*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melayu UMNO mudah lupa, tetapi Melayu Terengganu tidak mungkin akan lupa.
-Anak Terengganu-


>From: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Gerak Gempur UMNO Johor - taktik baru
>Date: Mon, 09 Jul 2001 16:17:36 -0000
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum netters,
>
>Saya telah mendapat maklumat bahawa UMNO Johor telah menjalankan gerak
>gempur cara baru iaitu gerakan secara halus, licik dan tidak disedari oleh
>orang ramai. Teknik sungguh berbeza dengan apa yang selama ini kita faham
>iaitu anak-anak muda UMNO memakai jaket UMNO, sedia bertindak kasar untuk
>kepentingan UMNO.
>
>Strategi Gerak Gempur baru ini adalah  untuk :
>
>1. Me"netural"kan kebencian rakyat kepada UMNO.
>2. Melupakan kezaliman ke atas Anwar dan menghapuskan Anwar dari ingatan
>rakyat.
>3. Mengingatkan "secara halus" pengorbanan kerajaan kepada rakyat (UMNO
>tidak disebut).
>4. Melupakan tindakan UMNO yang mengkhianati orang melayu dan ugama Islam.
>5. Memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO menjelang 2004.
>
>Strategi-strategi dilaksanakan melalui :
>
>1. Program kecemerlangan anak-anak.
>2. Ceramah ceramah Ugama dari penceramah "bebas".
>
>Melalui program kecemerlangan anak-anak, ibu-bapa akan dijemput ke sekolah
>untuk mendengar ceramah dari penceramah yang dikenalpasti sebagai "bebas"
>untuk berceramah tentang kecemerlangan anak-anak. Nama UMNO tidak disebut
>langsung, dan yang difokuskan ialah segala usaha "kerajaan" untuk meningkat
>kecemerlangan anak-anak melalui usaha murni kerajaan seperti bantuan buku
>teks, biasiswa dsb. Cerita susah payah kerajaan membantu orang melayu akan
>di tekankan. Program ini biasanya disatukan dengan mesyuarat PIBG agar 
>ramai
>ibu-bapa akan datang.
>
>Penulis sendiri telah mem"boikot" ceramah kecemerlangan diri yang diberikan
>oleh penceramah motivasi yang sering keluar di TV3 tidak lama dahulu. Guru
>sekolah telah mengomel kepada anak penulis kerana ramai yang tidak hadir,
>padahal ianya diadakan sekali dengan mesyuarat PIBG.
>
>Dengan ini, orang ramai secara tidak sedar telah bersedia mendengar ceramah
>dari "kerajaan", tidak speperti dahulu yang enggan mendengar ceramah dari
>UMNO. Sebut sahaja ceramah UMNO, masing-masing menolak untuk hadir.
>
>Begitu juga melalui cermah ugama, tektik yang sama digunakan.  Di sebuah
>kampung di Muar, penceramah wanita yang dianggap bebas (dari UIA) telah
>dijemput untuk memberi motivasi tentang kepentingan pelajaran dari sudut
>Islam.
>
>Saya tidak pasti samada penceramah tersebut tahu tujuan sebenar ceramah
>tersebut atau pun tidak. Yang pastinya, penceramah yang dipilih adalah yang
>dianggap nuteral dan tidak penyokong UMNO secara terang-terang.
>
>Yang menariknya di sini, tiada sorang ahli UMNO pun yang terlibat atau
>terbabit diperingkat perlaksanaan, semuanya atas nama kerajaan. Nama UMNO
>tiada disebut langsung dan dengan ini orang ramai tiada sebab untuk
>memboikot program tersebut - untuk kebaikan anak-anak !!!.
>
>TETAPI, keseluruhan proram-program ini di atur sebegitu rupa oleh UMNO. 
>UMNO
>menjadi tok dalang dan mereka tidak menonjolkan diri. Merekalah yang
>mengenalpasti penceramah, menyusun jadual, menetapkan tempat ceramah dsb 
>dan
>mereka ini bekerja disebalik tabir.
>
>Kita seharusnya sentiasa berwaspada dengan tektik ini dan tidak 
>terperangkap
>dengan tipu-daya mereka sehingga kita terlupa ISU SEBENAR yang melanda 
>iaitu
>kezaliman UMNO, mengkhianati amanah orang melayu dan ugama Islam dan
>memunggah harta rakyat untuk kepentingan golongan mereka.
>
>Semoga pendokong BA dan kepimpinan BA dapat mengambil perhatian  yang
>sewajarnya.
>
>Sekian.
>
>Anak Johor.
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke