*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faktor-faktor yang mempengaruhi kelajuan capaian internet bhg 5



Talian telefon
--------------

 Antara penyebab utama ialah "noise" iaitu bunyi bising dalam talian telefon. 
 Anda boleh menguji dengan mengangkat gangang telefon dan mendail sebarang 
 nombor yang tidak lengkap misalnya 011 atau 1800. Sistem telefon akan memunggu 
 anda memasukkan nombor berikutnya. Semasa bunyi senyap tersebut dengarkan 
 betul-betul samada kedengaran bunyi yang tidak anda ingini. Jika terdengar 
 bunyi orang berbual atau sebarang bunyi krek krek bermaknanya talian telefon anda 
 bermasalah. 

 Antara beberapa sebab bunyi tersebut ialah 

 1) Sistem pendawaian telefon dalam rumah 

 - Jika pendawaian telefon anda telah lama misalnya sudah 50 tahun lebih baik 
 buat pendawaian semula. 
 - Periksa penyambung dari set telefon ke soket tepi 
 dinding dan sepanjang kabel hingga keluar rumah. Anda cuma boleh periksa dan 
 betulkan setakat itu sahaja. kabel seterusnya yang berwarna hitam adalah milik 
 telekom. 

 2) Pendawaian dari rumah ke tiang telefon 

 - Anda cuma boleh periksa wayar hitam dari rumah anda ke tiang telefon samada 
 putus dan disambung semula oleh pihak telekom. Kebiasannya tempat putus yang 
 disambung itu berkarat / dimasuki air menyebabkan mutu talian kurang baik. Tak 
 ada apa yang boleh anda buat melainkan minta kabel baru dari tiang ke rumah 
 anda. Jangan sekali-kali panjat tiang telefon untuk membetulkan sendiri. 

 3) Dari tiang depan rumah ke ibusawat telefon 

 Banyak sebab diluar kawalan anda seperti kegiatan "gali lobang tutup lobang", 
 pembesaran jalanraya atau mungkin juga pihak telekom mengupgrade kabel dari 
 wayar tembaga ke fiber optic..  

 Jika sebelum ini capaian internet anda bagus sekali tiba-tiba ia menjadi teruk 
 mungkin itu adalah penyebabnya. 

 Wireless 

 Dikawasan tertentu terutama di kampung-kampung, rumah-rumah yang jauh dari 
 jalan besar dibekalkan telefon menggunakan sistem wireless. Jika telefon rumah anda 
 menggunakan sistem tanpa wayar, kelajuan maksima untuk internet hanya setakat 
 33.6k sahaja.  





 
ISP - Internet Service Provider
------------------------------- 

 ISP atau Penyedia perkhidmatan internet ialah pihak yang diberi lesen untuk  
 menyediakan kemudahan capaian internet kepada masyarakat. Di Malaysia terdapat  
 berbagai ISP seperti Putranet, Nasionet, Jaring, Maxisnet, Timenet, Tmnet,  
 Celcomnet, Sabahnet serta Sarawaknet sekadar menyebut sembilan nama.  
 Bagaimanapun hanya dua ISP sahaja yang mempunyai rangkaian seluruh negara  
 termasuk Kedah dan Melaka iaitu Jaring dari MIMOS iaitu ISP yang terawal dan  
 TMnet ISP terbesar  kepunyaan Telecon Malaysia Bhd. 

 Antara semua ISP tersebut terpulanglah mengikut cita rasa anda kerana ada yang
 kata ISP ini bagus dan laju dan ada yang berkata semua ISP serupa sahaja. 


 Overload 

 Sesebuah ISP mempunyai sasaran berapa ramai pengguna internet yang boleh 
 ditampung oleh mereka pada sesuatu masa. Jika ISP tersebut lebih menumpukan 
 kepada iklan promosi menarik ramai pelanggan dan tidak peduli kapasiti 
 rangkaian mereka seperti TMNet (atau dikenali sekarang sebagai BlueHyppo.com) 
 maka rangkaian ISP tersebut akan sesak sama seperti kesesakan di lebuh raya - 
 bayar TOL masih sesak juga. Kesesakan ini dirasai pada waktu puncak seperti 
 sebelah malam sampai awal pagi dimana ramai pengguna duduk rumah melayari 
 internet atau waktu tengahari dimana ramai orang sedang berihat. 

 Speed Trap 

 Selain itu ISP juga boleh mengenakan had laju sepanjang-panjang rangkaian 
 internet mereka dimana pengguna akan komplen mengapa ISP lain laju tapi ISP ini 
 s-l-o-w sekali. Anda boleh merasai had laju ini bilamana kelambatan capaian 
 internet anda tetap sama biarpun anda memasuki internet pukul 5 pagi dimana 
 kebanyakkan pengguna yang lain sedang berdengkur. Kalau pukul 9 malam internet 
 lambat memang patut sebab ramai orang guna tapi bila waktu subuh lambat juga 
 apa hal ? 

 Terdapat terlalu ramai pengguna ISP tertentu bertumpu di sesuatu tempat. 

 Antara tanda-tandanya ialah anda akan mendapat ralat "talian penuh" (busy line) 
 bila mendail nombor ISP anda. Tetapi jika ISP anda bijak ia akan meningkatkan 
 nisbah modem per user mengakibatkar ramai pengguna boleh masuk tapi capaiannya 
 begitu lembab sekali.  Jika kawasan anda mempunyai pilihan ISP lain, cubalah 
 menggunakan ISP yang lain. Ataupun pindah ke kawasan lain. 
 


Kesimpulan : 


   1.Jika capaian internet anda sebelum ini begitu bagus sekali tiba-tiba sahaja 
   ia menjadi teruk lihat-lihatlah sekeliling kawasan perumahan anda samada anda 
   ternampak lori telekom mengupgrade kabel kepada fiber oftik, ada pokok 
   tumbang menghempap talian telepon atau kerja-kerja pengalian jalan sedang 
   dijalankan. 

   2.Jika anda tak tahu puncanya cubalah menggunakan    perkhidmatan internet 
   dari ISP lain.  

   3.Layari internet diluar waktu sebok misalnya awal pagi. 






Lalu-lintas internet semasa 
---------------------------
 

 Pengguna internet mengikut kawasan geografi 

 Kebiasaanya pengguna internet melungsuri internet pada waktu malam sambil 
 lepak-lepak bersama keluarga atau waktu siang semasa di pejabat. Dengan 
 mengetahui corak pengguna ini kita boleh memilih waktu mana yang sesuai untuk 
 kita memasuki internet. 

 Cara yang mudah ialah menggunakan World Time iaitu satu perisian jam berbagai 
 tempat di dunia.

 Di kawasan Asia Tenggara,  sambungan Internet ke America melalui kabel dasar 
 laut samada Lautan Pasifik atau lautan Atlantik. Kerana kabel tersebut terlalu 
 mahal jadi ia dikongsi bersama oleh beberapa negara. 


 Faktor diluar kawalan 

 Satu perkara yang tak pernah sesiapa mahu berlaku ialah putusnya kabel internet 
 dasar laut. Pengguna di Malaysia sekurang-kurangnya mengalami dua kali gangguan 
 iaitu pada tahun 1988 kabel di laut Jepun putus dan tahun 2000 gempa bumi di 
 Taiwan. Lazimnya kabel tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk 
 dibetulkan. 

 Pihak ISP anda akan menesongkan ke kabel dasar laut yang lain atau menggunakan 
 satellite.  Di waktu ini banyak-banyaklah bersabar.

 
Remote Host
-+---------


 Remote host ialah tempat tujuan terakhir dalam capaian internet anda. Ia boleh 
 jadi ftp server atau web server atau mungkin mail server yang berada 
 dimana-mana sahaja beratus kilometer jauhnya dari anda. Kelajuan remote server 
 itu bergantung kepada hardware yang digunakan, webhosting dan sambungan kepada 
 internet. 

 Server yang berada di Rusia dan Afrika atau kawasan yang sewaktu dengannya 
 memang begitu perlahan sekali kerana jauh dan kemudahan jalinan internet yang 
 sama seperti kita.  

 Bagaimanapun tapak web yang terkenal seperti hotmail atau yahoo! juga 
 menghadapi masalah kerana terpaksa menampung terlalu ramai pengguna pada satu 
 masa. 



 Ringkasan : 


   1.Jika anda menggunakan hotmail atau yahoomail carilah alternatif mail lain 
   yang tidak ramai pengguna. 

   2.Jika anda melayari website, carilah server bayangan atau "mirror server"  

   3.Jika anda download sesuatu file, carilah tapak utama dan tapak bayangan. 
   Pastikan anda menggunakan download manager yang pintar boleh download satu 
   file yang sama dari berbagai lokasi serentak. 

   4.Jika tapak tersebut begitu perlahan sekali, cuba lagi dilain kali. 
   
   

Software bantuan :
------------------

1. NetMedic   
- Ia memberikan satu bentuk visual pergerakan data internet dari dan ke komputer anda. 
- Untuk download gunakan ftp search keyword "nm.exe" file saiz 1,001kb kerana laman 
asalnya sudah tidak wujud.

2. Internet maniac
- Gunakan fungsi "ping" utk pingkan domain kegemaran anda misalnya hotmail.com
- http://www.bigfoot.com/~birla/software/maniac.html (shareware) atau cari dari ftp 
search untuk versi lama yang freeware. Keyword "maniac".

3. AtGuard dan WebWasher
- Untuk block iklan, pop-up windows, anonying web trick = capaian anda jadi lebih laju.

4. Gunakan public proxy / web cache
   
   

Kesimpulan
----------


Capaian dial-up internet dipengaruhi oleh banyak sebab. Ada yang boleh dikawal seperti 
sistem komputer, software, hardware, pendawaian dalam rumah dan ada yang diluar 
kawalan kita seperti talian telefon dan remote host.    

Jika sebelum ini capaian internet anda bagus sekali dan anda tidak buat apa-apa pada 
komputer anda tiba-tiba anda mendapat ralat "password salah" atau capaian begitu teruk 
jangan betulkan komputer anda. Sebetulnya ISP atau penyedia talian telefon yang 
bermasalah bukan komputer anda.



end




Dipetik dengan kebenaran dari
http://www.celik-it.f2s.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: support <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke