Kelantan bertindak bijak - Karpal Singh
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Peguam yang juga Timbalan Pengerusi DAP,
Karpal Singh berkata, pindaan kepada Perlembagaan Kelantan yang dicadangkan
oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang termasuk jaminan bahawa rang
undang-undang akan menjadi undang-undang selepas 30 hari sama ada
diperkenankan atau tidak dan bahawa Sultan perlu bertindak menurut nasihat
Menteri Besar adalah langkah bijak.
Lagipun, katanya, had tempoh masa 30 hari tersebut yang terpakai kepada rang
undang-undang di peringkat Persekutuan telah merupakan undang-undang sejak
24 Jun, 1994.
Karpal Singh berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan
di sini bnaru-baru ini.
Katanya, negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis,
Sabah dan Selangor telah menerima pakai had tempoh masa 30 hari ini di dalam
perlembagaan mereka.
"Saya berasa terkejut bahawa negeri-negeri Johor, Kedah, ! Pahang, Sarawak dan
Terengganu belum lagi berbuat demikian sehingga kini. Kedah boleh
dikecualikan memandangkan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua
pertiganya di Dewan Undangan Negeri selepas kekalahannya dalam pilihanraya
kecil Lunas tahun lepas," katanya.
Bagi Karpal, tidak terdapat sebab kenapa Sultan Kelantan harus enggan
memperkenankan pindaan-pindaan tersebut yang dicadangkan oleh Menteri Besar.

"Lagipun, menurut Perkara 3(2) Perlembagaan Negeri Kelantan dan memandangkan
PAS mempunyai majoriti lebih daripada dua pertiga dalam Dewan Undangan
Negeri, pindaan untuk memasukkan had tempoh masa 30 hari ke dalam
Perlembagaan tersebut telah dilakukan menurut peruntukan undang-undang.
"Sebagai seorang monarki berperlembagaan, Sultan Kelantan perlu, menurut
Perkara 15, bertindak mengikut nasihat Majlis Tertinggi Negeri atau seorang
ahlinya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis tersebut," katanya.
PAS, kata Karpal, memperolehi! majoriti melebihi dua pertiga di Dewan
Undangan Negeri Kelantan lanjutan daripada sokongan rakyat.
Oleh itu, secara efektifnya, tegas beliau, pindaan-pindaan yang dibentangkan
oleh Menteri Besar mencerminkan kehendak rakyat.
"Sultan harus menyahut kehendak rakyat yang kelihatan dalam pindaan-pindaan
tersebut dan tidak menafikan hak mereka untuk memerlukan baginda
memperkenankan pindaan-pindaan tersebut.
"Seandainya Sultan tidak memperkenankannya, pindaan-pindaan tersebut akan
menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada baginda untuk
diperkenankan," dakwa beliau.
Sudah tentunya, katanya, tindakan Sultan memperkenankan pindaan-pindaan
tersebut adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.
Sebaliknya, kata Karpal, jika tidak menantanganinya, Sultan akan membiarkan
pindaan-pindaan tersebut menjadi undang-undang secara ingkar.
"Kerajaan Negeri Kelantan patut dipuji di atas langkahnya untuk
menguatkuasakan apa yang tela! h sekian lama terakru," jelasnya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Reply via email to