*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LINDA <[EMAIL PROTECTED]> wrote:



> Moga2 kita akan dapat terus menjaga lidah kita dalam setiap percakapan
kita
> kepada suami...
>
> PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA
>
> 1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah
> berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka."
>
> 2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan
> auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
>
> 3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang
> untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau
> memakai segala yg  mendatangkan keghairahan kepada
> orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
>
> 4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki
> yg jahat.
>
> Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah &
> rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg
> dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini
> manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn
> merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.Dan mereka
> turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini
> semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg
> bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg
> dianugerah kan dgn tugas kenabian.Memberi harapan &
> bimbingan kpd manusia...
>
> WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH
> Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah
> juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt
> perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh
> menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr
> kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt
> dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi
> Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama
> Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a
> meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
> "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau
> mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr
> atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg
> dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu
> manusia & jin."
>
> Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
> bersabda:  "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm
> hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak
> mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg
> wajib & sunnatnya."
>
> Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
> bersabda:"Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas
> & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah
> suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2
> angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku &
> engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua
> amal kebaikannya walaupun banyak.
>
> Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada
> ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita
> dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa
> penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu
> juga air mata & darah baginda telah mengalir
> semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.Maka
> lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk
> menyelamatkan diri
> kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai
> penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar
> bagi kita.
>
> Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
> "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah &
> kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd
> beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"
> Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit,
> daku melihat org sedang mengalami berbagai
> penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku
> menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah
> yg tuan lihat?"
> Beliau bersabda:
>
> 1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya
> mendidih.
>
> 2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya
> dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari
> neraka  dituangkan ke kerongkongnya.
>
> 3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik
> punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke
> kerongkongnya.
>
> 4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya
> ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah
> kekuasaan ular & kala jengking.
>
> 5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta
> dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.
>
> 6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr
> neraka.
>
> 7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
>
> 8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang
> darahnya mengalir dari rongga badannya(hidung,telinga,mulut) &  badannya
> membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
>
> 9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & kaldai yg
> mendapat berjuta jenis siksaan.
>
> Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku,
> cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah
> amal perbuatan wanita2 itu."
> Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai Fatimah, adapun
> tentang:
>
> 1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak
> menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
>
> 2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti
> hati suaminya dgn kata
>
> 3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang
> wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya
> kecuali Allah akan  membuatnya mulutnya kelak dihari
> kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya
> dibelakang lehernya.
>
> 4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn
> dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.
>
> 5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu
> krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi
> wajib dr haidh &     nifas.
>
> 6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka
> bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka
> membicarakan keaiban org.
>
> 7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn
> gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri
> (ingin terkenal)  dikalangan org yg banyak dgn maksud
> supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh
> cinta padanya krn melihat  perhisannya.
>
> 8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya
> sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking
> krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia
> tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu
> mandi wajib.
>
> 9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi &
> badannya spt kaldai krn dia suka
> mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta  berdusta.
>
> 10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli
> fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
>
> Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan
> tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk.
> Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik
> dizaman itu.Diantara sifat buruk mereka:
>
> 1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
>
> 2.Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.
>
> Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan
> kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak
> berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena
> khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi
> petunjuk oleh Allah.Nauzubillahi min zalik.
>
>
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SUSI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke