*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Syabas Puteri UMNO. Puteri UMNO patut lebih aktif lagi dalam membongkar segala 
kelemahan yang ada di Malaysia. Walau pun tiada bukti dan tidak cukup bukti. 
Mangsa yang dituduh patut mencari bukti untuk membela diri serta membersihkan 
nama bila dituduh. Kata orang jika tiada angin puting beliung pokok pasti tidak 
akan bergoyang.

Terlalu banyak perkara yang berlaku di UM yang membuatkan ramai orang lebih 
lebih dalam UMNO merasa sangsi akan keupayaan Prof Anuar Zaini memimpin 
universiti tertua tersebut. Sebagai meneruskan warisan penjajah di Menara 
Gading, Prof Anuar Zaini patut memastikan UM tidak digunakan oleh anasir anasir 
subversif didalam menentang kerajaan dan pemerintah. 

Jika Prof Anuar Zaini tidak berupaya menangani masalah rumahtangga beliau di UM, 
maka Puteri UMNO boleh menyarankan mereka meraka yang lebih layak dan berkaliber 
yang dapat menurut dan menepati citarasa serta aspirasi para pemimpin negara. 
Datuk Aziz Shamsudin patut memastikan tidak ada VC yang lemah gemelai di IPTA 
dan jika perlu juga di IPTS.

Panglima


----- Original Message ----- 
From: ikram shah 
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Saturday, June 30, 2001 8:18 PM
Subject: Re: H-Net* PMIUM kesal dengan tindakan Puteri UMNO


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman 
Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { 
Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } 
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH 
PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 

Azalina cuba mengambil kesempatan sebenarnya untuk menaikkan nama Puteri UMNO 
yang kononnya cepat bertindak dan responsif terhadapp sesuatu isu. Malangnya 
tindakan tersebut lansung tidak bijak dan sangat sangat emosional. Kalaulah 
Varsiti 2001 dan Kebakaran DTC(yang sehingga kini masih lagi menjadi siasatan 
polis, dan belum diputuskan siapa yang boleh dipersalahkan) menjadi asas 
tuntutan Puteri UMNO supaya VC Dr. Anuar Zaini meletakkan jawatan, maka orang 
yang sepatutnya berkali kali meletakkan jawatan sudah tentulah PM kita sendiri 
atas pelbagai isu yang telah melanda negara. Namun malangnya, itu bukanlah 
kaedah penyelesaian yang wajar. Pemimpin memang perlu bertanggungjawab, tapi 
meletakkan jawatan bukanlah mengisi tuntutan tanggungjawab yang sebenar. 
Meletakkan jawatan bermakna melarikan diri dari masalah. Melepaskan tangan dan 
membiarkan sisa. Azalina sebagai bekas pelajar UM wajar untuk campur tangan dan 
turut berasa kesal terhadap insiden yang berlaku. Tetapi menunt! ut! VC 
meletakkan jawatan adalah bukan satu tindakan yang membantu, bahkan menyusahkan. 
Membaurkan emosional dan profesionalisme. Saya sendiri tertanya tanya, apakah 
asas ukuran yang mewajarkan tindakan Puteri UMNO mendesak VC UM meletakkan 
jawatan? Juga atas kapasiti apakah Puteri UMNO yang belum dilancarkan secara 
rasmi itu membuat tuntutan yang begitu tidak wajar dan sedikit lantang? Saya 
cuma mengharapkan tidak ada tangan tangan ghaib yang bersembunyi di belakang 
Puteri UMNO, cuba memberi isyarat awal kepada VC UM melalui orang yang salah!




___________________________________________________________________
Sent via Fetchmail - free email service at http://www.fetchmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "d panglima" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke