*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Entah kenapa dua tiga hari ini terlalu banyak isu politik yang tiba-tiba saja muncul 
meletus di sana sini. Tuanpunya Utusan Malaysia dan Berita Harian yg pernah dipulau 
orang sehari dua dulu kini sudah mampu tersenyum semula hingga ke pangkal telinga, 
semua orang tak kira PAS, tak kira ADIL, tak kira UMNO, semuanya pakat nak tahu sebab 
masing-masing tak tahu hujung pangkal.

Seperti juga pengarang akhbar-akhbar berkenaan, kita pun tak tahu nak start sembang 
isu mana yang nak mula dulu.

Okaylah secara random, mai kita sembang pasal kes Hakim batalkan pilihanraya DUN 
Likas. Isu ini kalau tengok sekali imbas ada kelakar sedikit; awat tidaknya, kat 
Utusan Malaysia dan Berita Harian depa pakat dok tekan pasal "Siapa Yg Talipon Hakim 
Kamil" sedangkan Harakah pula dok tekan pasal "Kandungan Isi Perbicaraan Hakim Kamil". 
Kalau nak tau kandungan detail kes perbicaraan itu, sila baca Harakah, ada kat situ 
pengakuan seorang saksi yg habag kata Megat Junid dengan kebenaran Mahathir telah 
bertanggungjawab mengeluarkan 17,000 Kad Pengenalan Malaysia untuk diberikan kpd 
pendatang2 asing buat digunakan untuk mengundi BN dlm p/raya di Sabah tahun 1999.

[Entah-entah, salah seorang puak Abu Sayyaf yg ditunjukkan dlm Utusan hari tu yg ada 
IC Malaysia, entah2 dia pun dapat tumpang mengundi sama!!]

Jadi, cerita di Likas tu bergantung kpd suratkhabar mana yang hangpa baca; kalu baca 
Utusan Malaysia kalu, tambah-tambah kalau dok baca kenyataan Rais Yatim , hangpa boleh 
rasa macam Hakim-Hakim kat Malaysia ini cacamerba sungguh, masalah peribadi pun nak 
bawa masuk mahkamah; dan bila hangpa baca pula kenyataan Mahathir, silap-silap hangpa 
boleh naik kesian kat orang tua tu sebab orang tua itu kata, Hakim tak sepatutnya 
campur tangan dalam bidang Legislative dan Eksekutif. Kata Mahathir, kat Malaysia ini 
kita kerja ikut bidang masing2, kita ada Legislative (Wakil Rakyat/Parlimen) yg buat 
undang2, kemudian kita ada Eksekutif (Kakitangan Kerajaan/Penguatkuasa) yg menjalankan 
apa yg diputuskan oleh Parlimen, lepas tu kita ada pula apanama tu Judiciary 
(Kehakiman) yg pastikan apa yg diputuskan oleh Parlimen dijalankan seperti apa yg 
diputuskan.

Jadi, bila ada Hakim dok pi kondem ISA yg diputuskan oleh Parlimen, maka kata Dr 
Mahathir:

"Sukarlah Kalau Macam Nie…..Habis Jadi Cacamerba (saya tambah)"!!

Ha, tu dia , logik sungguh aih apa yang Mahathir kata; hang kerja Hakim hang buat la 
kerja Hakim, yg hang dok campur aduk dengan kerja kami nie hang cari apa? Kira cakap 
Mahathir nie betoilah.

Cuma yang lawaknya; Mahathir cakap tu umpamakan meludah ke langit, terpalit masuk ke 
lubang hidung dia sendiri. Nu, hangpa ingat dak lagi kes Tun Salleh Abbas hari tu; 
kalau tak ingat, mai kita sama-sama pakat refresh kita punya memori balik.

Pada suatu ketika dulu, ada seorang Hakim, Ketua Hakim, namanya Tun Salleh Abbas. Pada 
suatu hari ada satu kes dibawa ke penghadapan beliau melibatkan seorang budak Cina 
bernama Susie Teoh, yg berumur 16 tahun, nak masuk Islam tapi dihalang oleh ibubapanya 
yg bukan Islam. Kadhi Mahkamah Pasir Mas dah bagi budak tu masuk Islam; jadi mak pak 
dia tak puas hati, bawak mai masuk mahkamah sebab dlm perlembagaan kata "Sapa-sapa 
yang umur lebih 18 tahun sahaja yg boleh tukar agama". Jadi, mak pak dia nak saman 
Kadhi Pasir Mas sebab dok pandai2 bagi anak dia masuk Islam sedangkan anak dia baru 
umur 16 tahun.

Bila bawak mai depan Tun Salleh Abbas, maka Tun Salleh Abbas yg paham kerja dia 
sebagai Judiciary (Kehakiman)  iaitu "memastikan apa yg diputuskan oleh parlimen 
dijalankan seperti apa yg diputuskan"; maka dia pun tak boleh nak buat apa; cuma atas 
kebijaksanaan akal yg Tuhan bagi kat dia, atas kesedaran dia sebagai seorang Islam, 
dia pun kata "Okaylah, saya tangguh dulu kes ini".

Alah, kat Malaysia nie tangguh kes ini biasalah, hari tu pun ada keluar dalam akhbar 
kes curi dua tiga ringgit yg melalut-lalut sampai bertahun-tahun. Tun Salleh Abbas dok 
ingat, kot kalau boleh tangguh dua tahun, cukuplah umur budak tu jadi 18 tahun, maka 
secara otomatik dia boleh convert pi Islam.

Opps, mak pak budak tu tak puas hati; depa pun pandai juga rupanya baca perlembagaan 
Negara "Islam-ala Hamid Othman" ini. Lalu, depa pi adu kat Paduka Mahathir. Lalu, 
berlakulah seperti apa yg berlaku di Likas; ada orang pi bagi arahan kat Tun Salleh 
Abbas supaya teruskan kes itu secepat mungkin, jangan dok tangguh-tangguh; kalau di 
Likas org itu ialah Mr X, tapi dlm kes Susie Teoh ini, orang itu ialah Mr Mahathir!!

"Aik, dia kata Legislative (Parlimen), Judiciary (Hakim) dan Eksekutif (Penguatkuasa) 
tak boleh dok kacau kerja sesama sendiri, macam mana pula tiba-tiba dia berani langgar 
sempadan ini?", fikir Tun Salleh Abbas.

Lalu, Tun Salleh Abbas tak endahkan arahan Mahathir itu; maka itulah jadinya antara 
sebab musabab kenapa Tun Salleh Abbas dipecat dan digantikan dengan Tun Hamid Omar, yg 
meneruskan kes tersebut dgn keputusannya Susie Teoh tetap dengan agama asal!!

Tun Salleh Abbas kena pecat, Kadhi Pasir Mas didapati bersalah, dan Susie Teoh 
dijatuhkan hukuman kena Murtad. Sikit punya sempoi ka!

So, kalau hangpa dengar Mahathir dok kata "Sukarlah kalau macam nie Hakim dok campur 
kerja Legislative"; maka kalau hangpa jumpa dia, ha, tolong bagi kat dia penendang 
sebijik. Yang dia pi campurtangan kes Salleh Abas hari tu apa ke bendanya?

HAPRAK punya orang, punya la mangkuk hayun, ada ka patut orang nak masuk Islam tak 
bagi masuk, tapi bila orang nak murtad, cepat-cepat saja depa bagi. Tak caya pi tanya 
mana-mana kakitangan Pejabat Pendaftaran Negara. Ghaplah Jingga betoi!!

Okay, apa lagi yang orang sembang minggu ini selain daripada kes DUN Likas di atas?

Itu cerita awal minggu; di hujung minggu pula kita terpaksa tahan telinga dengar 
ucapan-ucapan hipokrit Pemuda UMNO dan Presidennya dlm Perhimpunan UMNO yang baru 
berlalu.

Datuk Hishamuddin Hussein Onn menggariskan 4 halatuju atau pun approach utama Pemuda 
UMNO:

1- Agama: Sebagai paksi kepada pembentukan pemikiran dan sistem kehidupan masyarakat 
Melayu. 
2- Pendidikan: Sebagai teras pembinaan masyarakat Melayu cemerlang 
3- Sosial: Kearah pembinaan kekuatan dan pembelaan nasib masyarakat Melayu terpinggir 
4- Latihan: Utk membina anggota yang kukuh budaya dan jatidiri - Program di bawah 
agenda agama.

Bab (1) dan bab (4) itu tak apalah sebab bab agama; cuma kita harap depa akan buat 
betul-betul bab ini kerana berdasarkan pengalaman kita lepas-lepas; org-org UMNO yg 
kuat agamanya seperti Tok Imam masjid dan penceramah-penceramah agama pro-UMNO yg 
cukup popular suatu ketika dulu; apabila kesedaran Agama depa dah cukup kuat, 
pengetahuan Islam depa dah cukup dalam; insyaallah last sekali depa akan masuk PAS 
juga. Biaq pi lah depa kat situ.

Cuma yang tang bab Pendidikan saja yg saya nampak hipokrit sikit; cakap berdegar-degar 
kononnya nak menjadikan pendidikan sebagai teras pembinaan masyarakat Melayu 
cemerlang. Nu, cuba pi masuk kat kampung-kampung kat belah Kedah sana nu, cuba pi buat 
survey, berapa ramai budak-budak Melayu yang gagal melanjutkan pelajaran ke institusi 
pengajian tinggi sebab mak pak depa tak mampu.

Ini kisah benar, bukan cerita lawak.

Masa saya hantar anak menakan saya pi masuk Politeknik di Alor Setar baru nie; masa 
dok tunggu anak menakan saya tu dok beratur isi borang;  dalam perbualan ringkas 
dengan salah seorang kenalan lama yg lama tak berjumpa, dia ada cerita bagaimana ada 
seorang anak kawannya yang sudah ditawarkan masuk politeknik, tapi tak boleh pi sebab 
dia ditawarkan masuk ke politeknik Kuantan (mungkin sebab kursus pilihannya itu cuma 
ada di Kuantan saja); sedangkan dlm keadaan harga getah yg tengah gawat ini, bapa dia 
tak punya cukup wang untuk menghantar anaknya ke sana. So, menganggurlah budak tu kat 
kampung sekarang ini.

Tu dia, di celah-celah kemegahan Putrajaya, KLCC dan di tengah-tengah ngauman Mercedec 
Mata Belalang Pemuda UMNO masuk kampung keluar kampung, rupa-rupanya masih ada 
anak-anak Melayu yg terpinggir dek kemiskinan yg mencengkam.

Molek benarlah kalau BIASISWA duit royalti politik milik anak-anak Melayu hasil 
perjanjian pertukaran dengan IC Biru untuk orang2 bukan Melayu ini, yg ditukar menjadi 
"Pinjaman  Pendidikan" oleh UMNO itu dikembalikan semula kepada yang berhak!!!

Kalaulah Pemuda UMNO boleh hidupkan balik duit biasiswa itu; maka itulah satu-satunya 
pencapaian terbaik Pergerakan ini sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Itu pun kalau 
depa benar-benar faham hakikat sejarah dan hakikat pencapaian org Melayu kampung hari 
ini. Kalau tidak, pigi mampus sama hangpa pemuda-pemuda UMNO!!; berjuang untuk 
meningkatkan taraf pendidikan Melayu taik kucing hangpa!!

Utusan Malaysia (22/6/01) mukadepan menyiarkan petikan-petikan penting ucapan 
Mahathir. 

Mahathir ini biasalah, tiap-tiap tahun, tambah-tambah sejak kes Anwar Ibrahim meletus, 
tak habis-habis dia kutuk Melayu; masa awal-awal dulu, terasa la jugak saya; tapi kali 
ini dah tak rasa apa dah. Kadang2 rasa nak tergelak sendiri lagi ada, ya lah dia kutuk 
Melayu macam la semua orang Melayu ini orang UMNO; mungkin dia dok ingat Perhimpunan 
UMNO itu sama dengan Perhimpunan Melayu kot, sedangkan budak Tingkatan Satu pun dah 
tau bahawa cuma a matter of time saja UMNO akan bahan arkib untuk dimasukkan ke dalam 
buku sejarah!!

Yang saya nak sentuh di sini ialah ucapan Mahathir tatkala cuba menakut-nakutkan 
rakyat jelata dengan teori konspirasi asing untuk memprorak poranda dan menjatuhkan 
Negara Malaysia yg dianggap sebagai Negara Islam oleh beliau walaupun hakikatnya 
beliau pernah kata selagi beliau jadi PM, beliau akan mempastikan undang2 Islam tidak 
akan dilaksanakan di Malaysia.

Kata Mahathir mengenai isu konspirasi asing ini:

"Pihak asing ini tidak pernah mempunyai niat baik  untuk membantu menyelamatkan negara 
Islam yang telah jatuh dan  musnah seperti di Bosnia dan Kosovo apabila agenda mereka 
sudah tercapai."
 [UM 22/6/01]

Saya tertarik dgn kata-kata beliau ini kerana di mukasurat yg sama turut memuatkan 
berita penangkapan 5 orang Mujahideen di bawah ISA kerana terlibat dalam gerakan Jihad 
Antarabangsa. Antarabangsa di sini maksudnya ialah seluruh dunialah, Kashmir, Kosovo, 
Afghanistan, Cahechnya, Palestine, Moro, Patani, Maluku, Bosnia dan sebagainya. Lihat 
petikan akhbar Utusan Malaysia ini:

"Lima daripada sembilan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan gerakan militan 
dan ada hubungan
dengan jutawan Arab Saudi, Osama Ben Laden, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam 
Negeri (ISA)."
[UM 22/6/01]

Ha, sikit punya kelakar ka - Mahathir kata 'kesian kat negara Islam seperti Bosnia dan 
Kosovo sebab tak ada sapa nak tolong'; tapi bila ada Mujahideen-Mujahideen yg ikhlas 
nak tolong, yang pernah pi Afghanistan, Maluku dsg, tiba-tiba depa tu kena cekup 
dengan ISA. Depa kena tahan sebab apa?

Sebab:

"Pihak polis mengambil keputusan menahan lima orang di bawah ISA setelah mendapat 
bukti mereka merupakan anggota kumpulan militan yang pernah terbabit dalam peperangan 
di Afghanistan dan
Kepulauan Ambon, Indonesia atas nama jihad." [UM 22/6/01]

Ciss - haprak punya Mahathir, cakap tak serupa bikin!!

Kerana itu, apa-apa yang diucapkan oleh Dr Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO ini 
memang tak boleh pakai langsung, cakap lain buat lain, termasuklah isu Politik Wang. 
Yang ini bukan rahsia lagi, semua orang pakat dok tergelak tengok Mahathir dok 
kelepiaq nak ajak anak-anak dia berjalan betul, sedangkan dia sendiri jalan 
mengengkang!!


Barakuda,
Pulau Somsom
22/6/2001

Free email addresses helping endangered species every time you write
http://www.purpleturtle.com

 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke