*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum  w.b.t

Boleh sesiapa memberikan pendapat yang boleh menyokong kenyataan yang
dibawah sebab 
saya masih lagi was-was tentang penggunaan alkohol dalam perfume ni. Harap
dapat
penjelasan yang dapat menghilangkan perasaan was-was saya.
Wassalam


****************************************************************************
******

Ulama' dahulu menghukumkan minyak wangi atau perfume yang mengandungi
alkohol sebagai najis dan haram kerana mungkin pengetahuan ketika itu tidak
dapat menyingkap secara meluas hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi,
prosesnya
dan apakah ianya sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar (arak) dan
seterusnya. Tetapi ulama' - ulama' sekarang mengeluarkan fatwa bahawa ianya
tidak najis dan boleh dibawa pakai untuk sembahyang. Fatwa yang dikeluarkan
ini berdasarkan
hasil kajian yang menyeluruh dan dapat menyingkap hakikat penggunaan alkohol
secara meluas dalam kehidupan manusia sejagat.

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :

" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan,
yakni

DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS
manakala

arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam

Tujib " menjelaskan bahawa :

" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-

nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat"
juzu' 1

menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan

lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir
Al Manar "

menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak

wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga
bersependapat dengan

Syeikh Rashid Redha (rh).

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Suhaimi Ismail - PP <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke