*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
harap ada insan UMNO yang membacanya......


>From: azmi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Ba Rakuda <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Bicara Politik: Ulasan Sajak PM
>Date: Tue, 26 Jun 2001 10:10:36 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Well written brother.
>
>----- Original Message -----
>From: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Tuesday, June 26, 2001 9:15 AM
>Subject: H-Net* Bicara Politik: Ulasan Sajak PM
>
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> > Minggu ini, membaca mana-mana akhbar arus perdana atau pun menonton
>mana-mana saluran TV Perdana, tidak dapat tidak, mau tak mau, kita terpaksa
>juga menatap wajah atau pun kata-kata petikan ucapan Presiden UMNO yang
>kemudiannya disusuli dengan ucapan sokongan dan segala puji-pujian yang
>tidak terhingga hebatnya untuk sang Presiden.
> >
> > Tak perlu diulaskan apa yg diucapkan oleh Dr Mahathir kerana beliau
>sendiri mengakui yang beliau sudah pun hilang modal, dah tak tau dah nak
>cakap apa, pusing pi pusing mai cakap benda tu juga. Ini bukan saya yg 
>kata,
>tapi Dr Mahathir sendiri yang mengaku:
> >
> > "Sudah 19 kali saya buat ucapan pembukaan UMNO ini. Idea baru nak cari
>cukup susah tapi alhamdulillah last minutes dia datang juga, dan saya harap
>ucapan saya ini dapat difahami oleh kita semua"
> > [Berita Minggu 24/6/01]
> >
> > Ha, tu dia - "Idea Baru Nak Mai Cukup Susah"; kalau diminta
> > diterjemahkan ke bahasa Melayu moden, maksudnya ialah 'Sorry brader, wa
>dah habis modal dah, tak tau nak cakap apa dah!!'.
> >
> > Maka itulah jadinya, apa yang dicakapkan oleh beliau seperti apa yg kita
>dengar di corong2 radio atau pun di kaca TV dan akhbar2 perdana, semuanya
>benda yg sama saja, PAS Pengkhianat Bangsa, PAS Penipu, Melayu Bodoh, 
>Melayu
>Malas, Melayu Lupa Diri, Melayu Haprak etc.
> >
> > Benda yang sama saja - nak buat gena, dah tak dak modal!!
> >
> > Kerana itu juga agaknya, di penghujung petikan kata2 beliau di atas,
>beliau berkata "Saya harap ucapan saya ini difahami oleh kita semua".
>Maksudnya beliau sendiri tak berapa paham apa yg beliau cuba sampaikan,
>dalam ertikata sama ada masih relevant atau pun tidak dengan suasana 
>politik
>semasa.
> >
> > Mungkin kerana betul-betul tidak faham agaknya dengan ucapan Dr
> > Mahathir ini, maka itu apabila ditanyakan pendapat kpd beberapa orang
>tokoh UMNO seperti  Muhyideen Yassin misalnya, dalam keadaan beliau sendiri
>tak berapa faham apa yg cuba disampaikan oleh Dr Mahathir, maka beliau pun
>berkata:
> >
> > "Ucapan Dr Mahathir ini adalah yg terbaik, hinggakan ianya mampu
> > mengubah GUNUNG!!"
> >
> > Tu dia, gila babi punya bodek!!
> >
> > Kemudian, pengarang Utusan Malaysia pula dalam tulisan padatnya di muka
>depan Utusan Malaysia 24/6/01 pula menulis:
> >
> > "Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg
>paling baik) sejak 20 tahun pemerintahannya"
> >
> > Awat tak tulis kata:
> >
> > "Ucapan YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ini adalah yang terbaik (yg
>paling baik) sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka!!!"
> >
> > Ha, kalau tulis macam tu baru la orang nak percaya sikit sebab bukan ada
>pun sapa yg masih hidup dari zaman Melaka tu, jadi tak taulah orang nak 
>beza
>zaman tu dgn zaman la nie. Ini pi habag kata sejak 20 tahun dulu; bukan 
>kata
>cikgu Sejarah kat sekolah anak saya, saya pun boleh habag kata masa mula 
>dia
>jadi PM dulu, ucapan dia nampak berisi lah sikit, mengenai agenda
>membangunkan negara bangsa dan sebagainya, tapi la nie dok merepek bantai
>PAS, Keadilan, hentam orang asing, dok kutuk Melayu, Melayu bodoh, Melayu
>malas, Melayu Subsidi, Melayu Haprak etc etc!!
> >
> > Tu pun, ada juga pemimpin-pemimpin Melayu Baru macam Muhyideen Yassin 
>ini
>boleh dok pi angguk kepala kata Baguih. Haprak punya Muhyideen - nak bodek
>pun berpada-padalah; buat malu Melayu saja!!
> >
> > Dalam banyak-banyak ucapan Dr Mahathir tu, saya cuma teringin nak
> > sentuh tang sajak "Melayu Mudah Lupa" . Bukannya apa, sajak tu
>mengingatkan saya kepada bapa saya yang cukup tebal dengan semangat parti
>perikatannya.
> >
> > Hari tu, masa tengah panas demam p/raya, waktu balik kampung di kala
>kami-kami generasi muda ini semuanya cakap tak tapis menghentam Mahathir
>kiri kanan, bapa saya menyampuk, kata dia:
> >
> > "Hangpa ini lupa diri kot, siapa yg tolong hangpa selama ini kalau bukan
>UMNO, kalau bukan Dr Mahathir bla,bla,bla!!"
> >
> > Sebagai menghormati orang tua, saya senyum sajalah sesama saudara satu
>generasi itu, malas nak jawab orang tua. Kita cuma bergaduh dengan 
>pemimpin2
>UMNO yg ada hari ini bukannya dengan orang-orang UMNO peringkat bawahan
>macam ayahanda saya tu.
> >
> > Entah macam mana, beberapa bulan kemudian, adik saya ditawarkan masuk ke
>sebuah IPT tempatan; nah, tengok dia punya surat tawaran, kena bayar itu 
>ini
>dengan bayaran entah berapa ekor kerbau untuk satu semester, ayahanda saya
>menghubungi saya:
> >
> > "Nie pak nak habag nie, adik hang dapat masuk U, nak kena pakai RM 
>sekian
>sekian banyak"
> >
> > Kata saya:
> >
> > "Tak dapat biasiswa ka?"
> >
> > "Tak dapat"
> >
> > "Ha, tu la sebabnya ayah, kami lawan Dr Mahathir & UMNO la nie; dulu 
>zaman
>kami okaylah ada biasiswa, la nie mana ada dah biasiswa, Pusat2 Matrikulasi
>pula habis dok kena korporat, nak masuk U nak kena bayar ribu-ribu, mana
>orang kampung nak cari duit nak hantar anak masuk U. Sedangkan duit 
>biasiswa
>itu adalah duit royalti politik untuk anak-anak Melayu iaitu sebahagian 
>drpd
>hak2 istimewa org Melayu yg ditukarkan dengan IC Biru kpd bukan Melayu,
>untuk syarat mendapatkan kemerdekaan hari tu. Macam tu pun ayah masih nak
>sokong Dr Mahathir lagi; pemimpin2 UMNO kat
> > atas sana bukan peduli dah pun dengan nasib kita kat bawah nie, yg depa
>kira nak penuhkan tembolok depa saja, bla, bla,bla!!"
> >
> > Tak kata apa ayahanda saya; tapi sebab tanggungjawab saya sebagai
> > abang, terpaksalah juga saya tolong mana yang mampu w/pun terpaksa ikat
>perut untuk memastikan adinda saya dapat menjejakkan kaki ke bangku
>Universiti. Selepas itu, ayah saya dah mula kurang retorik parti
>Perikatannya. Walaupun dalam p/raya lepas beliau memangkah UMNO, tapi hari
>ini saya lihat jiwa UMNOnya, semangat juang parti Perikatannya dah makin
>luntur.
> > Apabila kami rancak bersembang mengenai projek billion billion Dr
> > Mahathir di Putra Jaya dsgnya, ayahanda saya lebih banyak mendiamkan 
>diri
>daripada berbicara, paling kuat pun beliau akan bangun, tak kata apa,
>kemudian start engine motor terus ke rumah sahabat2 nya yg berhampiran.
> >
> > Sesungguhnya, orang-orang Tua seperti ayahanda saya tak pernah lupa jasa
>UMNO, dan anak-anaknya ini pun tidak pernah lupa sumbangan orang-orang yang
>terdahulu; yang lupanya ialah Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO hari
>ini.
> >
> > Mereka lupa bahawa budak-budak kecik yang baru belajar ABC di kala
>pemimpim-pemimpin ini mula merangkak di gelanggang politik; kini 
>budak-budak
>itu sudah pun besar panjang, dan besarnya mereka adalah di celah-celah 
>dunia
>ketuanan Melayu yang begitu haru; kalau dulu misalnya tanah-tanah bendang
>Melayu hampir mencecah tapak Jambatan Pulau Pinang hari ini, tapi kini
>tanah-tanah bendang tersebut dan kampung2 tradisonal Melayu sekitarnya 
>sudah
>pun berganti dgn rumah2 kedai - yg pemilik Melayunya
> > bertuah kalau boleh ditemu.
> >
> > Tumbuhnya kilang-kilang industri memang baik untuk pembangunan; tapi
>pembangunan apa namanya kalau majoriti Melayunya cumalah sebagai operator
>pengeluaran, Makcik/Pakcik Janitor dan Pak Guard Kilang sedangkan yang
>memegang jawatan pengurusan 90% nya adalah orang-orang depa.
> >
> > Bagi sedikit jumlah anak2 Melayu yg berjaya mengisi 10% jawatan
> > pengurusan itu, mereka tertanya-tanya:
> >
> > "Kenapakah dalam keadaan anak-anak Melayu, lulusan professional yg masih
>belum pun dapat mengisi 30% target Dasar Ekonomi Baru ini, tiba-tiba
>BIASISWA untuk org Melayu ditarik balik; dan secara ironiknya pula dlm masa
>yg sama the so called pempimpin-pemimpin Melayu ini pula melalui
>proksi-proksinya menggalak dan melibatkan diri dengan begitu giat mengaut
>keuntungan melalui Kolej/Universiti Swasta - sedangkan kita semua
> > tahu hampir 100% lulusan kolej2 swasta adalah orang2 depa"
> >
> > Mengenepikan faktor PAS, faktor Anwar Ibrahim dan faktor campurtangan 
>dlm
>bidang kehakiman; ketidakpuasan terhadap tindakan pemimpin-pemimpin UMNO yg
>lebih mementingkan kepentingan tembolok peribadi daripada perjuangan
>memartabatkan bangsa dan agama, adalah antara sebab utama kenapa generasi
>muda hari ini khususnya golongan professional berpaling arah meninggalkan
>UMNO.
> >
> > Sesungguhnya kami tak pernah lupa sejarah, yang lupa adalah
> > pemimpin-pemimpin UMNO.
> >
> > -Barakuda-
> >
> >
> >
> > Free email addresses helping endangered species every time you write
> > http://www.purpleturtle.com
> >
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Ba Rakuda" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: azmi <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azna anil" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke