*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Kata tuan hamba tu betul jugak.  Cumanya kalau apa yg puak2 tak 
center tu buat, rakyat buat derk aje, tak tunjuk rasa marah, tak
ada expresi diri, macam puak2 umcino yg walaupun pemimpin2 dia 
sewenang2nya mencabul dari harta rakyat ke undang2 tapi mereka masih
senyum macam kambing (senyum kambing), makin galaklah penyangak2 tu.
Dalam rakyat dok marah pun, depa cabul lagi dan cabul lagi; contoh
pencabulan luar tabii ialah pengundi hantu di likas - sila baca
muka depan harakah tentang keterangan saksi betapa cabulnya tindakan
pm dan megat. 

Nak tau betapa kayunya sesetengah puak2 umcino ni, tunggu persidangan
depa sat lagi - akan keluarlah ahli2 sajak, ahli2 lawak, ahli2 pemidato
yg cakap berapi tapi habuk pun tarak.  Juang punya juang, melayu makin
celaru. Islam apa lagi... 

Kalau betul mereka ni pejuang bangsa yang bangga dengan keris bogel
tu, sentap turun pemimpin2 mereka yang merosakkan agama dan bangsa
serta berkenan benar dengan peel firaun yg zalim tu.  Kalau hukum
tak bertamadun ISA pun depa masih dok sokong, kita taulah jenis apa
depa tu...

Bukankah dijadikan bebenda didunia berpasang2.  Ada jantan ada betina.
Ada malaikat ada setan. Ada umcino ada pas. Ada pemimpin zalim ada
rakyat yang berani kata pemimpin tu zalim "Ooii si zalim....udahlah tu".

Satu lagi, kita bukan nak telan pemberian dia orang, tapi nak ambil
hak kita, hak rakyat yang dia orang rompak. Macam orang masuk rompak
rumah kita, lepas tu semasa melarikan diri, dia accident dengan lori
dan mampuih, barang2 kita rosak sikit tapi ok, maka kita pun ambillah
balik. Begitulah dengan umcino ni. Muka punyalah tak malu, perjanjian
yang ditandatangani pun diliwat satu macam aje. Jenis manusia ke jenis
apa dia orang ni?

Satu lagi, rasanya orang jahiliah dulu buat naya kat orang Islam secara
sendiri2 - maknanya mereka lebih gentlemen. Tapi puak2 umcino ni, 
punyalah bacul, tak berani lawan secara man-to-man, ceramah lawan
ceramah, hujjah lawan hujjah) tapi depa liwat mahkamah, liwat undang2,
liwat kehakiman, dsbnya. 

Last sekali, aku pun bukan suka sangat marah2 ni sebab menyiksakan
perasaan. Tapi dengan puak2 umcino ni, silap2 tunggul kayu pun boleh
marah.

---- Original Message ----- 
From: Ibrahim Imran 
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Tuesday, June 19, 2001 11:51 PM
Subject: Re: H-Net* Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat
Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke:
[EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE
ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Assalamualaikum Wrth. Wbth.

Apabila Rasulullah s.a.w menghadapi berbagai masalah, Rasulullah s.a.w
tidak menyalahkan sesiapa sehinggalah Jibrail a.s menawarkan kepada
baginda supaya berdoa agar bukit uhud menjadi Emas, tapi baginda masih
menolak.

Kita yang berjuang demi mendapatkan Allah dan rasul, jangan lekas marah
dan jangan ajak orang lain marah seummpama kita marah. Sekiranya mereka
yang mengaku cinta dan kasih kepada Allah dan rasulullah mendapat
kemenangan dan kesenangan dengan mudah, maka lebih baik kita kaji semula
. lihatlah peristiwa Uhud, apabila tentera Islam mendapat ghanimah,
masing-masing meninggalkan tanggungjawab agama sebaliknya berebut
mendapatkan harta akhirnya tentera rasulullah tidak mendapat kemenangan
di uhud.

setiap yang kita buat ganjaran yang kita pinta hanya dari Allah bukan
dari makhluk, biarpun ada di kalangan sahabat seperjuangan telah membeli
7 buah kereta, dalam akaun 7 juta tak sampai setahun setengah memerintah
atas nama kerajaan Islam, maka itu haknya yang allah takhdirkan.
Cukuplah kita dapat mengekalkan tahajjud, dhuha, mengekali pelajaran
agama dan cinta pada Allah dan rasulullah.

Buat apa kita menagih simpati dari kerajaan yang hari-hari kita laknat
dia, kita kutuk dia tiba-tiba kita nak telan pemberian mereka apatah
lagi kita nampak rezeki datang melalui mereka. Tugas kita mengajak
manusia kembali kepada Allah, kalau kita yakin kita mampu memerintah
maka jangan kita berharap dengan sistem yang lain daripada sistem wahyu
dan sunnah. Kita perlu jaga peribadi, keluarga, masyarakat dan pusat
pemerintahan kita untuk cinta dan kasih kepada Allah dan rasulullah.
jangan sekali-kali kita faham cinta kepada Allah dengan cara membenci
yang lain. Piagam madinah di buat dengan penduduk tak sampai 5000 orang
islam dan islam terlaksana, sebab mereka yakin dengan Allah manakala
musuh Islam boleh terima sebab, Syariat, Aqidah dan akhlak orang islam
lebih baik daripada musuh islam, malah musuh islam merasakan selamat
berada dengan orang islam. malangnya kita terengganu dan kelantan lebih
daripada 2 juta orang, manakala syariat, akhlak dan aqidah tak dapat
dibezakan ! denga orang yang kita anggap musuh Islam. Masyarakat rasa
tertekan dengan perangai kita, percakapan kita, akhlak kita serba-serbi
mengenai kita apatah lagi kadang-kadang lebih melampau daripada musuh
kita, kemudian kita mendabik dada kita orang yang paling baik. Lepas tu
kita nak marah orang tak ikut nafsu kita.

Jadi kalau tak dapat apa-apa bentuk dunia, susah jangan salahkan orang
lain, kaji balik adakah kita telah benar-benar di dalam jemaah yang
mengajak manusia kembali kepada Allah dan Rasulullah. Kalau kita telah
yakin itulah rupa ibadah dari Allah maka jadikan ia sebagai mujahadah
dan banyakkanlah berdoa agar Allah anugerahkan rezeki rohani dan jasmani
mudah sebeberapa mudah, banyak sebeberapa banyak dan luas seberapa luas
seumpama allah kurniakan kepada Nabi Allah Sulaiman a.s, Iskandar
Zulkarnain a.s dan Abdul rahman bin Auf radia Allah hu anhu.  Insya
Allah mudah-mudahan rezeki datang mencurah-curah sebab negeri yang
berkat adalah negeri yang pemimpinnya adil. Berlaku adillah sebagaimana
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. jangan berdendam dengan musuh dan rakyat,
berterus terang. Islam sudah ada model ketika senang dan susah.
Sekiranya susah anggaplah itu ujian daripada Allah, jangan bermusuh
kerana sifat sedemikian akan merugikan rakyat. 

Wallah hu Taala a'lam



>From: Nurul Huda 
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] 
>Subject: H-Net* Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa 
>Date: Sat, 16 Jun 2001 09:48:57 +0800 
> 
>Petronas : Umno (Baru) Dan USA Serupa 
> 
> 
>Kecelakaan yang menimpa PETRONAS di Sudan akibat kedurjanaan USA ialah
serupa dengan kecelakaan yang menimpa Kerajaan Trengganu akibat
kedurjanaan UMNO(baru)-Mahathir di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,
wajar mengecam tindakan USA itu. Dan sebagai rakyat Malaysia, wajar juga
mengecam UMNO(baru) kerana tindakan Mahathir melanggar perjanjian
royalti minyak di Trengganu. Sebagai seorang yang perihatin, kenyataan
Abdullah Badawi bahawa memang itu perangai USA akan buat jahat pada
pihak yang dia tak suka. Maka kenyataan Abdullah Badawi itu juga
menunjukkan perangai USA itulah yang ditiru oleh UMNO(baru)-Mahathir
memerangi pembangkang - PAS. 
> 
>Memang perangai USA itu, seluruh dunia tahu. Tetapi memang itulah juga
pun perangai UMNO(baru)-Mahathir. Kecaman dan perli Abdullah Badawi
tentang tindakan USA itu adalah sebenarnya kecaman dan perli untuk
dirinya dan UMNO(baru)-Mahathir sendiri. Jarang ada manusia yang
mempunyai dualiti seperti ini. Paling tidak, tahu untuk merasa malu
mengecam orang lain sedangkan perkara yang dikecam itulah yang dibuat
oleh pihak pengecam. Seperti kata bidalan orang Indonesia ke atas
kedurjanaan Suharto, kata mereka semua benda ada pada Suharto, cuma satu
saja yang tidak ada, iaitu tidak ada rasa malu. 
> 
>Selain dari kes PETRONAS, Kerajaan Malaysia pimpinan
Mahathir-UMNO(baru) adalah peniru dan pembangga yang ulung tentang
kemajuan USA. Walaupun dikecamnya USA, tetapi dalam banyak hal, model
USA itulah yang diambil tiru. Sebagai bukti jelas akan betapa tidak ada
jatidirinya pihak yang berkempen supaya rakyat ada jatidiri ialah
tentang memberi nama kepada kawasan pembangunan di Wilayah Persekutuan
Putrajaya. Contohnya ialah; cuba lihat alamat JPA yang baru. 
> 
>Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia 
>Bahagian Latihan 
>Aras 4, Blok C1, Parcel C 
>Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
>62500 Putrajaya. 
> 
>"Parcel C" dalam alamat berkenaan ialah model dari alamat di
bandar-bandar besar di USA, khasnya di New York. Disamping itu, alamat
kediaman juga ada mempunyai model alamat di New York. Inilah betapa
dongengnya kempen jatidiri dan menentang USA itu. Jika nak dihitung, tak
terhitung kempen dongeng dan menipu UMNO(baru) ke atas rakyat jelata.
Kes terbaru ialah memalsukan IC di Likas. Kononnya untuk meramaikan
orang Islam di Sabah. Yang malangnya ialah menjual maruah negara dengan
murah demi matlamat yang palsu seperti itu. Memberi IC secara durjana
kepada pendatang asing adalah perbuatan yang paling khianat kepada
negara. Mereka ini adalah sebenar-benar pengkhianat negara. Menentang
kedurjanaan ini adalah perjuangan tulin mempertahankan negara, tetapi
menyokong kedurjanaan ini adalah pengkhianat negara. Untuk melihat
siapakah pengkhianat negara ialah dalam perhimpunan Agung UMNO(baru) tak
lama lagi. Pengkhianat negara itu berada dalam barisan kepimpinan
tertinggi ! UMNO(baru). Saksi perbicaraan pengundi hantu di Likas telah
membuat keterangan di Mahkamah dan direkodkan bahawa Mahathir ialah
director pemalsuan IC di Sabah. 
> 
>Untuk itu, sampai bila UMNO(baru) akan dapat menutupkan mata dan
memekakkan telinga dari semua ini. Sampi bila?. Adakah mahu tunggu
sehingga UMNO(baru) akan reput dengan sendirinya....? Semuanya ada
ditangan penyokong UMNO(baru) untuk membuktikan samada mereka ini
dilihat sebagai pendurjana terus-terusan atau sebagai pembela ugama,
bangsa dan negara. Jangan tumpang jasa UMNO(lama) dan asyik bernostalgia
saja, kerana jasa dan nostalgia itulah yang dijadikan senjata oleh
pendurjana untuk mempertahankan kedurjanaan mereka. 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pisang kelatkeling" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke