Jonah Yang Kita Semua Kenali...

Oleh AR RONGGOWARSITO
KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Beliau adalah seorang anak muda yang agresif
tetapi bersopan-santun. Menghormati orang tua dan memandang tinggi kepada
mereka yang lebih tua daripadanya.
Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau lebih dikenali sebagai "budak Hisham"
(Hishamuddin Rais) di kalangan aktivis reformasi, wartawan dan juga pengerak
hak asasi kemanusiaan sering kali "melepak-lepak" di sekitar Bangsar Utama.
Kedai kegemarannya dan juga rakan-rakan mereka yang seangkatan dengannya
ialah kedai mamak maidin di mana Hishamudin sering kali "melepak" setiap
pagi dan petang untuk berborak dan juga menghirup teh tarik.
Seringkali apabila penulis berkunjung ke kedai maidin untuk berbual dengan
Hisham, Khairul pasti akan berada sama. Tetapi dia tidak akan datang dan
duduk semeja dengan "senior-senior" atau bersama dengan kami.
Dia akan datang menegur kami, bersalaman dan kemudian m! enyertai
rakan-rakannya yang lain di meja sebelah. Sekali pandang, kawan-kawan
Khairul kelihatan seperti hipi dengan pakaian yang selekeh, seluan jeans
yang sudah lusuh serta rambut yang panjang.
Namun begitu di sebalik penampilan diri mereka yang selekeh itu, mereka
tidak pernah usik anak dara orang macam gangster Kampung Pulau dalam cerita
P. Ramlee dan mereka tidak pernah melakukan perbuatan yang tidak senonoh
atau menjelek mata.
Mereka duduk bersama kumpulan mereka dan membicarakan soal-soal masyarakat,
gerakan serta aktiviti pelajar serta mungkin juga ada membincangkan soal
demo dan juga pementasan teater.
Mereka mengelarkan diri mereka sebagai pelajar-pelajar Universiti Bangsar
Utama - sebuah institusi yang tidak didafatarkan kerana mereka tidak percaya
dengan itu semua.
Mereka sering kali mengadakan pementasan teater tentang ISA dan apa yang
mereka dakwa sebagai kezaliman undang-undang serta polis ke atas pendemo di
ja! lan raya.
Apakah mereka semua anti-polis? Entahlah tetapi apa yang mereka mahu ialah
secebis kebebasan untuk ekspresi dan meluahkan rasa hati anak muda yang
memberontak.
Maka itulah mereka dikenali dan sering kali disebut sebagai replika
Hishamudin Rais. Mereka mahu menghidupkan semula kenangan-kenangan silam
70an di mana kuasa pelajar menjadi pencetus gerakan dalam masyarakat marhain
dan juga biasa.
Mereka mungkin mahu mengembalikan semangat Hishamudin yang lantang bersuara
soal-soal kezaliman, ketidakadilan sosial dan juga kebebasan bersuara.
Khairul, seorang pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dan lebih dikenali di
kalangan kawan-kawan serta taulan dengan panggilan "Jonah" telah ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pagi tadi.
Adalah kurang jelas, mengapakah dalam ramai-ramai "budak Hisham" Jonah yang
menjadi "target".
Menurut laporan HarakahDaily Jonah bersama rakan-rakannya berada di luar
Balai Polis D! ang Wangi di Jalan Stadium bagi memberikan sokongan moral
kepada lapan pelajar lain termasuk Rafzan Ramli, yang dipecat dari UiTM yang
dipanggil ke balai polis untuk menentukan sama ada mereka mahu didakwa atau
tidak.
Bagaimana polis telah melanjutkan jaminan ke atas mereka sepuluh hari lagi.
Lapan pelajar itu ditahan polis sebelum ini ekoran tunjuk perasaan yang
diadakan di Masjid Negara.
Ketika berada di luar balai itulah, Jonah kelihatan dipanggil oleh seorang
pegawai polis untuk masuk ke balai.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam dia tidak keluar dari balai dan
kemudiannya dimaklumkan bahawa Jonah telah ditahan di bawah ISA.
Kenapa Jonah ditahan dan apakah benar ISA terpaksa digunakan ke atasnya
hanya pengesahan lanjut daripada Bukit Aman sahaja yang dapat ditunggu
setakat ini.
[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke