Pakatan BA tetap dipertahankan - PAS
TEMERLOH, 9 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, sekali lagi
menegaskan bahawa parti pimpinannya itu boleh bersahabat dengan mana-mana
parti yang menghormati prisip-prinsip persahabatan.
Justeru, katanya, PAS telah bersahabat dengan pelbagai parti, termasuk Umno,
Parti Semangat 46 (S 46), PRM, Keadilan dan DAP walaupun tiap-tiap parti
mempunyai dasar yang berbeza-beza.
Menurut beliau, Islam tidak menghalang umat Islam daripada berbincang dan
bersahabat dengan sesiapa saja yang menghormati persahabatan.
Berucap selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas PAS Pahang, di sini baru-baru
ini, Fadzil berkata, persefahaman dalam Barisan Alternatif adalah didasarkan
kepada asas yang sama.
"Mereka faham dasar PAS dan PAS juga faham dasar mereka, tetapi pesefahaman
ini adalah untuk menegakkan keadilan, menentang kezaliman dan menghapuskan
pencabulan hak-hak rakyat oleh Barisan Nasional," ka! tanya.
"Apa-apa yang diheboh-hebohkan oleh media proUmno/BN, terutamanya tentang
isu Negara Islam adalah strategi parti itu untuk merosakkanan pakatan BA,"
tambah beliau.
Ini, katanya, terbukti apabila Umno menuduh PAS menggadai Islam kerana
berkawan dengan DAP, tetapi pada saat yang sama ia juga memberi tahu
masyarakat Cina bahawa DAP telah menjual prinsip kerana berkawan dengan PAS
yang ingin menegakkan Negara Islam.
Menurut Fadzil lagi, PAS memang tahu bahawa DAP mempunyai pandangan yang
berbeza dengan PAS dalam isu-isu Islam dan perbezaan itu tidak menjadi
masalah kerana mereka tidak beragama Islam, tetapi yang menjadi masalah
ialah apabila Umno, yang Islam, tidak bersependapat dengan PAS dalam isu
berkenaan.
"Perbezaan pendapat antara PAS dengan DAP dalam isu Islam bukanlah sesuatu
yng menghairankan sebab mereka bukan Islam, tetapi Umno yang Islam itu lawan
PAS tu kenapa?," soal beliau.
Berhubung isu Negara Islam, Fadzi! l berkata, jika PAS berkuasa maka ia akan
mengambil pendekatan demokrasi dan rakyat bebas memilih bentuk kerajaan yang
mereka mahu.
Malah PAS akan meneruskan diolog dengan rakyat bukan Islam dan yang lebih
penting PAS akan tetap menghormati hak-hak asasi manusia, tambah beliau
lagi.
"Kita bukan seperti Umno yang mengekalkan undang-undang warisan penjajah,
seperti ISA dan membelakangkan demokrasi untuk terus berkuasa," katanya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke