*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Faqeh : Makanan Kecerdasan Minda – Khazanah Perubatan Islam Faqeh merupakan makanan kecerdasan otak dan digunakan untuk meningkatkan kepintaran, kekuatan ingatan, hafalan, mengekalkan kesihatan minda, dan mengelak daripada lupa dan nyanyuk. Akal merupakan anugerah Allah yang terpenting kepada manusia. Dengan akal Allah mentaklifkan (mempertanggungjawabkan) kepada kita tentang semua syariatNya. Memahami hakikat akal inilah maka syarikat “Perniagaan Qurba” berusaha membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan kecerdasan otak yang bersumberkan daripada : Al-Quraan Sunnah Nabi s.a.w Pendapat ulama perubatan Islam Kenapa ulama-ulama terdahulu mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan dan pintar ? Ulama-ulama dahulu dapat menhafal Al-Quraan, mengingati beribu-ribu hadis nabi s.a.w serta menguasai pelbagai ilmu sejak kecil. Mereka dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat, mengekalkan kesihatan akal dan tidak lupa serta nyanyuk pada sepanjang kehidupan mereka… Tiada siapa yang mengetahui hakikat keunikan otak ciptaan allah, maka makanan kecerdasan minda bersumberkan Al Quraan, hadis Nabi s.a.w dan pendapat ulamak perubatan Islam terdahulu sajalah yang diyakini dapat memenuhi keperluan otak manusia. Faqeh adalah makanan kecerdasan otak yang dikumpulkan dari dua belas bahan tumbuh-tumbuhan pilihan dari dalam dan luar negeri. Bahan-bahan ini dikeringkan dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. Faqeh disediakan menurut kaedah yang dicadangkan oleh ulama-ulama perubatan Islam dan mengikut proses saintifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Hasilnya ialah sejenis tablet yang mudah dihisap atau dikunyah oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehinggalah orang tua yang lanjut usianya. Penerangan mengenai bahan-bahan yang terkandung di dalam Faqeh 1. Rumman (Punica granatum) Allah S.W.T berfirman dalam Al Quraan tentang “rumman” : “Kami jadikan kebun-kebun dari anggur,zaitun serta buah rumman (delima) yang bersamaan (rupa dan rasa) dan yang tidak bersamaan..” - surah Al An-am ayat 99 “Sesiapa yang makan “rumman” (delima) Allah akan cahayakan hatinya,” - surah Al An-am ayat 141 2. ‘Adas (Organik lentils) Allah berfirman dalam Quran tentang ‘adas (sejenis bijirin) dalam Al-Quraan: “Wahai Musa! Kami tak sabar dengan makanan yang semacam saja, maka pohonlah kepada tuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi, dari sayurannya, mentimun, bawang putihnya dan kacang ‘adasnya serta bawang merah..’ surah Al Baqarah: 61 Adas ialah makanan bijirin yang terkenal di kalangan orang Arab serta disokong oleh ulamak perubatan Islam untuk kesihatan badan. Antara khasiatnya ialah dapat menguatkan ingatan dan kesihatan otak yang terdapat dalam kitab Islam, Tib-al-Aimmah, muka surat 389 maksudnya : “Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang mewarisi ingatan ialah makan daging dikawasan tengkok binatang (yang halal), makan yang manis- manis serta ‘adas’, makan roti sejuk dan membaca ayat Qursi.” 3. Za’faran (Crocos sativus) Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur, menyebut tentang za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saidina Ali k.w. pernah menyatakan tentangnya iaitu : “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir". 4. Zabib (Raisin) Di dalam kitab Tib al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim al-Juzi karangan Dr. Asayyid al-jamili, muka surat 241, Imam Al Zuhri ada berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka dia hendaklah memakan zabib." 5. Qaranful (Eugenia carophyllus) Ia merupakan tumbuhan kesihatan yang tahan lama jika dikeringkan. Terkenal di dalam perubatan Islam, ia berkhasiat untuk kesihatan badan terutamanya untuk kekuatan ingatan dan kepintaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab perubatan Islam, Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir muka surat 389 yang menjelaskan tentang kenyataan Imam Jaafar Al-Sodiq rahimahullah. Imam Jaafar adalah ulama terkenal di Madinah, mempunyai ramai penuntut di antaranya termasuklah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Imam Jaafar lahir pada tahun 80 hijrah dan meninggal pada tahun 148 hijrah. Beliau adalah guru kimia kepada ulama kimia yang terkenal iaitu Jabir bin Hayyan dan Ar-Razi rahimahullah. Imam Jaafar pernah menerangkan masalah kekuatan ingatan dan cara menguasai ilmu kepada pertanyaan anak muridnya Abi Basir, sebagaimana dalam satu riwayat di bawah: “Berkata Abi Basir : Aku bertanya kepada Al-Sodiq iaitu Imam Jaafar Al-Sodiq bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami, lalu imam Jaafar Al-Sodiq berkata “Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundar serta ditumbuk halus kedua-duanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”” 6. Karaps (Apium gravolens) Dari kitab Tib al-Aimmah oleh Asyayyid Abdullah Syubbir, muka surat 388 dan 393, ada dinyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Makanlah olehmu karaps kerana ianya mewarisi ingatan. Ia adalah dari tumbuhan hijau.” “Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal ianya adalah (karaps). 7. Zanjabil (Zingerber officinal) Allah S.W.T berfirman dalam Quran, maksudnya, "Mereka dalam Syurga itu,diberi minum sejenis minuman campurannya dari zanjabil.” Di dalam kitab Mukhtasar Tib al-Nabawi, Imam jalaludin al-Sayuti (849 - 911 Hijrah) karangan Ibrahim Muhammad al-Jamal dan kitab Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, muka suratr 388 - 389 menyebut riwayat dari ulama terkenal iaitu Ali al-Ridha rahimahullah (141 - 203 Hijrah) menyatakan bahawa : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan, maka hendaklah dia makan 3 potong zanjabil yang dicampur dengan “ Asal dan juga Khardal(sejenis bijirin) bersama dengan makanannya pada setiap hari.” 8. Khardal (Semen brassica juncea) Khardal juga merupakan salah satu daripada khazanah perubatan orang Arab termasuk Ibnu Sina. Ini kerana khasiatnya banyak untuk tubuh badan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab karangan Dr. Amin Ruwain bertajuk Al-Tadawa bi al-A'syab wa al-Nabatat, muka surat 79. 9. 'Asal (Forest Honey) 'Asal (madu) merupakan makanan pengubatan yang paling terkenal kepada semua penduduk di dunia di mana Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 68-69, maksudnya: “ ……. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan (penyakit) bagi manusia.” Dari riwayat Imam Al-Juzi ia menyatakan bahawa: “Hendaklah kamu mengambil ‘asal (madu) kerana ianya baik untuk ingatan.” Faqeh diperbuat daripada madu Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya di mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quraan dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak. 10. Laban (Pure goat's milk) Allah berfirman dalam Al Quran tentang laban (maksudnya) : "Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar, kami beri minuman kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah, iaitu susu yang bersih, mudah diminum lagi sedap rasanya." - surah an-Nahl ayat 66 Susu kambing dicampur di dalam formula ini kerana khasiatnya yang banyak seperti mana yang disebut dalam kitab perubatan Islam dan perubatan moden. 11. Na’na’ (Mental longifolia) Ia merupakan tumbuhan yang sentiasa dimasukkan dalam minuman orang-orang Arab. Dalam kitab Al Tadawa muka surat 205, Abdul Latif Asyur menyebut bahawa na’na’ boleh melancarkan perjalanan darah ke otak manusia serta merangsang kecerdasan pemikiran. Dr. Riyad Muhamad dalam kitabnya yang bertajuk “Kepintaran Minda Dan Kepantasan Ingatan" berkata : “Digoreng (dikeringkan) na’na’ serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda, diminum suam-suam serta dibaca ayat Al Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat syifa serta surah Yassin." 12. Habbatus Sauda (Nigelia sativa) Faedahnya sudah terkenal sebagai bijirin yang dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.” Khasiat-khasiat Faqeh Kanak-kanak yang sedang membesar – untuk pertumbuhan akal yang cerdas Pelajar sekolah rendah dan menengah – sebagai persediaan untuk menerima pelajaran dengan lebih mudah ke arah kecemerlangan masa hadapan. Siswa siswi institut pengajian tinggi – untuk membantu menjadi lebih kreatif, aktif, maju dan berdaya saing yang tinggi Orang dewasa – untuk mengekalkan ingatan dengan baik dan membina kebahagian hidup. Orang tua yang lanjut usia – mengelak daripada lupa dan nyanyuk. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan munyusukan bayi untuk perkembangan minda bayi. Aturan makan Sebelum makan hendaklah: berniat (mendapatkan kecerdasan minda sepanjang hari demi beribadat kepada Allah) membaca selawat (lengkap) membaca surah Al Fatihah membaca surah Al Inshiroh (Alam Nasyroh) Dos Umur 3 hingga 12 tahun : 2 - 4 biji tablet sehari Umur 13 ke atas 4 –6 tablet sehari Dimakan secara kemam pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Pesanan Harga bagi sebotol Faqeh 100 biji adalah RM 27.00 sahaja. Anda boleh datang ke kedai kami untuk mendapatkannya : Alamat 15G, Blok B, Jalan 18/35, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan Contact Tel : 03-89410054 Tel : 012-2129-567 Email : [EMAIL PROTECTED] Untuk pesanan dari luar kawasan Masukkan bayaran ke dalam akaun bank Maybank (Akaun Semasa Wadiah) 5621-1500-0468 atas nama Ibrahim Abdullah. Hantar slip tersebut kepada kami di alamat di atas atau fax ke nombor telefon yang tertera. =====> Faqeh : Makanan Kecerdasan Minda <========= =====> http://faqeh.tripod.com/ <========= =================================================== ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]