*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu Lagi Buku Mengenai Daim Muncul: “Saya sedia
                                                                ke mahkamah 
kalau tidak betul” – Khalid Jafri

                                                                Eksklusif 
Oleh ROSLI ISMAIL

                                                                KUALA 
LUMPUR, Isnin 2 Julai – Penulis buku kontroversi “50 Dalil Mengapa Anwar
                                                                Tidak Boleh 
Menjadi Perdana Menteri” Khalid Jafri telah menerbitkan sebuah lagi
                                                                buku politik 
- kali ini mengenai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula.

                                                                Buku 
bertajuk Tun Daim Penyangak Wang Negara setebal 282
                                                                halaman itu 
telah mula dipasarkan di beberapa buah kedai buku
                                                                sekitar 
ibukota sejak beberapa hari lalu. Ia dijual pada harga
                                                                RM30 
senaskhah.

                                                                Buku 
tersebut mengandungi berbagai kisah mengenai Daim
                                                                sewaktu 
menjadi menteri kewangan dan penglibatan keluarga
                                                                serta 
rakan-rakan rapatnya dalam perniagaan.

                                                                             
                                 Semuanya terdapat 27 bab dalam buku
                                                                             
                                 tersebut. Antaranya nama yang dsebut
                                                                             
                                 dalam buku itu ialah ahli perniagaan 
terkemuka Tan Sri
                                                                             
                                 Halim Saad, isteri ketiga Daim, Naimah 
Abdul Khalid, anak
                                                                             
                                 perempuannya Asnida Daim, rakan rapatnya 
Josephine
                                                                             
                                 Premila Suvaratnam dan beberapa orang lagi 
yang
                                                                             
                                 didakwa sebagai nomineenya.

                                                                             
                                 Dalam satu bab ia juga mendakwa Setiausaha 
Politik
                                                                             
                                 Daim, Abdul Mutalib Alias berkuasa penuh di 
Kementerian
                                                                             
                                 Kewangan dan boleh menolak permohonan 
projek. Ia
                                                                             
                                 disertakan dengan fotokopi satu salinan 
surat rasmi
                                                                             
                                 penolakan itu. Turut disertakan dalam buku 
itu ialah iklan
                                                                sebuah lagi 
buku sensasi mengenai Daim yang diterbitkan selepas ini.

                                                                Khalid 
ketika ditemuramah oleh AgendaDaily hari ini mendakwa beliau menulis
                                                                buku 
tersebut atas inisiatifnya sendiri sambil mendakwa “ia dilakukan untuk
                                                                mendedahkan 
apa yang terjadi untuk pengetahuan rakyat dan kepentingan
                                                                negara.”

                                                                Kata beliau, 
buku itu ditulis hasil kajian mendalam serta maklumat dari berbagai
                                                                sumber.

                                                                “Saya 
mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya”.

                                                                Sebagai 
memenuhi permintaan AgendaDaily beliau turut memberi senaskhah
                                                                buku 
berkenaan dan sekeping gambar beliau bersama buku barunya itu.

                                                                “Saya 
berpegang kepada apa yang saya tulis. Saya juga berani bertanggungjawab
                                                                ke atasnya 
dan sedia disaman dan dibawa ke mahkamah jika apa yang saya tulis
                                                                dalam buku 
itu tidak betul,” kata Khalid.

                                                                Bekas 
Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad itu
                                                                mengaku 
beliau sudah dengar ada yang mendakwanya diupah dan sebagainya
                                                                untuk 
menulis buku berkenaan.

                                                                “Apa orang 
nak kata…itu terpulang pada mereka. Bagi saya, buku ini saya tulis atas
                                                                inisiatif 
sendiri untuk mendedahkan kepada orang-ramai mengenai satu hal yang
                                                                melibatkan 
kepentingan negara.

                                                                “Waktu 
saya tulis buku mengenai Datuk Sri Anwar Ibrahim dulu...itu juga tuduhan
                                                                orang pada 
saya,” katanya sambil tertawa.

                                                                Dalam 
prakata buku itu, Khalid mendakwa selepas kekecewaan Perdana Menteri
                                                                Datuk Sri Dr 
Mahathir Mohamad terhadap Anwar, muncul pula masalah baru iaitu
                                                                Daim.

                                                                Beliau juga 
mendakwa perdana menteri akan dianggap adil dan dihormati
                                                                sekiranya 
Daim disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sama seperti dakwaan
                                                                terhadap 
Anwar.

                                                                Sejak 
tersebarnya kisah tentang kemunculan buku baru Khalid ini, AgendaDaily
                                                                mendapat 
tahu ramai orang yang tercari-cari di kedai-kedai buku bagi
                                                                mendapatnya.

                                                                Beberapa 
kedai buku sekitar ibukota yang ditinjau juga memberitahu ramai yang
                                                                datang 
bertanya mengenai buku itu. Menurut Khalid beliau baru memasarkan
                                                                sedikit 
sahaja buku itu di kedai-kedai tertentu setakat ini.

                                                                Ditanya 
berapa naskkah buku ini yang dicetaknya, beliau secara spontan
                                                                menjawab; 
“itu rahsia.”

                                                                Ini adalah 
buku terbaru kedua mengenai Daim yang ditulis setakat ini. Sebelum ini
                                                                seorang lagi 
pengarang buku politik, Syed Hussein Alattas menulis buku bertajuk
                                                                DIAM-DIAM 
DAIM.

                                                                Ia 
dipasarkan secara meluas sewaktu Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke