor
Tim. Pengerusi : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
AJK lama kekal.

Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Pengerusi : Haji Mustafa Ali
Tim. Pengerusi 1 : Dato Hishamuddin Yahya
Tim. Pengerusi 2 : Haji Wan Abdul Rahim

Jawatankuasa Bangunan
Pengerusi : Dato Paduka Halim Rahman
Tim.Pengerusi : Dr Wahab Ismail

Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi : Dato Fadzil Noor
Tim. Pengerusi : Dato Kamaruddin Jaafar

Lembaga Pengarah Urusan Harakah
Pengerusi : Haji Mustafa Ali
AJK lama kekal.

Pemegang Amanah
Dato Fadzil Noor
Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Ustaz Hashim Jasin
Ustaz Harun Taib.

Kirim email ke