*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Perkara ini bukan benda baru; di tempat kami di Pulau Pinang misalnya; 
mereka melakukannya thru Jabatan Perpaduan Negara. Di Pulau Pinang yg penuh 
dgn kawasan2 perumahan; ibubapa selalunya menghantar anak2 mereka ke Tadika 
Rukun Tetangga.

Tadika2 ini cukup aktif, selang sebulan dua mereka akan mengadakan Aktiviti2 
di sana sini, seperti Pertandingan Mewarna yg begitu mendapat sambutan yg 
menggalakkan dari kanak2. Sebagai ibubapa, kita selalunya menurut saja 
kehendak anak2 yg mahu turut serta.

Masalahnya, apabila kita ke sana; pertandingan yg disertai oleh ratusan 
kanak2 itu cuma satu jam lebih saja; yg selebihnya, terutama dlm majlis 
pembukaan dan penutup, dipenuhi dgn ucapan2 YB2 BN yg penuh dengan bab2 
politik yg menyebelahi mereka.

Telinga saya selalu saja naik panas tiap kali mendengar ucapan2 mereka tu, 
tapi kena pergi juga sebab anak2 punya pasal. Saya lihat ramai juga ibubapa 
yg sefahaman 'ideologi' dgn saya yg buat derk saja, sambil pakat dok baca 
Harakah.

At last, saya dapat satu idea; dlm satu pertandingan mewarna dulu, di Alma, 
Bukit Mertajam kalau tak silap; masa Yb-YB BN kat atas pentas itu dok sibuk 
berucap; saya pulak dok sibuk mundar mandir kat depan padang depan pentas 
itu dok ligan anak saya yg kecik sekali tu yg tak boleh dok diam tengok 
abangnya melukis......saya perasan ramai org dok tengok saya, dan ada yg 
tersenyum.

Nak tau sebab apa?

Sebab kat baju saya t-shirt putih saya itu, tertulis penuh dengan huruf 
besar "CONFIRM PANGKAH PAS".

Mungkin sdra/i di Johor boleh buat perkara yg serupa.


>From: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum netters,
>
>Saya telah mendapat maklumat bahawa UMNO Johor telah menjalankan gerak
>gempur cara baru iaitu gerakan secara halus, licik dan tidak disedari oleh
>orang ramai. Teknik sungguh berbeza dengan apa yang selama ini kita faham
>iaitu anak-anak muda UMNO memakai jaket UMNO, sedia bertindak kasar untuk
>kepentingan UMNO.
>
>Strategi Gerak Gempur baru ini adalah  untuk :
>
>1. Me"netural"kan kebencian rakyat kepada UMNO.
>2. Melupakan kezaliman ke atas Anwar dan menghapuskan Anwar dari ingatan
>rakyat.
>3. Mengingatkan "secara halus" pengorbanan kerajaan kepada rakyat (UMNO
>tidak disebut).
>4. Melupakan tindakan UMNO yang mengkhianati orang melayu dan ugama Islam.
>5. Memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO menjelang 2004.
>
>Strategi-strategi dilaksanakan melalui :
>
>1. Program kecemerlangan anak-anak.
>2. Ceramah ceramah Ugama dari penceramah "bebas".
>
>Melalui program kecemerlangan anak-anak, ibu-bapa akan dijemput ke sekolah
>untuk mendengar ceramah dari penceramah yang dikenalpasti sebagai "bebas"
>untuk berceramah tentang kecemerlangan anak-anak. Nama UMNO tidak disebut
>langsung, dan yang difokuskan ialah segala usaha "kerajaan" untuk meningkat
>kecemerlangan anak-anak melalui usaha murni kerajaan seperti bantuan buku
>teks, biasiswa dsb. Cerita susah payah kerajaan membantu orang melayu akan
>di tekankan. Program ini biasanya disatukan dengan mesyuarat PIBG agar 
>ramai
>ibu-bapa akan datang.
>
>Penulis sendiri telah mem"boikot" ceramah kecemerlangan diri yang diberikan
>oleh penceramah motivasi yang sering keluar di TV3 tidak lama dahulu. Guru
>sekolah telah mengomel kepada anak penulis kerana ramai yang tidak hadir,
>padahal ianya diadakan sekali dengan mesyuarat PIBG.
>
>Dengan ini, orang ramai secara tidak sedar telah bersedia mendengar ceramah
>dari "kerajaan", tidak speperti dahulu yang enggan mendengar ceramah dari
>UMNO. Sebut sahaja ceramah UMNO, masing-masing menolak untuk hadir.
>
>Begitu juga melalui cermah ugama, tektik yang sama digunakan.  Di sebuah
>kampung di Muar, penceramah wanita yang dianggap bebas (dari UIA) telah
>dijemput untuk memberi motivasi tentang kepentingan pelajaran dari sudut
>Islam.
>
>Saya tidak pasti samada penceramah tersebut tahu tujuan sebenar ceramah
>tersebut atau pun tidak. Yang pastinya, penceramah yang dipilih adalah yang
>dianggap nuteral dan tidak penyokong UMNO secara terang-terang.
>
>Yang menariknya di sini, tiada sorang ahli UMNO pun yang terlibat atau
>terbabit diperingkat perlaksanaan, semuanya atas nama kerajaan. Nama UMNO
>tiada disebut langsung dan dengan ini orang ramai tiada sebab untuk
>memboikot program tersebut - untuk kebaikan anak-anak !!!.
>
>TETAPI, keseluruhan proram-program ini di atur sebegitu rupa oleh UMNO. 
>UMNO
>menjadi tok dalang dan mereka tidak menonjolkan diri. Merekalah yang
>mengenalpasti penceramah, menyusun jadual, menetapkan tempat ceramah dsb 
>dan
>mereka ini bekerja disebalik tabir.
>
>Kita seharusnya sentiasa berwaspada dengan tektik ini dan tidak 
>terperangkap
>dengan tipu-daya mereka sehingga kita terlupa ISU SEBENAR yang melanda 
>iaitu
>kezaliman UMNO, mengkhianati amanah orang melayu dan ugama Islam dan
>memunggah harta rakyat untuk kepentingan golongan mereka.
>
>Semoga pendokong BA dan kepimpinan BA dapat mengambil perhatian  yang
>sewajarnya.
>
>Sekian.
>
>Anak Johor.
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "B M" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke