Shah... Shah...!
 
Ini bukan soal berapa ramai berjaya pergi atau berapa ramai yang gagal pergi...
 
Yang jadi isu mengapa mengadu kat MCA? Kenapa tak mengadu kepada Umno?
Sedangkan umno kan dok laung-laungkan umno itu Islam, Islam itu umno, tambah pula umno kan parti yang memerintah,
yang berkuasa, berkuasa atas polis, atas kehakiman, media, badan-badan kerajaan, polisi & perlembagaan negara...
Tak terasa malu ke orang umno????
 
Selingan 1:
Dulu sebelum pilihanraya 1999, melambak-lambak umno tabur sticker kereta "Umno dulu, kini, dan selamanya...",
tapi payah nak nampak orang tampal kat kereta.
Bila lepas menang pilihanraya, baru lah ada nampak banyak sikit orang melayu berani tampal...
Kesian tengok orang umno, ramai yang agak segan-segan nak mengaku umno...
Ada laa sikit-sikit yang lantang...
 
Selingan 2:
Kat office aku ada sorang je yang berani lantang-lantang mengaku umno,
sorang makcik, stail mak datin...
hampir setiap kali jumpa, mesti cerita pasal umno...
mengaku sebagai orang penting umno bahagian shah alam,
close contact dengan MB, Mat Taib, bla-bla...
memang orang kuat umno pun, siap kempen ajak staff perempuan melayu masuk puteri umno,
tapi semua orang buat tak tahu je...
Tapi bila dinner, dengan selamba muka tak malu minum arak,
siap boleh cerita segala jenis arak, wine, champagne, dan dari negara mana yang sedap...
Lepas tu dok recommend kat orang melayu lain supaya minum...
 
Selingan 3:
Dulu ada keluar gambar Mahathir minum arak (tak pasti lah samada wine ke, champagne ke) bersama kalau tak silap dengan PM Jepun.
Orang-orang umno siap defend mengatakan air minuman Mahathir tu di bubuh sirap kerana nak bagi sama warna dengan air minuman untuk PM Jepun. Boleh sampai exact colour pulak tu...
 
 
Ni sambung balik sesudah selingan:
Jangan nak mengarutlah kalau mengadu kat BA...
tak kan badan-badan kerajaan tu nak layan permintaan pihak BA,
media pun tak nak cover, kalau nak pun, yang baik-baik tang BA memang tak boleh nak cover pun...
sedangkan nak berhimpun secara aman yang mana termaktub didalam perlembagaan persekutuan pun polis tak bagi...
buat repot polis tentang crimes, salahguna kuasa, dsb-nya polis buat tak tahu je... hanya tinggal report...
Lain lah kalau semua pakat-pakat undi pas, keadilan ke, jadikan parti yang memerintah...
 
Dan kalau BA memerintah dan sekiranya tidak menjalankan yang sewajarnya,
baru lah patut kalau nak sergah kat BA...
 
-----Original Message-----
From: Ahmad Shariman Mohamed Garip [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, June 27, 2001 1:21 PM
To: Hassan, Haslim
Cc: '"Zahri Yunos"'; 'Ahmad Albakree Mohd Razalli'; 'Aminuddin Alias'; [EMAIL PROTECTED]; 'Azlee Hj Mizan'; 'Fid'; 'Hasni Abu'; 'mior badri'; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: 25 Orang Ditipu Ke Umrah Mengadu Kpd MCA

Hai Brother, ini bunyi macam samseng aje ni...
 
Yang gagal pergi Haji 25 orang, yang berjaya pergi Haji berapa ramai ya...
 
Bagaimana pula dengan yang gagal pergi Haji anjuran PAS, berapa ramai?
 
Nampak macam ada ketidak seimbangan dalam membuat judgement dan kesimpulan ni.
Mengapa pula mereka tidak ke PAS ke, ADIL ke, DAP ke... mengapa tidak ditanyakan?
Apakah krediliti perlaksanaannya/ efektifnya diragui?
At least ada juga kepercayaan ke BN.
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, June 27, 2001 2:26 PM
Subject: RE: 25 Orang Ditipu Ke Umrah Mengadu Kpd MCA

I pity you lah brother...
 
Dibawah adalah petikan dari Utusan (27-Jun-2001) mengenai tajuk yang sama:
 
Jurucakap kumpulan itu, Idris Mohd. Jadi, 53, berkata bahawa pada Mac lepas, beliau dipelawa oleh wanita itu yang dikenalinya selama empat tahun, untuk menyertai pakej umrah anjuran syarikat itu.
 
Nasib yang serupa turut menimpa sepasang suami isteri, Mohd. Ishak Adni, 44, dan Kamariah Long, 42, apabila mereka bersama 13 ahli keluarganya yang lain telah ditipu menyebabkan mereka kehilangan wang sebanyak RM46,270.
 
Mangsa yang lain, Mohd. Shukri Said, 47, penyelia sekolah, dan isterinya, Kamsiah Mohd. Dam, 46, seorang kerani, juga sedih kerana wang berjumlah RM7,660 yang mereka simpan selama lima tahun itu hilang begitu sahaja.
-----Original Message-----
From: Ahmad Shariman Mohamed Garip [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, June 27, 2001 7:58 AM
To: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
Cc: '"Zahri Yunos"'; 'Ahmad Albakree Mohd Razalli'; 'Aminuddin Alias'; [EMAIL PROTECTED]; 'Azlee Hj Mizan'; 'Fid'; 'Hasni Abu'; 'mior badri'; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: 25 Orang Ditipu Ke Umrah Mengadu Kpd MCA

Apa sudah diperiksa ke yang kena tipu ni orang Cina Islam ke atau orang Melayu?
 
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, June 26, 2001 7:00 PM
Subject: 25 Orang Ditipu Ke Umrah Mengadu Kpd MCA

Aii!!! Kena tipu umrah pun orang mengadu kat MCA!!!
 
Apa dah jadi dengan umno?
 
25 Orang Ditipu Ke Umrah Mengadu Kpd MCA
 
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Sekumpulan 25 orang mengadu kepada MCA hari ini bahawa mereka ditipu oleh seorang wanita pemilik agensi pelancongan sehingga tidak dapat mengerjakan umrah.


Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA Michael Chong berkata bilangan mangsa yang dipercayai ditipu pemilik agensi itu melebihi 70 orang dan wang yang dilesapkan melebihi RM300,000.

"Mereka sama sekali tidak menduga akan ditipu kerana syarikat itu sudah beroperasi lebih daripada 10 tahun dan mempunyai ramai pelanggan," katanya pada sidang berita di pejabatnya di sini Selasa.

-- BERNAMA

Kirim email ke