*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya rasa you diantara yang boleh diklasifikasikan antara sebagai murid yang 
bijak masa kat sekolah dulu.. bermakna antara yang mudah memahami sesuatu 
dan berfikir.. tak ramai yang macam ini... tambahan pula orang melayu.. kita 
tak kata semua orang tak memahami sesuatu dengan seadanya.. tapi kita selama 
ini masih diberi anugrah untuk mendahuli orang lain dalam menggunakan daya 
berfikir dalam pelbagai bidang..
saya pun kadang-kadang terfikir bila jumpa kawan lama yang begitu lantang 
dalam politik ini, macam dalam hizbi ini.. macam la dia orang ini sangat 
faham dan sangat arif.. dia saja yang betul... sedangkan kat sekolah dulu 
tak pandai pun.. subjek agama tak juga baik.. saya senjap je la macam orang 
bodo.. walaupun tak sependapat... saya pasti dan tak pasti yang saya lebih 
faham dari dia atau tak.. walaupun kalau dulu kita pelajar terbaik kat 
sekolah dulu.. tak mahu la bedebat... harmat kawan...
saya rasa kat hizbi ni pun sama... level pemahaman masing-masing tak sama... 
kalau kat sekolah ada yang A,B,C,D,E,F....

dalam bab murtad ini kita boleh bagi A kat Padri dan F kat Uztaz..
melayu islam yang bijak-bijak telah terhumban ke bidang sains.. ramai kawan 
sekampung yang tak lepas sekolah kerajaan masuk sekolah agama dan pondok dan 
sekarang ramai yang bergelar uztaz dan imam.. bagaimana uztaz ini nak lawan 
padri yang mempunyai ijazah ini... pendekatan uztaz sekarang menjauhkan umat 
islam sendiri dari ugama, sedangkan si padri menarik mereka... dengar kutbah 
jumaat sekarang (dari dulu lagi) sudah cukup menjauhkan anak-anak muda dan 
remaja islam (yang hadir) untuk menjauhkan islam... saya biasa dengar kutbah 
ini " lihatlah umat islam sekarang telah meniggalkan islam, sudah tidak lagi 
mengikut Quran dan Hadis...  anak-anak muda sekarang... generasi sekarang... 
teruk dll... "  ini khatib selalu confirm tiap-tiap minggu.. mungkin ramai 
tak sedar yang hadir di situ juga ada remaja.. ada anak muda... mereka akan 
menerima ini sebagai reality.. mereka teruk... ustaz confirm.. ustaz 
salahkan mereka... mereka memang macam tu.. semua dia orang macam tu..
ini menyebabkan ramai remaja tidak kemasjid.. sebab kalau pergi.. kat sana 
nanti dia orang kena kutuk.. tak sedap hati...
cara Ustaz yang tak membawa berita gembira pada mereka ini.. diguna oleh si 
Padri inilah... jiwa remaja dan anak muda yang kosong, dinafikan kebaikan 
mereka dan memberontak.. dengan cara yang lemah lembut si Padri membelai 
mereka.. digereja mereka merasa mereka dialukan.. keaman dirasai.. hati 
naluri ingin berdamping dengan sifat ketuhanan yang kosong dan dinafikan 
terisi.. Si padri tidak kutuk mengutuk macam ustaz.. Mereka mengajak kepada 
kebaikan dan menghormati orang lain.. Padri mereka tidak berpolitik.. jadi 
mereka tidak merendahkan naluri semulajadi pendapat politik yang berbeza.. 
jadi bila kegereja mereka tidak merasakan mereka duduk bersebelahan dengan 
musuh politik mereka.. atau terpaksa berada dalam Gereja Musuh politik 
mereka.. keamanan dan perpaduan dalam gereja tidak berteraskan politik.. 
tetapi berteraskan keharmonian..

Melayu Islam jadi murtad adalah bukti kelemahan Keluarga, Uztaz, pendakwah 
dan guru agama..

saya masih ingat ada ustaz yang kata akhir zamam masjid akan tercemar 
sehigga apabila katib sedang berkutbah akan akan ada orang akan bangun 
menegur dan orang itu adalah Imam Mahadi.. bermakna kutbah boleh diguna 
untuk menghancurkan Islam itu sendiri.. kalau tidak tidak dikawal oleh Ustaz 
yang A ..

kemulian dan kehancuran Islam bergantung kepada mereka yang bergelar 
Uztaz(gelaran di Malaysia) ini.

Kalau nak hukum mereka yang murtad hukum para Ustaz dulu.. Ustaz telah 
menjauhkan mereka dari agama.. memisahkan mereka dari Islam..





>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Fw: FW: GEREJA MELAYU DI KL - Apa dah jadi.... (
>Date: Wed, 11 Jul 2001 08:12:33 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>       Buat ape suruh mahadir jawab, apa tanggungjawab kamu lak..
>lihat aje
>       Jangan asyik kait sesuatu peristiwa dengan mahadir sahaja.
>Bukankah negara kita membenarkan kebebasan agama so mana
>tanggungjawab emak bapa mereka, masyarakat sekeliling mereka
>dan mana kamu pulak utk memastikan masyarakat kita tidak
>bertambah murtad lagi.
>       Kalau emak bapak pun tak jalan takkan kerajaan nak robohkan
>gereja lak.. itu bukan jalan yang terbaik... cuba kamu rasa
>perasaan kamu bila masjid dan surau tempat kamu dirobohkan
>oleh org bukan islam mesti kamu marah kan. Mereka pun ada
>perasaan jugak mereka bukan robot.
>       Kita umat ISLAM yg bodoh. Lihat bagaimana Persatuan2
>Kristian menjalankan aktiviti2 begitu tersusun baik segi kewangan
>dan juga kebajikan umat mereka. MANA persatuan2 ISLAM kita,
>Baitul Mal ada berjuta2 ringgit. Kenapa kita tidak boleh meniru
>mereka. Kita asyik berbalah dan asyik salah menyalahkan antara
>satu sama lain. Kita asyik berangan nak ujudkan negara ISLAM
>aje tetapi kenapa  pentadbiran kita masih tak tersusun lagi.
>Macam mana org agama lain nak hormat dan percaya akan
>kebaikan dan kebajikan agama ISLAM sebagai ad-din dan tunjang
>pemerintahan kita.
>       Entah ler aku malas nak coret lagi, Aku macam fobia bila
>cakap pasai murtad nie sebab mak saudara aku pun pernah
>murtad tetapi alhamdulilah mak saudara aku dah kembali masuk
>Islam bersama suami dan anak2 mereka. Malahan beliau juga
>sudah mengislamkan seorang lagi baru2 nie. Berapa banyak kita
>mengislamkan org lain dan berapa banyak kita menyelamatkan
>umat kita daripada murtad... kita asyik cakap... cakap.... cakap
>dan cakap tetapi tiada tindakan macam NATO ( No action Talk
>Only) atau OIC (OOOO I See).
>
>On 10 Jul 2001, at 9:18, Lori Hantu wrote:
>
>Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pretender my" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke