14. Apabila dikehendaki untuk mengakadnikah sesuatu perkahwinan dalam negeri, tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada pendaftar bagi qariah masjid di mana pihak perempuan itu bermustautin.

Jika pihak lelaki bermustautin di qariah masjid yang berlainan dari qariah masjid pihak perempuan atau bermustautin di mana-mana negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi qairah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan  itu adalah benar.

Permohonan tiap-tiap pihak hendaklah disampaikan kepada pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

15. Tertakluk kepada Seksyen 16, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan jika pihak lelaki itu sudah berkahwin pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan telah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepala pemohon pengesahannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

16. Dalam mana-mana kad berikut iaitu;

(a) jika pihak perempuan aalah seorang janda yang tersabit oleh Seksyen 12(3) atau
(b) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak,

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertinfak di bawah Seksyen 15, merujuk permohonan itu kepada Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermustautin.

Hakim Syariah, apabila berpuas hati kebenaran perkara-perkara yang disebutkan dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud Seksyen 12(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh Wali Hakim bagi maksud-maksud Seksyen 11(b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

17. Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi;

(a) oleh Pendaftar di bawah Seksyen 15  atau oleh Hakim Syariah di bawah Seksyen 16, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermustautin dalam negeri, atau
(b) oleh Pihak Berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermustautin di negeri itu.

Kirim email ke