*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Wrth Wbth,

Agak2 sahabat netterslah yang BN marahkan sangat kat BA ni pasal apa dan BA 
marah sangat kat BN ni pasal apa, tolong bagi jawapan sebab saya nak buat 
kajian dan analisa.

Saya haraplah maklumat ni biarlah 22 pihak yang emailkan pada saya, setiap 
persoalan akan saya tanya semula kepada sahabat.

Sebagaimana imam As Syafei, setiap kes berkaitan hukum yang hendak di 
keluarkan, beliau akan bertanya 100 orang ulama, secara berasingan 
sehinggalah jawapan mereka sama baharulah dikatakan ijma'Ulama, sekiranya 
seorang berbeza maka dikatakan qias. Saya suka sngat kalau yang menjadi 
sahabt netters Semua Mufti, Semua Ulama yang merasakan mereka ulama'atau 
yang telahpun dipanggil ulama atau tok guru. Di situ setiap pemasalahan 
boleh diperkatakan, dan dapatlah kita menilai kesamaan dalam membuat sesuatu 
keputusan. Mereka juga perlu menyatakan bibliografi, supaya mudah kita 
berurusan pada babnya.

Berbeza pada masa sekarang mereka cuma berhimpun dan membuat keputusan 
berdasarkan Al quraan, hadis, Ijma'dan qias dengan cara yang begitu cepat 
demikianlah sebarang fatwa.Ulama'terdahulu sentiasa teliti dan berwaspada 
meletakkan hukum, mereka takut manausia jadi kafir kerana memikirkan bukan 
senang hendak mengislamkan manusia. Mereka yang fasiq tersangat mudah untuk 
jatuh kedalam kafir kerana kedudukan mereka umpama telur dihujung tanduk, 
jadi sekiranya kita tidak teliti dan suka mengarahkan mereka kearah kufur 
pada adatnya mudahlah jatuh mereka itu. Dalilnya betapa ramai umat islam 
yang jahil di Malaysia ini telah bermain dengan hukum dengan cara belajar di 
tempat ceramah. Sedemikian sudah sampai masanya Ulama'-Ulama menyediakan 
program tarbiah tafakkuf Fiddin,untuk membawa manusia kembali kepada 
sebenar2 agama mengikut hudud yang dibawa oleh Rasululla s.a.w.  Kita perlu 
keluar daripada fahaman parti politik dapat menyelsaikan masalah negara, 
kerana apabila dapat negara sahabta akan lihat golongan berebut harta dan 
pangkat, di kala itu tok guru tiada lagi kuasa sebab rakyat selama ini 
menerima tarbiah bukan atas dasr kasih dan cinta kepada Allah dan 
Rasulullah, lihatlah apa yang berlaku di Terengganu sehingga anak2 kecil di 
tadikapun menjadi mangsa hasil daripada kefahaman kasih dan cinta kepada 
Allah dan Rasul tidak sampai.

Ada juga tok guru yang begitu berani mengeluarkan pendapat atau fatwa tanpa 
meikirkan sebarang pemasalahan manusia yang akan menerimanya. Mereka banyak 
beranggapan semua manusia alim seperti mereka dan kena buat macam mereka 
buat.

Kita kena ingat manusia perlu melalui proses tarbiah mengikut acuan 
Rasulullah s.a.w. Lari daripada acuan walaupun menang ianya tidak kekal atau 
menang tetapi Istidraj daripada Allah.Acuan Rasulullah adalah memperbetulkan 
Aqidah, syariat dan Akhlak.

Banyak kedapatan ulama siasah nak jawab masalah tasauf, contohnya suatu hari 
seorang murid bertanya seorang ulama'siasah di Terengganu, "tuan Guru, saya 
belajar kitab khasyaful Asrar, ada zikir HU..Hu.." apa maknanya? "Beliau 
menjawab zikir hu hu adalah zikir orang fana, orang fana adalah orang tak 
sedar kediri(tak sedarkan diri), orang tak sedang diri tak boleh buat kira 
becara(bicara)"Sedangkan maksud fana dalam kaedah Ilmu tasauf adalah mereka 
yang mengenali dosa dan cepat2 minta ampun apabila berdosa, maksudnya mereka 
yang berada pada martabat mukmin pada sisi Allah. bermakna mereka berada 
pada maqam mutmainnah. Mana kala tak sedar diri dalam kaedah tasauf adalah 
dzauki atau jisbah hasil daripada terlalu kasih dengan Allah dengan 
mengenangkan nikmat Allah yang begitu bayak sedangkan taatnya sedikit.

Kepada yang berjuang untuk bangsa, saya mengucapkan syabas tapi Ingatlah Al 
Quran, hadis, bahasa di syurga adalah berbahasa Arab dan Muhammad s.a.w 
adalah berbangsa arab. Kita tidak mempunyai panduan melayu yang nak bagi 
Syafaatpun bangsanya Arab. Belajarlah kita untuk kembali kepada Allah dan 
rasul, usahakanlah untuk menegakkan hukum Allah. Kalau tidak kepada seluruh 
negara, kita laksanakan dahulu di terengganu dan kelantan. Jika tak mampu 
buat sekarang pilih ulama2 muktabar dan tarbiah pelapis mengikut keperluan 
penduduk. Hidupkan masjid-masjid dengan zikir2 ahli sufi, perkenalkan 
masyarakat kepada pengaruh kesufian, panggil semua ulamá thoriqat di 
Malaysia, himpunkan mereka minta mereka perjelaskan satu persatu pegangan 
mereka, kemudian letakkan mereka di atas pentas untuk dihujahkan sehingga 
kita menemukan yang benar2 asli, demi mejaga Agama, bangsa dan Negara 
serentak mengembalikan kegemilangan Islam Di dunia ini.

Insya Allah demi mempertahankan Agama bangsa dan negara, saya dan sahabat 
bersedia untuk syahid.

Wallah Hu Taála A'lam.
>From: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        "[EMAIL PROTECTED]" 
><[EMAIL PROTECTED]>, Purple Haze <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>kamariah <[EMAIL PROTECTED]>, Junaidah Abu <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Negara Islam PAS
>Date: Thu, 05 Jul 2001 04:29:45 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Semua orang tahu DAP selamanya tak pernah menyokong Negara Islam yang
>dicitakan oleh PAS. Matlamat perjuangan DAP lain, tak sama dengan
>perjuangan PAS. Kalau perjuangan mereka sama tak perlulah ada dua parti
>yang berlainan. Kita memang tahu ahli-ahli DAP majoritinya terdiri dari
>orang bukan Islam.
>
>Orang bukan Islam tentulah tidak akan menyokong pembentukan sebuah
>negara Islam. Samalah juga orang Islam tidak akan menyokong kalau ada
>parti di negara ini yang berhasrat hendak menjadikan negara ini sebuah
>negara Kristian atau sebuah negara Budha. Silap-silap tak masuk syurga
>kita kalau sokong parti yang mempunyai matlamat seperti itu.
>
>Begitulah juga kepada orang Kristian, orang Budha dan orang Hindu
>tentulah juga haram di sisi agama mereka jika sokong parti PAS bagi
>membentuk pemerintahan Islam di negara ini.
>
>Pembentukan gagasan Barisan Alternatif (BA) bukanlah hendak membentuk
>negara Islam. Pembentukan BA adalah bermatlamat untuk menumbangkan BN
>yang telah banyak mencabul hak-hak demokrasi di negara ini.
>
>Hak demokrasi patut dipulihkan terlebih dahulu, tanpanya tidak mungkin
>mana-mana parti pun dapat bertanding di atas lantai yang sama dengan BN.
>
>Bagaimana mungkin PAS, DAP dan parti lain itu hendak menerangkan
>dasar-dasar dan cita-cita parti mereka kepada rakyat jelata tanpa adanya
>kebebasan bersuara. Mereka tidak bebas berhimpun, suara mereka di sekat,
>ISA digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang yang lantang. Hendak
>dapat peluang menggunakan saluran media perdana jauh sekali.
>
>Untuk masa terdekat ini bukanlah matlamat akhir DAP atau PAS itu yang
>perlu di capai tetapi yang jauh lebih penting ialah untuk menyediakan
>suasana yang menggalakkan bagi matlamat itu boleh dicapai. Tidak mungkin
>kita dapat menyeberang sebuah sungai kalau tidak terlebih dahulu membina
>jambatan atau perahu. Walhal membina jambatan dan perahu bukanlah
>matlamat akhir kita.
>
>Kalau DAP dan PAS bekerjasama dan bersatu sekalipun belum tentu boleh
>mengalahkan BN seperti piliharaya yang lalu, apa lagi kalau bekerja
>secara sendiri-sendiri.
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibrahim Imran" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke