*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengantar Psikologi 60

( bagaimana… jumpa tak maksud MMPI dan 16F..yang sebenarnya 16F bukan lah
kapal terbang dan MMPI bukanlah sejenis makan. 16F bermaksud 16  personality
Inventory ( ada 16 trait(pesen atau jenis) manusia) manakala MMP ialah
Minnesota Multiphasic Personality Inventory, ada 500 soalan untuk uji skala
manusia perkara ini akan dibincang lebih lanjut dalam bab akan datang …relex
lah..)

Subjek dikehendaki menjawab(1) soalan di atas kertas jawapan dan jawapan
mereka akan dibandingkan dengan jawapan subjek lain secara relatif.

Cara kedua ialah dengan menggunakan alat-alat projektif seperti Rorschach
dan Ujian Peramatan Tematik (TAT).  Perkara ini akan dibincangkan dengan
lebih lanjut lagi dalam Bab Personaliti dalam Jilid 11 buku ini dan bahagian
ini akan hanya menunjukkan bagaimana persepsi manusia itu penting dalam
usaha memahami masalah mereka.
( kan saya sudah kata akan dibincang dalam bab akan datang jadi sabar lah
ya)

Kategori yang akan ditumpukan dalam perbincangan ini berkaitan.dengan
alat-alat projektif.  Mengikut takrif Rabin (1986), dalam menggunakan
alat-alat projektif, subjek akan unjurkan apa yang dipersepsikan tentang
sesuatu rangsangan yang diberikan kepadanya.  Dalam memperihalkan rangsangan
yang mereka lihat, dengan cara tidak langsung, mereka akan menyatakan
masalah, motif, kehendak dan keperluan peribadinya.  Inilah kaitan utama di
antara persepsi dengan penggunaan alat-alat projektif.
( boleh kah alat-alat ini digunakan mengesan kebakaran Dewan Tunku Canselor
(isu Malaysia) ..kalau tak ingin tak payah hantar memorendum ..tunggulah
hingga siasatan selesai….tak kan lah nak buat aktiviti pertama dengan
memorendum (andakan masih muda ..nanati kita tanya Rabin boleh gunakah alat
itu..tapi rabin mungkin tak setuju kot)

Kita telah lihat bagaimana para psikologis dapat mengenali individu yang
mempunyai masalah jiwa jenis obsesif- kompulsif dengan menunjukkan
rajah-rajah yang tidak bersinambung.  Kajian telah menunjukkan bahawa
jikalau individu yang mempunyai masalah tersebut ditunjukkan alat projektif
Rorschach yang mempunyai bentuk tompok-tompok dakwat, mereka tidak akan
memberi jawapan tentang gambaran keseluruhannya tetapi akan menumpukan
perhatian kepada garisan-garisan tompok-tompok dakwat di tepi gambaran
tersebut dengan cara yang amat terperinci.
( alat rorschach ialah tompok dakwat..lepas tu suruh subjek teka..kalau guna
untuk pelajar UM tentu meka akan jawab kebakaran…sebab nak serupa)

  Mereka terlalu ghairah dengan perkara-perkara yang terperinci dan ini
memperlihatkan personaliti serta masalah mereka secara amnya. (Shapiro,
1960).

Dalam menggunakan alat-alat projektif seperti alat Ujian Peramatan Tematik
(TAT), cara analisa yang sama digunakan. Perkataan peramatan di sini bererti
kesedaran tentang sesuatu persepsi melalui perhubungannya dengan sesuatu
pengalaman atau pengetahuan. Alat ini digunakan dengan cara meminta subjek
mempersepsikan sesuatu rangsangan (gambar berunsur taksa) dan memberitahu
apakah yang tersirat di sebalik gambar tersebut. Dana (1986) mengatakan yang
subjek akan meng-analisis rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada mereka
dan kemudian secara tidak sedar, mengutarakan sebuah cerita yang boleh
dikaitkan dengan personaliti atau masalah yang dihadapinya.
( alat ini pula tunjuk gambar orang sedang buat sesautu ..lepas tu sabjek
cerita tentang berdasarkan gambar itu…mungkin kalau tengok orang sedang
lari..dia cerita lari dari kebakaran. Kalau tengok orang sedang tulis
surat..cerita kan bahawa orang tulis memorendum.. tapi yang tulis tu
lelaki..bukan puteri..nak serupa kot ( saya tak kata sapa-sapa.) yang
baiknya kalu kita tunjuk gambar maka terbayang orang sedang solat, beri
zakat, tawaf, buka puasa dan lain-lain..jagi psikologis muslim harus buat
alat TAT sendiri…sapa nak cuba…sila angkat tangan)

Oleh itu, memahami persepsi manusia adalah amat penting dalam hal mengenali
dan seterusnya merawat patologi jiwa mereka. Pischer (1985) menegaskan
bahawa jikalau subjek kenal (2) dan faham apa yang menjadi tema di sebalik
persepsi bahan-bahan projektif yang ditunjukkan kepada mereka, maka adalah
senang bagi mereka memahami masalah yang dihadapi dan bagi terapis
merawatnya
( rawat tuu biar sempurna ya.. jangan separuh-separuh..kesudahannya manusia
tu jadi separuh separuh…(sekali nak Islam..sekali tak nak Islam…jadi tak
betul semula)..dan rawatan yang sempurna itu ada dalam al_quran…cari..cari)

bersambung….

Latihan
1. Apakah dua alat projektif yang dikemukakan dalam petikan di atas
A. memorendum dan puteri
B. Rorschach dan Ujian Peramatan Tematik (TAT)
C. Kereta kenari dan kereta Tiara
D. Kabinet pasca Sidang Istimewa (SI) dan Indonesia timur (Intim)


2. Apakah takrif Rabin tentang alat ini
A. Hamzah Haz Layak Jadi Wapres, Karena Pemenang III Pemilu dan Orang NU
B. Sabar sabar biar polis saiasat dulu, jangan tuduh sebarangan, nanti
termakan tuduh.
C. Win win solution itu akan lebih baik lagi jika Presiden Wahid mau mundur
dengan legowo
D Dalam memperihalkan rangsangan yang mereka lihat, dengan cara tidak
langsung, mereka akan menyatakan masalah, motif, kehendak dan keperluan
peribadinya.


3. apakah bentuk alat projektif Rorschach
A. India terancam konflik pemeluk antaragama. Pemicunya adalah sebuah film
bioskop berjudul "Gadar, Eh Prom Katha
B. Alat yang mempunyai bentuk tompok-tompok dakwat
C. Alat yang digunakan untuk garu belakang apabila gatal
D. Kenapalah hati ini tak pernah rindu untuk berjumpa Allah, sedangkan Allah
sayang pada hamba Nya


NOTA HATI
1. menjawab
Apabila dikatakan kepada mereka:"Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang
lain telah beriman. Mereka menjawab:"Akan berimankah kami sebagaimana
orang-orang bodoh itu telah beriman". Ingatlah, sesungguhnya merekalah
orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. (QS. 2:13)

2. kenal
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan
Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu
menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu
kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada
orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di
jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. (QS. 2:273)

Firman Allah Taala: Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu
 dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikankamu berbangsa-bangsa dan
bersuku
-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yangpaling
mulia di
 antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesu
ngguhnya AllahMaha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (surah al-Hujarat, 13)


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke