Date: Tue, 26 Jun 2001 12:48:40 +0800

Hanya Dr Mahathir, pemimpin yang hina bangsa sendiri
Oleh Khairul Azlam Mohamad
MARANG, 25 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor menyifatkan
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sebagai satu-satunya pemimpin di dunia
ini yang bersedia memaki dan menghina bangsanya sendiri.
Oleh sebab itu, katanya, orang Melayu semakin benci terhadap pemimpin Umno
dan menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu.
Tegasnya, tidak ada pemimpin negara di dunia ini yang sanggup memaki hamun
bangsa sendiri melainkan Dr Mahathir.
"Inikah pemimpin yang layak untuk memimpin negara," katanya ketika
menyampaikan ceramah sempena Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Marang di
perkarangan Masjid Rusila, malam tadi.
Beliau juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai pakar maki hamun kerana
sepanjang dua jam menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan Umno, baru-baru
ini dipenuhi dengan maki hamun terhadap PAS.
! Katanya, Dr Mahathir dan para pemimpin Umno juga turut memaki hamun dan
melemparkan fitnah kepada PAS sepanjang tiga hari tiga malam perhimpunan
Umno itu berlangsung.
Selain itu, tambahnya, Dr Mahathir juga berbohong dengan menuduh PAS
menghalang pelajar Melayu/Islam belajar sains dan teknologi sedangkan ramai
pelajar yang sedang belajar di kebanyakan universiti menyokong PAS.
Ustaz Fadzil yang juga merupakan Ketua Pembangkang Parlimen, berkata kecaman
Dr Mahathir kepada PAS dalam Perhimpunan Umno baru-baru ini bertujuan untuk
memesongkan perhatian para perwakilan supaya tidak mengkritik kepimpinan
Presiden Umno itu yang semakin lemah dan tidak lagi popular.
"Dia (Dr Mahathir) takut perwakilan kritik, hentam dia, dia alih perhatian
dengan memaki hamun PAS," ujarnya.
Justeru itu, tambahnya, ahli agama dan akademik dalam Umno tidak boleh
diharap kerana fikiran mereka telah dipaku oleh Dr Mahathir supaya mengikut
apa-apa sahaja yang di! lakukannya.
"Ahli agama dan ahli akademik dalam Umno tak boleh diharap, mereka ikut
cakap Dr Mahathir, bila Dr Mahathir maki PAS, mereka pun ikut maki PAS,"
katanya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke