*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mahathir koho bengong doh leni..

>From: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Pelajar di tahan ISA
>Date: Thu, 5 Jul 2001 01:01:08 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>.MALAYSIAKINI.
>Aktivis pelajar ditahan ISA, seorang lagi rumah digeledah
>
>
>12:35pm, Thu: Seorang aktivis pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM)
>Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ditahan di bawah seksyen 73 (1) Akta
>Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
>
>Beliau pada awalnya ditangkap di depan balai polis Dang Wangi, Kuala
>Lumpur jam 9.30 pagi ketika mengiringi enam aktivis pelajar melaporkan
>diri di balai itu berhubung siasatan kes perhimpunan aman di Masjid
>Negara pada 8 Jun lalu.
>
>Polis menyerbu kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur dan merampas
>beberapa bahan bercetak dan video cakera padat (VCD).
>
>Beberapa wartawan daripada akhbar bebas, termasuk Malaysiakini.com,
>berada di tempat kejadian ketika pelajar itu dibawa untuk tahanan ISA.
>
>Tujuh orang, termasuk enam pelajar, yang ke balai pagi ini, diarahkan
>melaporkan diri semula pada 19 Julai. Malaysiakini difahamkan mereka
>"perlu menyediakan wang ikat jamin" pada hari itu.
>
>Enam aktivis itu ditangkap di Masjid Negara dalam perhimpunan bagi
>menggesa pemansuhan ISA. Gabungan 12 persatuan pelajar itu dikenali
>Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI). Mereka dibebaskan dengan
>jaminan polis selepas ditahan di balai yang sama hampir 24 jam.
>
>Sementara itu, rumah seorang bekas aktivis pelajar Universiti Malaya di
>Bangi diserbu polis tengahari semalam.
>
>Lapan orang anggota polis berpakaian biasa, diketuai oleh seorang
>pegawai yang dikenali sebagai ASP Lee, daripada Ibu Pejabat Polis
>Kontinjen (IPK) menyerbu rumah itu kira-kira jam 2.30 petang.
>
>Malaysiakini dimaklumkan isteri bekas aktivis pelajar itu, ketika itu
>berada di rumah, memberitahu polis menggeledah dan memeriksa bilik
>tidur, dapur, tandas dan sekeliling rumah itu kira-kira 45 minit.
>
>Polis juga memeriksa komputer milik suaminya, sekarang pensyarah di
>sebuah kolej swasta, mencetak dan merampas beberapa artikel.
>
>Bekas aktivis itu dikatakan diserbu bagi siasatan berhubung majalah
>Varsiti 2001.
>
>Dalam perkembangan berkaitan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
>memberitahu tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa dipanggil
>semalam untuk memberikan keterangan kepada pihak pentadbiran universiti
>itu berhubung satu majlis pelancaran kempen 'Mansuhkan ISA' yang
>diadakan di kampus itu Mei lalu.
>
>Malaysiakini gagal melaporkan lebih awal kerana pelayan (server)
>mengalami masalah teknikal.
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
>http://personal.mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke