Adakah ini bermakna anti kerajaan (atau erti kata lain anti BN) merupakan suatu kesalahan jenayah berat?
Jenayah yang lebih berat dari merompak, berzina, membunuh, etc sehingga tidak perlu dibicarakan dan tidak perlu bukti???
 
ISA kini lebih terserlah sebagai Akta Keselamatan BN, tak gitu???
 
Bukan-kah lebih tepat (direct) kalau kerajaan BN 'HARAM'kan saja segala aktiviti anti-kerajaan, 'haram'kan segala parti pembangkang, serta organisasi-organisasi lain  (termasuk NGO, persatuan-persatuan) yang tidak sehaluan dan tidak bersetuju dengan kerajaan???
 
Atau lebih baik kerajaan BN declare/umumkan sahaja bahawa Malaysia bukan lagi negara demokrasi, tapi negara otokrasi (dalam kamus: Autocracy - Government by a single person having unlimited power; despotism) berdiktator???
Olehkerana sesiapa yang menentang kerajaan BN berpotensi ditahan dibawah ISA???
 
Tindakan ISA Bukti K'jaan Serius Tangani Aktiviti Anti K'jaan
 
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Tindakan menahan dua pelajar mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan peringatan keras bahawa Malaysia serius menangani aktiviti anti kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim hari ini.

Katanya polis mungkin telah menyoal beberapa personaliti yang mempunyai kaitan dengan pergerakan pelajar tetapi ia tidak bermakna ISA akan digunakan ke atas mereka yang tidak ada kaitan dengan aktiviti anti kerajaan.

Rais mengulas mengenai kebimbangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pelajar lain mengenai kemungkinan tindakan keras dikenakan ke atas mereka yang ada kaitan dengan aktiviti anti kerajaan.

"Saya tidak fikir NGO secara umumnya harus bimbang mengenai aktiviti semasa (penahanan) dan kerajaan menggunakan kuasa mengikut ISA," katanya pada sidang media di sini.

-- BERNAMA

Kirim email ke