Siapa kata salah?
 
Persoalan itu hanya sekadar pertanyaan, out of curiosity, adakah teguran wakil pemuda ditujukan kepada ketua pemuda...
 
Well, brother, you should extend your advise to umno members, it is well KNOWN that dalam umno semua orang boleh tegur semua orang except for Mahathir.
 
-----Original Message-----
From: Ahmad Shariman Mohamed Garip [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, June 22, 2001 5:22 PM
To: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
Cc: 'Ahmad Albakree Mohd Razalli'; 'Aminuddin Alias'; 'Azlee Hj Mizan'; 'Fid'; 'Hasni Abu'; 'Marhalisa Matari'; 'mior badri'; [EMAIL PROTECTED]; 'Suhardy'; 'Suhaimi Taha'
Subject: Re: Umno Yang Selalu Kepeningan!

Haslim,
 
Saidina Abu Bakar r.a. pun menggalakkan pengikutnya menegurnya jika ia melakukan kesalahan. Apakah salah perbuatan ini?
 
 
----- Original Message -----
Sent: Friday, June 22, 2001 7:06 PM
Subject: Umno Yang Selalu Kepeningan!

Wakil Pemuda menegur Ketua Pemuda???
 
 
Pemuda Umno Bimbang Berlaku Robohan Dari Dalam Parti
 
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno mahu anggota parti berhenti daripada mengkritik sesama sendiri secara terbuka dan mendedahkan masalah dalaman parti.

Wakil Pemuda Dr Zambry Abdul Kadir berkata perbuatan itu boleh melemahkan Umno dari dalam.

"Pemuda bimbang dengan keadaan ini, kerana jika tidak dihadapi sebaik-baiknya, Pemuda bimbang akan berlaku robohan dari dalam parti," katanya semasa membentangkan usul membahaskan ucapan Dasar Presiden parti Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

-- BERNAMA

 
 
Hishammuddin Bidas Ibrahim Ali Kerana Jaga Tepi Kain Orang
 
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein membidas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali kerana mengkritik pergerakan itu semata-mata untuk menunjukkan keberaniannya.

Sebaliknya, kata beliau, Ibrahim perlu membuktikan kehebatannya dengan mengembalikan Kelantan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya nasihatkan Ibrahim, tawan Kelantan dulu, keutamaan kita ialah pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas sesi perbahasan perhimpunan agung Umno di sini, Jumaat.

Semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada pagi ini, Ibrahim yang mewakili Badan Perhubungan Umno Kelantan mengkritik kepimpinan Pemuda Umno yang dikatakannya tidak bersemangat dan hanya mengeluarkan kenyataan retorik.

-- BERNAMA

Kirim email ke