>>>
Semua kakitangan awam terutama pegawai tinggi kerajaan perlu menyemai sikap untuk menjauhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka adalah pemegang maruah negara, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
 
Perdana Menteri berkata, apabila seseorang itu menjawat jawatan yang tinggi di dalam sesebuah jabatan, beliau tidak harus menyalahgunakan kuasa yang ada pada dirinya kerana ini akan menjatuhkan maruah kerajaan dan dirinya sendiri.
>>>
Utusan Malaysia: 3-Julai-2001
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
 
>>>
Keterangan mahkamah Shafie* adalah berkaitan dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya memberhentikan penyiasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi ketika itu, Tan Sri Ali Abul Hassan pada Jun 1998.
*Datuk Shafie Yahya - bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR)
>>>
Utusan Malaysia: 3-Julai-2000
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2000&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_09.htm
 
 
Kenapa Mahathir tidak didakwa dimahkamah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa sedangkan Anwar didapati bersalah atas kesalahan yang serupa???
 
Bukankah kata-kata Mahathir itu terpercik ke muka sendiri iaini beliau sendiri yang menjatuhkan maruah kerajaan dan diri sendiri???
 
Apa yang telah terjadi kepada siasatan terhadap salahlaku Mahathir sedangkan Penguasa Perhubungan Awam Polis Bukit Aman, Supritendan Benjamin Hasbie mengatakan pihak polis telah pun membuka siasatan mengikut Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970) pada Julai 2000??
 

Reply via email to