Salam,
Bagi saya imej hakim bukannya tercemar akibat Pendedahan Hakim Kamil, sebenarnya imej hakim di Malaysia ini telah tercemar oleh campur tangan simamak bendahara dalam bidang undang-undang. Dalam Islam badan perundangan lebih tinggi dari sesiapapun termasuk khalifah sendiri. Tapi oleh kerana simamak tu memang tak mahu kepada Islam maka itulah kerjanya.

Sekadar pandangan

Eef

nazhan ahmad wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Imej kehakiman dah lama tercemar sejak adanya Hakim "Tidak Relevant".......>--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>>wrote:
> > How ironic?
> >
> > Siapa yang sebenarnya mencemarkan imej badan
> > kehakiman negara?
> > Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang atau Datuk Eusoff
> > Chin yang menyalahgunakan
> > kedudukan/kuasa???
> > Atau Mahathir sendiri yang cuba mencorakkan badan
> > kehakiman mengikut acuan
> > beliau sendiri?
> >
> > Kalau Mahathir benar-benar ikhlas untuk membersihkan
> > Malaysia, bukankah
> > sepatutnya Eusoff Chin yang menjadi sasaran kecaman,
> > malahan tindakan
> > undang-undang??
> >
> > Kenapa Mahathir menyarankan sepatutnya Datuk Kamil
> > menarik diri dari
> > mengendalikan kes tersebut?
> > Adakah Mahathir menyarankan kes ini sepatutnya
> > diambil oleh hakim yang
> > sanggup mengikut telunjuk seseorang dengan
> > membelakangkan undang-undang?
> >
> > Bukankah insiden yang menimpa keatas anak-anak
> > beliau membayangkan
> > unsur-unsur kezaliman, penganiayaan, ugutan cuba
> > dilakukan keatas Datuk
> > Kamil?
> > Ditambah pula dengan salah seorang saksi yang
> > dibunuh dan seorang lagi
> > diculik!!!
> >
> > Kenapa pula Hakim Datuk Kamil harus melapurkan
> > kepada PM? Bukankah badan
> > kehakiman sepatutnya bebas?
> >
> > Antara persoalan lain:
> > Apakah kepentingan Eusoff Chin dalam kes pilihanraya
> > DUN Likas sedangkan
> > kedudukan beliau selaku ketua hakim pada waktu itu
> > tidak ada kena mengena
> > dengan kepentingan pilihanraya?
> > Adakah ini bermakna ada tangan-tangan ghaib yang
> > berkepentingan politik yang
> > cuba menguasai kehakiman???
> >
> > Dan bagi mereka yang membaca Harakah, pasti tahu
> > mengapa PM sepatutnya orang
> > yang terakhir untuk dimaklumkan...
> >
> >
> >
> > Imej kehakiman tercemar -- Pendedahan Hakim Kamil
> > mengheret mahkamah ke
> > dalam kontroversi - PM
> >
> >
> > KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir
> > Mohamad berkata, tindakan
> > Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang mengheret mahkamah
> > ke dalam kontroversi
> > umum telah mencemarkan imej badan kehakiman negara.
> >
> > Tegas Perdana Menteri, hakim berkenaan sepatutnya
> > membuat pendedahan lebih
> > awal mengenai tekanan melalui telefon yang
> > diterimanya daripada hakim lain
> > sama ada kepada beliau sendiri atau media, kerana
> > insiden itu secara tidak
> > langsung merupakan ugutan terhadap kerajaan.
> >
> > ``Kerana kalau beliau takutkan ketuanya, beliau
> > boleh melapor kepada saya,''
> > kata Dr. Mahathir, yang mengulas buat pertama
> > kalinya mengenai kontroversi
> > yang dicetuskan oleh pendedahan hakim itu dalam
> > penghakimannya mengenai
> > petisyen-petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi
> > Kota Kinabalu pada 8 Jun
> > lepas.
> >
> > Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, Muhammad
> > Kamil sepatutnya menarik
> > diri daripada mengendalikan kes petisyen pilihan
> > raya Dewan Undangan Negeri
> > (DUN) Likas itu.
> >
> > ``Beliau telah mengheret mahkamah ke dalam
> > kontroversi umum dengan
> > mengatakan hakim lain meminta beliau membuat
> > keputusan yang tidak begitu
> > betul.
> >
> > ``Sekarang ini, kita menghadapi masalah mempercayai
> > mahkamah kerana beliau
> > telah mencemarkan imej mahkamah,'' katanya kepada
> > pemberita selepas
> > merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai
> > Ekonomi Islam di sini hari
> > ini.
> >
> > Dr. Mahathir berkata demikian sebagai mengulas
> > mengenai penghakiman Muhammad
> > Kamil semasa mengisytiharkan pemilihan bekas Ketua
> > Menteri Sabah, Datuk Yong
> > Teck Lee pada pilihan raya negeri 1999 sebagai batal
> > dan tidak sah kerana
> > daftar pemilih yang digunakan adalah haram dan Yong
> > telah melakukan
> > kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya.
> >
> > Perdana Menteri berkata, beliau kesal selepas
> > membaca apa yang sebenarnya
> > berlaku dengan kes Muhammad Kamil kerana buat
> > pertama kalinya hakim
> > memasukkan unsur kekecewaan peribadinya ke dalam
> > penghakiman.
> >
> > Muhammad Kamil dalam penghakimannya juga telah
> > menyatakan bahawa banyak
> > jabatan kerajaan tidak membalas surat-surat yang
> > dikirimkan dan memberi dua
> > contoh, satu yang melibatkan permohonan anak
> > lelakinya bagi mendapatkan
> > permit kerja sementara di Sarawak manakala yang
> > kedua anak perempuannya
> > tidak menerima jawapan mengenai permohonannya
> > mendapatkan biasiswa.
> >
> > ``Bagi seorang hakim yang menyatakan bahawa anak
> > saya tidak mendapat layanan
> > baik daripada kerajaan ini, adalah begitu jelas
> > beliau merujuk kepada
> > kerajaan ini,'' kata beliau.
> >
> > Dr. Mahathir merasakan hakim berkenaan wajar menarik
> > diri daripada
> > mengendalikan kes tersebut sebaik sahaja menerima
> > tekanan daripada pihak
> > atasannya.
> >
> > ``Beliau sepatutnya menarik diri apabila timbul
> > masalah itu. Beliau
> > sepatutnya melaporkan serta-merta mengenai kejadian
> > panggilan telefon yang
> > dibuat oleh ketuanya.
> >
> > ``Beliau sepatutnya melaporkan yang beliau terima
> > panggilan kerana jika ada
> > ugutan dalam panggilan itu, ini bermakna ia juga
> > ugutan ke atas kerajaan,''
> > katanya.
> >
> > Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, Muhammad
> > Kamil boleh melaporkan
> > kepadanya.
> >
> > Mengenai arahan yang menurut hakim itu diterimanya
> > menerusi telefon, Perdana
> > Menteri berkata: ``Saya tidak pasti kerana perbualan
> > telefon bukan mudah
> > untuk diperiksa.''
> >
> > ``Sama ada beliau sebenarnya diberitahu membuang kes
> > itu atau tidak, saya
> > tidak tahu tetapi nampaknya, beliau juga tidak dapat
> > membuktikannya. Tetapi
> > beliau telah berjaya menyeret mahkamah ke dalam satu
> > kontroversi umum dengan
> > menyatakan bahawa seorang hakim lain telah
> > memintanya membuat satu keputusan
> > yang tidak berapa betul.''
> >
> > Ditanya sama ada tindakan hakim itu telah
> > mencemarkan imej mahkamah, Perdana
> > Menteri berkata: ``Ya, saya fikir begitu.''
> >
> > Perdana Menteri terdahulu ditanya kemungkinan isu
> > pembelian Nanyang Press
> > Holdings Bhd. akan memberi kesan kepada kedudukan
> > Barisan Nasional (BN) pada
> > pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas
> > di Sabah.
> >
> > ``Tidak. Ia isu berlainan sama sekali,'' katanya.
> >
> > Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN
> >
> > http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001
> >
>> > sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
> >
>&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
> >
> >
>
>
>=====
>Harun Aminurrashid:
>DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
>
>__________________________________________________
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "nazhan ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke